RAID - 27

10.5K 1K 78
                                    

"KAU tak keluar lunch ke?" Raid menyoal sebaik saja pintu pejabat si isteri dikuak.

Safa mengerling sekilas. Kepala digelengkan dan kembali fokus menatap telefon bimbitnya. Walaupun dia kurang senang dengan kehadiran suaminya di situ, Safa anggap saja Raid halimunan dan tak ada sesiapa di dalam ruangan tersebut kecuali dia.

"Pergilah lunch, kau tak lapar ke?" soal Raid lagi. Dia berjalan mendekati cik isteri.

"Bukan urusan abang." balasnya dingin.

"Perut kau, urusan aku. Nanti gastrik."

"Saya tak ada gastrik. Perut saya tahan lapar." Nada yang sama. Seraut wajah cantik tanpa riak itu dipandang Raid.

"Makan ajelah. Isi perut. Kau tak sarapan tadikan?" Yelah, jam 7.15 pagi Safa sudah bertolak. Waktu itu Raid tak siap lagi, baru habis mandi. Usai bersiap, 7.35 pagi, kelibat isterinya sudah tidak ada. Tengok keluar, kereta Safa sudah tidak ada di bawah garaj.

"Kenapa kau tak tunggu aku tadi?"

"Saya nak drive sendiri ke klinik."

"Biasa aku yang pandu, kan?" Raid tak puas hati. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan Raid apabila menyedari dirinya ditinggalkan di rumah tadi.

Yalah, biasa mereka duduk sekereta dan Raid yang pandu. Pergi dan pulang bersama walaupun mereka tak pernah serasi.

"Biarlah saya drive. Saya tak guna kereta abang pun kan?" Duit beli minyak kereta pun Safa tak minta. Lagian, kalau dia biarkan aje kereta dia tak bergerak, pasti masalah teknikal akan timbul dan perkara itu akan membuatkan Safa susah.

"Nanti jadi apa-apa dekat-" Bicaranya terhenti seketika tatkala dia mula tersedar akan sesuatu. Matanya memandang ke arah Safa yang turut memandang ke arahnya.

Senyuman sinis tersungging di bibir Safa.

"Saya cedera ke, kena langgar kereta sampai putus kepala sekalipun, abang kisah ke? Takkan? Kalau saya mati, abanglah orang yang bahagia sekali. Dah lah abang, tak payah nak tunjuk yang abang kisah pasal saya sebab suami saya tak berminat nak ambil tahu tentang saya." Walaupun nada yang digunakan masih lembut, namun, bicara wanita itu tetap tajam dan merentap hati. Raid sentap.

"Bila aku kisah pasal kau, kau bising. Bila aku tak kisah, kau berharap. Perempuan ni complicated ya?" Raid membalas tenang. Lelaki itu memajukan langkah mendekati si isteri.

"Abang nak buat apa ni?" soal Safa sedikit cuak. Belum sempat mahu melarikan diri, tubuhnya sudah keras di kerusi. Kedua belah tangan lelaki itu memegang lengan kerusi dengan tubuh yang dicondongkan. Posisi tersebut telah membuatkan wajah mereka begitu dekat.

"Bilik ni ada CCTV." Bergetar suara Safa saat mengungkapkan ujarannya. Matanya membulat besar. Tak berkelip sama sekali.

"Kenapa kalau ada CCTV?" Raid sengaja menduga.

"A..abang nak buat apa dekat saya?"

"Kau rasa aku nak buat apa?" Mata Raid menatap lama wajah cantik isterinya. Rasa kelakar melihat wajat isterinya yang semakin memucat.

"Abang jangan buat hal. Jangan buat saya semakin marah dekat abang." Amarah tempoh hari pun belum reda lagi.

"Aku boleh pujuk." Raid senyum.

"Jangan buat saya benci abang..." Pandangan mata mereka berlaga.

"Jangan benci bila aku dah jatuh..." Ayat Raid tergantung sepi.

Ketika itu, debaran di dada menerpa pasangan itu. Kadar denyutan jantung menjadi semakin pantas. Renungan redup Raid membuatkan Safa hilang kosa kata mahu membalas. Apa yang Raid cuba sampaikan kepadanya? Safa jadi tertanya-tanya. Adakah dia dikira mengada-ngada jika dia meminta agar lelaki itu menyambung ayatnya yang belum habis diutarakan?

Raid resah. Raid tak pernah rasa macam ni bila bersama Safa. Oh tuhan, apa yang Safa dah buat padanya?

Tok tok tok!

Ketukan dari luar membuatkan pasangan itu terperanjat. Lantas Raid jauhkan diri dari Safa dan Safa turut bangun dari duduknya. Adeh... macam mana nak marah ni?

"Jangan lupa makan." Elak berpandangan dengan Safa. Raid selukkan tangan ke dalam poket seluarnya dan kemudian terburu-buru keluar dari pejabat isterinya.

Sebaik sahaja pintu dibuka, kelibat Khairina muncul di depan pintu. Pandangan Kharina terhala ke arah Safa. Khairina pun masuk ke dalam bersama beg kertas yang dijinjit. Safa pandang sekilas beg tersebut. Kharina bawa apa tu? Tiba-tiba saja bau bilik ni sedap. Macam bau nasi lemak.

"Ni, makan." ujar Khairina setelah meletakkan beg kertas berisi bekas makanan yang ditapau olehnya.

"Aku tak kirim pun."

"Suami kau tu yang berkirim. Risau isteri dia tak keluar makan." Dan-dan bibir Khairina menarik senyuman. Hatinya turut berbunga. Raid tu walaupun sikapnya dingin dan beku saja, hati dia baik tau. Buktinya, Raid perhatian terhadap Safa.

"Eh... bila masa dia berkirim?"

"Tadi, sebelum aku keluar."

"Oh." Pelik, jarang sekali Raid tunjukkan yang dia kisah. Apa yang membuatkan Raid jadi macam ni? Adakah penangan malam keramat tu membuatkan Raid berubah sikap?








TBC

Update: 21102021.

Vote & Comment.

Esok jangan lupa check Ig saya tau🥺❤

RAIDWhere stories live. Discover now