"Kau okey?" Tanya Faris.
Wafa senyum.
"Kau tahu. Aku tak harap banyak pun dalam hubungan aku dan Asfar. Cuma ralatlah. Usaha kita bazir macam tu je." Balas Wafa.
Faris baring diatas katil Wafa. Rasa penat seharian menguruskan pembatalan tempahan yang dibuat untuk majlis pernikahan Wafa dan Asfar. Mujur perancangan dipihak mereka hanya majlis untuk akad nikah dan kenduri kesyukuran. Di pihak Asfar yang akan menjalankan majlis persandingan. Dijangka sebulan selepas.
"Somehow, lebih baik sekarang dari dah kahwin dan kau bermasam muka dengan mak mertua kau. Lagi sakit hati." Kata Faris.
Wafa ketawa. Memukul tubuh Faris dengan bantal ditangannya. Dia kemudian baring meniarap memandang Faris.
"Kau pun tipikal netizen. Tu je yang kau boleh cakap. Apalah... Ayat gitu, dah basi." Kata Wafa.
Faris senyum.
"Kita teruskan je la majlis ni. Nak? Kau jadi pengantin lelaki aku." Cadang Wafa.
"Kau dah ready nak jadi isteri aku ke?" Tanya Faris.
Wafa diam sebentar.
"Aku bukan apa. Kad dah edar. Malu juga kalau orang datang tapi majlis tak ada. Kita pun memang kena nikah semula kalau nak daftar pernikahan kita." Kata Wafa.
"Tak payah nak susah hatilah. Orang datang, kita jamu je mana yang ada. Mak, babah, ibu, bapa dan aku pun dah setuju. Majlis kesyukuran tu kita ubah jadi majlis tahlil arwah. So, basically, yang cancel cuma majlis nikah. Pelamin nikah. Baju nikah. Mak andam. Tu je. Makan semua. Macam biasa. On." Kata Faris.
"Kau kenapa reject aku?" Tanya Wafa.
"Kau nak ikut aku pergi satu tempat?" Tanya Faris.
"Ke mana?"
"Nak ke tak?"
"Ye la. Ke mana?"
"Nak ke tak nak?"
"Ya. Aku ikut."
"Dah. Pergi siap."
Faris terus memejamkan matanya. Dia mahu berehat sebentar. Tapi tak lama bila dia rasa ada mata sedang merenungnya.
"Kenapa yang tak siap lagi?" Tanya Faris bila dilihat Wafa masih dikedudukan tadi.
"Kalau kau duduk dalam bilik aku ni, macam mana aku nak bersiap?" Tanya Wafa.
"I'm your husband. Aku boleh bukan setakat tengok. Sentuh pun boleh." Balas Faris dan memejam matanya semula.
Wafa merengus halus. Malas mahu berlawan cakap dengan Faris. Dia bangun dan mandi. Kemudian, barulah dia menukar ke pakaian yang lebih elok untuk keluar.
Selesai itu, dia duduk dikatilnya dan kembali merenung Faris.
"Dah siap?" Tanya Faris. Dia membuka matanya sedikit. Melihat Wafa yang duduk bertentangan.
"Jom." Ajak Faris bila dia rasa dia sudah sedar sepenuhnya.
"Kau serious nak pakai ni je?" Tanya Wafa merujuk kepada pakaian tshirt pagoda dan seluar hawai yang dipakai oleh Faris. Langsung tak sesuai dengan pakaian yang dikenakan oleh Wafa.
"Kau pun bersiap ya ya sangat. Tapi, okey lah ni. Long skirt. Tak tergugat iman aku bila kau pakai short skirt." Balas Faris.
"Bernafsu juga rupanya kau dengan aku." Kata Wafa. Selamba.
"Kau perempuan weh. Aku lelaki. Kau ingat, aku ni apa? Isteri aku pula tu. Kau rasa?" Tanya Faris.
Wafa ketawa.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Aku
RomanceHubungan persahabatan berubah menjadi hubungan halal suami isteri. Pengalaman silam menjadi pengajaran. Pengajaran yang menjadi ketakutan. Ketakutan yang menjadi pembaziran.