BH 43

945 53 4
                                    

"I tak kira. Even Asfar dah okey pun, I tetap nak Wafa dipecat. I nak dia dimalukan. I nak dia susah nak dapat kerja. I don't care. Sanggup dia tipu I. Tak bagitahu I yang dia dari broken family." Kata Puan Sal kepada sahabatnya, Datin Sri Niza.

Datin Sri Niza menggeleng. Dia tak setuju dengan apa yang dirancang oleh Puan Sal. Namun, dia juga tak berupaya untuk menolak permintaan sahabatnya itu. Sahabat yang telah banyak menyimpan rahsianya. Yang banyak membantunya sejak kecil. Sahabat yang sanggup bersusah payah untuknya.

Permintaan Puan Sal tak susah. Namun, dia kesiankan Wafa. Wafa tak bersalah langsung dalam hal ini. Ego Puan Sal yang memutuskan sebuah hubungan yang bahagia. Sehingga Asfar jadi separuh gila kerana rasa bersalah kepada Wafa.

Bukan dia tak pernah nampak Asfar dan Wafa berduaan. Bagaimana Asfar memandang Wafa. Bagaimana layanan Wafa terhadap Asfar. Andai saja majlis pernikahan itu berlangsung, dia pasti, Asfar sedang bahagia dengan Wafa.

"Kalau I boleh bawa dia masuk ke dalam company you. I pun boleh buat dia ditendang keluar." Kata Puan Sal.

Jika dulu dia minta Datin Sri Niza untuk menerima Wafa dan Asfar bekerja untuk merapatkan hubungan keduanya. Kini, dia mahu Wafa dipecat kerana buat anaknya merana.

"But, leave it for now. I nak seksa jiwa Wafa. Biar dia rasa tertekan pergi office. I akan pastikan pekerja-pekerja you akan benci dia. I tahu, Wafa takkan berhenti. Dia sejenis yang akan tetap setia pada satu tempat. So, I akan make sure dia tertekan dan tambah tertekan sebab dia dipecat." Rancang Puan Sal.

Datin Sri Niza menarik nafas dalam.

"Okey lah. I nak balik. Make sure apa yang I rancang ni, you buat. Or else, kita putus kawan." Ugut Puan Sal.

Datin Sri Niza angguk.

Dia kemudian mematikan rakaman yang dia buat sejak awal perbualannya dengan Puan Sal. Dia menghantar pesanan itu kepada seseorang. Tak lama kemudian, telefonnya berbunyi.

"Teruknya..." Itu komen yang dia terima sebaik talian bersambung.

"So, what's your plan? Should I follow?" Tanya Datin Sri Niza.

"Buat je la. I tau you serba salah. It should be something good untul Faris dan Wafa pula." Kata si pemanggil.

"Takkan you sampai hati nak buat macam tu?" Tanya Datin Sri Niza lagi.

"Ikutkan, memang tak sampai hati. Tapi, I rasa, ada baik juga. Eh. Faris datang. Talk to you later." Dan talian dimatikan.

Datin Sri Niza angkat bahu. Yang pasti kerjanya jadi mudah.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now