BH 17

1.1K 59 2
                                    

"Siapa, bang?" Tanya Hajar yang terjaga dari tidur kerana bunyi telefon bimbit suaminya.

Dia melihat ke arah jam dimeja sisi katil. 1.25 pagi. Perasaan risau mula menjalar ke sanubarinya.

"Muaz." Kata suaminya bila melihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya.

"Kenapa tu?" Tanya Hajar. Menarik nafas lega.

Dia risau seandainya Fatma yang telefon. Terutama sekiranya melibatkan Wafa. Atau saudara mara yang lain.

"Angkatlah bang." Kata Hajar dan terus baring semula. Tak ada hati nak ambil tahu sesuatu yang berkenaan dengan Muaz.

"Assalammualaikum." Ucap Essam sebaik talian bersambung. Dia menarik antenna telefon bimbitnya untuk mengelakkan gangguan sewaktu sedang bercakap dengan pemanggil.

"Waalaikummussalam. Kau dah tidur ke?" Tanya Muaz.

Essam diam. Soalan langsung tak logik. Takkan lah tak boleh fikir. Bukannya masih siang.

Muaz ketawa. Faham sangat dia dengan perangai Essam yang tak akan jawab soalan bodoh.

"Kenapa kau call time gini?" Tanya Essam.

"Nuha jumpa perempuan tu tadi masa hantar mak aku ke Kompleks Tabung Haji. Mujur aku terlewat sikit. Kalau tak, mesti aku pun terserempak dengan perempuan tu." Cerita Muaz.

"Perempuan tu nama dia Fatma. Bekas isteri kau. Perempuan yang pernah hidup dengan kau dulu. Susah senang dengan kau." Essam membetulkan ayat Muaz.

Dia sangat tak selesa bila Muaz begitu. Dendamnya kepada Fatma masih tak surut. Sedangkan sudah 8 tahun perkara itu berlalu.

"Nuha kata ada sorang budak perempuan dengan dia. Anak dia ke?" Tanya Muaz.

"Ye la kot. Mana aku tahu. Bukan aku ada dengan dia pun." Balas Essam.

"Dia ada anak? Kau tak bagitahu pun dia dah kahwin lain." Tinggi sedikit suara Muaz.

"Dia tak pernah kahwin lain pun."

"Dah tu? Anak tu? Anak haram dia dengan lelaki lain?" Perasaan marah mula menguasai dirinya.

"Kau merepek apa? Kau lebih kenal dia dari aku. Kau lebih tahu Fatma tu macam mana orangnya." Balas Essam. Hatinya mula panas.

Yang Muaz kata anak haram tu, anak dia. Wafa sudah dia anggap seperti anaknya sendiri. Tak pernah dia bezakan Wafa dengan anak-anaknya yang lain. Sesedap hati Muaz memfitnah Wafa.

"Aku tak kenal dia. Yang aku tahu, dia curang. Masih isteri aku, sudah ada orang datang meminang. Aku sihat lagi tu. Kalau kata aku sakit, terlantar. Mahu depan aku dia berzina." Luah Muaz sesedap rasa menaburkan kemarahannya.

"Cakap dengan kau, takkan pernah menang. Kau percaya apa yang kau nak percaya. Tak guna tau tak?" Kata Essam.

"Aku nyatakan kebenaran. Sebab tu, kau tak boleh menang." Balas Muaz.

"Suka hatilah kau nak fikir apa. Tapi ingat ni aku nak cakap. Wafa tu, anak aku. Walaupun bukan darah daging aku tapi dia anak aku. Kau jangan sesekali nak mengutuk dia atau hina dia. Dan dia anak sah taraf." Terus saja Essam mematikan talian telefonnya. Dia letak kasar telefonnya itu.

"Kalau saya jadi abang, saya tak angkat. Dah tau dah. Dia memang akan kutuk Fatma." Kata Hajar tanpa membuka matanya.

Essam mengeluh.

"Dedua masih sayang satu sama lain. Tapi, dedua degil. Seorang langsung tak nak dengar cakap. Yang sorang lagi, langsung tak berusaha nak terangkan keadaan sebenar." Luah Essam.

"Kalau abang duk fikir pasal dorang, abang yang letih. Dah lah bang. Tidur je. Dorang tu, memang tak dapat diselamatkan." Kata Hajar.

Essam akur. Benar kata Hajar. Hubungan Fatma dan Muaz tak boleh diselamatkan selagi kedua mereka tak berubah.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now