SETELAH tiga bulan koma, akhiranya dia bangun semula. Matanya terbuka besar, pandangannya sangat terang. Alat bantuan penafasan yang dipasangkan segera dicabut.
Matanya melilau memandang keliling. Dan tidak lama kemudian, bunyi derapan kaki seseorang semakin kuat di pendengarannya. Raid mencengkam besi katil.
Tolonglah...
Raid tidak mahu bertemu dengan perempuan itu lagi. Dia tidak mahu melihat wajah perempuan yang sudah merosakkan hidupnya. Bahkan wanita itu telah mencuba untuk membunuhnya tetapi tidak berjaya.
Tengok sahaja, dia masih di sini. Bernafas.
Pintu wad dibuka oleh seseorang. Tubuh Raid menggigil menahan rasa takut dan amarah. Nafasnya turun naik. Denyutan jantungnya semakin kencang.
"Abang? Abang dah bangun..." suara insan bergelar isteri memecah kesunyian di dalam ruang yang besar itu.
Raid mengetap rapat giginya dan mengancing rahangnya. Renungan tajam dihantar ke arah wanita tersebut. Kenapa wanita ini datang menjenguknya? Kenapa bukan orang lain?
"Ke-keluar..." arah Raid serius.
"Abang, saya panggil doctor dulu. Abang jangan pergi mana-mana tau. Abang baring dulu-" ketika tangan sang isteri cuba menyentuh lengannya, Raid menepis kasar tangan itu.
Perut isterinya ditolak agar wanita itu jauh darinya. Wanita itu mendecit sakit. Dia menyentuh perutnya yang rata.
"Aba-"
Raid memotong laju.
"Pembunuh macam kau tak layak panggil aku abang. Perempuan macam kau, tak patut jadi isteri aku. Kau pergi!" gertak Raid nyaring.
"Perempuan jahat, kejam macam kau, patut mati!" lempar Raid lagi.
Tersentak Safa Ulya mendengar makian yang dilemparkan kepadanya oleh suaminya sendiri. Safa mengambil beberapa tapak ke belakang. Tanpa berkata-kata lagi dan merosakkan keadaan, wanita itu terus keluar dari wad suaminya.
"Aku benci kau, Safa!"
"INSYA Allah, hujung minggu ni Raid dah boleh balik." kata Uzzam, ayah mertua Safa.Safa mengangguk sahaja. Wanita itu terus merenung kosong makanannya. Masih belum di sentuh sama sekali. Air sirap ikat tepi juga belum diminumnya.
"Safa okay?" lelaki dalam lingkungan umuran 50-an itu bertanya.
Safa memaniskan wajah. Menarik senyuman nipis. Lambat-lambat kepala diangguk. Tak, dia tak okay. Namun ucapan itu hanya mampu dipendam.
"Mesti Safa sedang fikir pasal Raid kan?" tebak Uzzam.
Safa sekadar senyum sahaja.
"Ayah tahu Safa tak seperti apa yang Raid katakan." ujar Uzzam lagi. Dia menatap wajah mulus menantunya itu.
Usai sahaja Raid dipindahkan di wad biasa, anak lelakinya tidak habis-habis memekik melolong menghalau menantunya itu keluar dari wad. Raid tidak berhenti memanggil Safa pembunuh dan menyalahkan Safa di atas apa yang terjadi tiga bulan yang lalu.
Raid ditikam. Tiga tikaman dihunus tepat pada perut lelaki itu. Pelakunya masih belum dikenal pasti. Tiada bukti yang ditinggalkan. Kesan cap jari pada pisau yang digunakan tidak dijumpai dan tidak dapat di kesan.
Sampai ke hari ini, polis dan pihak berkuasa masih menyiasat dan mencari siapakah pelaku tersebut.
Safa angguk lagi.
"Ayah mungkin percaya tapi Raid tak. Dia akan terus menerus menyalahkan Safa di atas apa yang berlaku dekat dia." balas Safa. Mendatar.
"Mesti bila dia dah pulih sepenuhnya, dia akan laporkan hal ni dekat polis. Safa akan dihukum atas apa yang Safa tak buat." Safa memejam matanya. Meletakkan kepalanya di atas meja.
Dia sanggup bersumpah, bukan dia yang lakukan kerja kotor itu. Masakan dia sanggup membunuh dan orang yang dibunuh itu adalah suaminya sendiri. Tak.
Meskipun hubungannya dengan Raid tidak baik dari awal pernikahan mereka dan Raid banyak menyakitinya, Safa tidak pernah berdendam. Safa tidak pernah benci dengan insan bergelar suami.
Atau sebenarnya lelaki itu sengaja melemparkan tuduhan tidak berasas kepadanya semata-mata untuk menyingkirkannya? Bukan dia tidak tahu Raid sangat membencinya.
Mereka berkahwin disebabkan kemahuan Uzzam. Safa adalah anak kepada rakan baik arwah isterinya. Safa diangkat sebagai anak setelah kematian orang tuanya. Katanya, Raid adalah lelaki yang percaya boleh melindungi Safa.
Lindungi? Konon.
Safa mengepal penumbuk. Dia menarik nafas dalam dan dihembus.
"Tak, dia takkan buat macam tu. Tak ada bukti yang kukuh menunjukkan Safa yang cuba bunuh Raid." kata Uzzam. Dia mengambil tangan menantunya.
Tangan itu digenggam erat.
"Ayah akan pastikan... Raid salah."
TBCUpdate: 10012021.