RAID - 24

8.9K 959 141
                                    

KELUHAN berat dilepaskan kemudian Raid lontarkan pandangan ke arah Safa yang berborak sakan dengan Uzzam. Seronok dia tengok Safa bergelak tawa dengan ayahnya. Senyuman yang terlakar di bibir gadis itu menyerlahkan lagi keanggunan cik isteri.

"Yang berdiri dekat situ dah kenapa? Marilah sini. Makanan dah terhidang pun." ujar Uzzam. Sebenarnya dari tadi lagi dia perasan kehadiran Raid di sebalik pintu yang tak tertutup rapat itu. Intai-intai buat apa? Masuk ajelah, macam tak biasa.

Malu dengan siapa? Dia? Mustahil. Safa? Lagilah mustahil melainkan ada sesuatu yang 'sulit' berlaku di antara pasangan itu. Malu dengan makanan? Mengarut.

Raid usap belakang leher. Pintu gelangsar ditolak lalu dia masuk ke ruang makan. Dia halakan pandangan ke hadapan. Kalau boleh dia tak mahu pandang Safa. Lepas pergaduhan mereka di klinik tadi, tiba-tiba saja hubungan mereka menjadi dingin dan canggung saja.

Sebolehnya, Safa tak nak bertentangan mata dengan Raid juga. Safa tersinggung setelah dijerkah oleh Raid di klinik tadi. Siapa aje tak terusik hati jika dilayan seperti itu sedangkan dia mempunyai niat baik terhadap Raid. Dia mahu mengajak Raid berbaik, mahu memujuk lelaki itu untuk memberi peluang kepada dia dan rumahtangga mereka yang sepertinya tak ada sinar itu.

"Kenapa diam je ni. Gaduh lagi ke?" Uzzam bertanya. Lelaki itu pandang muka anak dan menantunya bersilih ganti. Tak best pula sebab tak ada yang bercerita.

"Tak adalah." Safa menafikan. Nasi disua ke mulut.

"Ye ke ni? Ke Raid ada buli Safa?" Uzzam mengagak.

Raid biarkan saja soalan Uzzam tergantung sepi. Lelaki itu fokus pada diri sendiri. Pekakkan telinga. Tak mahu berbual dengan sesiapapun. Biarlah Uzzam berborak dengan Safa. Mereka kan mulut murai. Dunia mereka lebih berwarna. Lebih ceria. Sedang dia? gelap dan suram sahaja.

"Tak, ayah. Kami okay je." bohongnya.

Uzzam mengerling ke arah Raid. "Saya dah kenyang." Tak makan lagi tiba-tiba perut dah kenyang. Tanpa pamit, Raid terus bangun dari duduknya.

"Raid, nasi pun tak sentuh lagi tu."

Raid tak hiraukan Uzzam. Panggilan dari ayahnya diabaikan. Lelaki itu mengatur langkah keluar dari bilik makan. Safa sekadar menggeleng saja. Suaminya period eh? Bad mood tak tentu pasal.

"Bila last Raid makan, Safa?"

"Masa lunch tadi rasanya." Dia terserempak dengan Raid and the geng.

"Haih... ayah risau kalau penyakit gastrik dia tu datang. Dia juga yang merana nanti." Payah tau nak jaga Raid ni kalau dia sakit. Macam-macam perangai dia.

Safa tersenyum kecil. Kekura tangan Uzzam ditepuk dua kali. Ni kalau Raid dengar ayah ambil berat pasal dia, mesti berbunga hati lelaki itu kan?

"Takpe ayah, nanti Safa pujuk dia makan."




DEMI memujuk Raid mengisi perut, Safa terpaksa lupakan niatnya yang satu itu. Niat nak teruskan perang dingin dengan suaminya. Mata merenung angka yang tertera pada skrin telefon pintarnya, dalam beberapa minit lagi jarum pendek akan menginjak ke angka 9. Raid tak makan lagi, dari tadi terperuk dalam bilik.

Pelik sekejap dengan perubahan mood suaminya. Sekejap lelaki itu layan Safa elok, sekejap cari gaduh. Safa jadi tak faham dengan Raid. Jangan kata hanya perempuan yang complicated. Lelaki pun samalah!

"Abang,"

"Keluar. Aku tak mahu diganggu. Aku tengah tidur."

Hujung bibir Safa ternaik sedikit. "Orang kalau tidur mana ada bercakap. Nak kata abang mengigau, tak juga. Yalah, saya panggil, abang menyahut." ujar Safa tenang. Wanita itu masuk ke dalam bilik tidur suaminya. Suis lampu dipetik dan cahaya lampu menyuluh segenap ruang.

RAIDWhere stories live. Discover now