SEKERETA. Hanya lagu yang dimainkan di radio menemani suasana yang sepi di antara mereka berdua. Raid fokus pada pemanduannya. Safa pula kusyuk dengan telefonnya. Mereka berdua sibuk dengan hal masing-masing.
"Abang." panggil Safa. Memulakan bicara.
"Hurm?"
"Saya bukanlah nak menyibuk. Cuma saya pelik. Apa yang diorang Ikram buat dekat abang sampai abang-" belum sempat Safa menghabiskan ujarannya, Raid memotong laju.
"Bukan urusan kau." ujar Raid tanpa memandang isterinya.
"Memanglah bukan urusan saya tapi salah ke kalau saya nak tahu?"
"Still, bukan urusan kau dan kau tak perlu masuk campur." suara Raid kedengaran sedikit keras ketika menutur ayat tersebut.
"Haih... Suka hati abanglah. Tak nak share sudah, saya tak rugi pun." Safa memeluk tubuh. Dia mengalah. Tidak mahu mendesak suaminya untuk bercerita.
Suasana kembali sunyi. Sepuluh minit kemudian, mereka berdua terkandas di jalan raya. Mungkin jalan jem agaknya. Tengok saja barisan kereta lain beratur panjang di hadapan.
Raid melepaskan keluhan berat. Nak tunggu berapa lama lagi ni? Raid penat. Dia tak sabar mahu pulang dan berehat di biliknya. Rindu dengan katil dan bantal.
"Abang." sekali lagi Raid dipanggil.
Dengan malasnya Raid menoleh.
"Apa?"
"Abang penat ke? Kalau abang penat, biar saya pula pandu balik. Abang tidur dulu. Lagi pun sekarang tengah jem, kan." ujar Safa. Bukan mahu mengambil hati atau tunjuk-tunjuk baik, dia cuma kesian dekat suaminya.
Di Klinik tadi, mereka agak sibuk. Tidak sangka pula hari ini ramai pesakit datang ke klinik mereka. Malah lebih ramai dari jumlah pesakit kebiasaannya. Hari pertama Raid kembali bekerja dibanjiri dengan pesakit gigi perempuan. Perempuan!
Macam tahu-tahu saja di klinik mereka mempunyai beberapa orang doktor gigi lelaki yang tampan. Terutama suami Safa, lelaki berusia 30 tahun itu sentiasa digilai pesakit wanita. Pernah terjadi dulu, tujuan mereka datang cuma untuk melihat Raid dan bukanlah membuat rawatan.
Kadang... Safa menyampah juga walaupun wanita itu tidak ada hati pada Raid.
"No need. Aku okay." Raid menolak tawaran baik isterinya.
Safa mengetap bibir. Geram dengan kesombongan Raid. Dia sandar tubuhnya ke kerusi dan earpod disumbat ke dalam telinga. Lagu The One That Got Away yang dinyanyikan oleh Katy Perry menjadi pilihan. Bibir nipisnya bergerak-gerak menyanyikan setiap bait lagu tersebut dengan suara perlahan.
But in another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world
In another life
I would make you stay
So I don't have to say you were
The one that got away.Setenggah jam kian berlalu, mereka berdua masih tersekat di dalam kesesakkan jalan raya. Kereta mereka hanya berganjak 3 meter dari tempat tadi. Raid mendengus. Wajah di raup.
"Safa." Nama isterinya diseru.
"Ye? Ada apa?"
"Kita tukar tempat." arah Raid. Menyesal tolak tawaran Safa tadi.
"Hmmm... Dah agak dah."
Raid mengalihkan pandangan. Tidak membuang masa, Safa mengangkat punggungnya dan berpindah ke belakang untuk memberi peluang suaminya bergerak ke tempatnya. Raid duduk di tempat penumpang bahagian depan dan Safa berpindah semula ke depan. Di bahagian tempat duduk pemandu.
Safa memusingkan kepalanya. Matanya tertunak ke kereta sebelah. Perlahan-lahan bibir mengukir sebuah senyuman manis. Dia melambaikan tangannya ke arah bayi dan dua orang budak lelaki yang turut melambai mesra ke arah Safa.
"Comel je..." gumannya.
"Kau tengok apa?" Raid bertanya. Dia menolah sedikit tubuh Safa ke sisi untuk memberi ruang kepadanya melihat.
"Orang sebelah. Comel anak diorang." ujar Safa. Matanya ralit memandang keluarga itu.
Safa terus terkenang pada keluarganya yang sudah tiada. Mama dan papa...
Dia tersenyum lagi apabila sang ibu kepada budak-budak itu memandang ke arahnya.
"Ish dah dah lah tengok orang tu. Kau buat orang tak selesa." kata Raid seolah memahami perasaan orang di kenderaan sebelah.
Safa menurut saja. Di dalam hati dia berdoa agar roh arwah mama, papa dan ibu mertuanya tenang di alam sana. Semoga dengan doa itu, sakit merindui orang yang sudah tiada sembuh.
"Safa, jangan termenung. Orang belakang dah hon tu. Gerak." tegur Raid. Lengan isterinya disentuh untuk mematikan lamunan isterinya.
"Ah? Oh ya kejap." Safa memasukkan gear dan menekan pedal dengan perlahan.
JAM 2 pagi, sudah pasti pasangan itu sudah lena di bilik masing-masing setelah terkandas di jalan raya hampir 2 jam lamanya. Mereka tidur dengan nyenyak. Terbuai dengan ulitan mimpi-mimpi indah.
Tanpa mereka ketahui bahawa ada seorang wanita telah masuk ke dalam banglo dua tingkat kepunyaan Raid. Dia mengatur langkah menaiki anak tangga untuk ke bilik tidur Raid. Terdapat sebilah parang di tangan wanita tersebut.
Dia berdiri di hadapan pintu. Senyuman sinis terukir di bibir. Jika tiga bulan yang lalu dia gagal membunuh Raid, kali ini dia akan pastikan kemenangan berpihak padanya.
Lelaki itu harus mati. Lelaki itu patut terima nasib yang sama seperti anaknya yang sudah meninggal.
Wanita itu duduk untuk mengeluarkan satu set kunci L dari bag galasnya. Sebelum kunci L tersebut dicucuk ke dalam lubang kunci, dia pulas tombol pintu yang dia sangkakan berkunci.
Putaran yang sempurna. Tiada halangan. Senyumannya melebar. Kotak berisikan satu set kunci L diletakkan semula ke dalam bagnya. Daun pintu ditolak perlahan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.
Wanita itu masuk ke dalam. Pintu di tutup kembali lalu dikunci. Dalam keadaan bilik yang sejuk dan gelap itu, dia melangkah.
"Kali ni kau takkan terlepas... Rauf."
TBC
Update: 19012021.