"Ya. Okey. Assalammualaikum."
Fatma meletakkan ganggang telefon ditempatnya semula. Senyuman manis jelas terpampar dibibirnya. Makin manis bila mengenangkan si pemanggil yang makin romantis.
"Macam orang baru bercinta!" Sergah Hasnol. Rakan sekerja yang duduk disebelahnya.
"Kau jealous pula." Balas Fatma masih lagi tersenyum.
"Pakwe kau ke?" Tanya Hasnol.
"Suami aku."
"Tak habis-habis nak temberang."
"Nak aku tunjuk sijil nikah aku ke baru nak percaya?" Perli Fatma.
"Tunjukkanlah. Dari dulu cakap. Tunjuk tak juga. Nampak sangat takut aku hantar rombongan meminang." Balas Hasnol.
Fatma biarkan. Bukan sekali Hasnol bergurau begitu. Sudah biasa.
"Pakwe kau ya?" Tanya Hasnol lagi.
"Suami aku." Tegas Fatma.
"Bila kau kahwin?"
"Tiga tahun lepas."
"Eleh. Selama ni, tak ada pun sesiapa call kau kecuali urusan kerja. Tiba-tiba ada suami. Macam aku nak percaya." Mengerekot-ngekot mulut Hasnol gaya mak nyah bercakap.
"Dulu dia sibuk. Sekarang, dia dah tak sibuk. Ada masa untuk aku." Balas Fatma.
"Ya. Ya. Aku percaya." Jawapan sarkastik Hasnol berikan.
Fatma ketawa kecil. Dia malas mahu melayan lagi. Dia mahu siapkan kerjanya awal. Badannya terasa sengal-sengal. Untung saja dia tak kena alahan seperti ibu-ibu lain.
Yang alah, Muaz. Selalu saja dia kata pening dan muntah-muntah. Badan rasa tak sedap. Tapi, kuatkan juga pergi kerja. Mujur hanya disebelah pagi. Bayangkan kalau sepanjang hari.
'Silap-silap, aku kena tuduh sihirkan suami sendiri.' Akal jahatnya berkata.
Astagfirullahalazim.
Walaupun begitu, lidahnya masih kelu untuk memberitahu Muaz keadaan dirinya. Tak seorang pun tahu tentang kandungannya selain doktor dan petugas klinik.
Mungkin kerana dia masih tidak mempercayai Muaz? Atau hatinya masih tidak mahu memaafkan Muaz? Tapi, apa salah Muaz?
Mengabaikannya? Fatma memikir seketika.
Manusia ini, selalu tidak sedar tindakannya adalah kerana perasaan marah yang terpendam. Dia rasa, dia sudah memaafkan tapi hakikatnya, masih banyak yang belum diluahkan dan dimaafkan. Lantas, dia bertindak tanpa dia sendiri tahu kenapa. Hanya ikut apa yang fikiran luar sedar dan emosi tersembunyi.
Mungkin. Segalanya mungkin.
Kalau dia betul-betul menerima Muaz, memaafkan. Hal sebesar ini tidak sepatutnya disembunyikan. Terutama, ianya berkenaan dengan masa depan hubungan mereka. Anak mereka yang bakal lahir.
Apa yang pasti, dia tak yakin dengan janji Muaz. Langsung tak percaya kemanisan hubungan mereka kini akan kekal selamanya.
Bukan sekali janii dimungkiri. Bukan sedikit hatinya disakiti. Terlalu banyak yang ditelan dan tak terluah.
Takkan hanya dengan panggilan telefon tiga kali setiap hari dan berjumpa setiap hujung minggu, dia sudah boleh percaya Muaz sudah berubah. Itu pun, baru sebulan. Sedangkan dia menanggung semua ini, sudah tiga tahun.
"Berangan. Aku masuk pinang kau nanti." Sergah Hasnol.
Fatma ketawa halus sambil menggelengkan kepalanya.
"Kau ingat aku main-main ke?"
"Kau ingat aku main-main ke?"
"Kau memang main-main pun. Umur muda lagi. Tak pernah pun aku nampak kau dengan lelaki lain. Kita dah bekerja bersama dah 2 tahun tau. Bila masa kau kahwin? Tak ada jemputan pun. Mana suami kau? Tak pernah pun dia datang sini. Apa-apa function pun, kau sendiri." Balas Hasnol.
"Umur aku tak muda. Dah 26 tahun. Normalkan kalau dah kahwin? Aku nikah lepas aku habis belajar. Sebelum aku masuk kerja disini, suami aku dah kena transfer ke Johor Bahru. Sebab tu, kau tak pernah jumpa dia. We are weekend couple." Tegas Fatma.
Hasnol masih lagi tak percaya.
Bukan sekali dia memberi 'hint' kepada Fatma tentang perasaannya. Tapi, Fatma hanya diam dan buat tak tahu. Dia pun tak mahu mendesak.
Tapi sejak beberapa minggu ini, Fatma nampak lain. Setiap pagi pasti ada panggilan peribadi untuknya. Selepas menjawab panggilan itu, Fatma pasti akan tersenyum.
Itu buatkan dia rasa dia perlu untuk bertindak segera sebelum Fatma diambil orang. Wanita seperti Fatma, satu dalam berjuta.
Kerana bukan semua wanita boleh mengusik hatinya. Dan wanita bertuah itu adalah Fatma.
"Sebulan dua nanti, bila perut aku dah memboyong, baru kau nak percaya agaknya." Sambung Fatma. Tapi, hanya untuk dia yang dengar.
Lagikan ayahnya tidak tahu. Takkan dia nak beritahu orang lain pula.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.