DUDUK bersila di atas sofa bujang yang empuk sambil memerhatikan Safa yang dari tadi sibuk menyusun pakaian ke dalam almari. Hari ini Raid sudah dibenarkan pulang oleh doktor yang merawatnya. Setompok luka di dahinya sudah semakin kering.
"Lepas Zohor karang, nak keluar tak?"
Semedan Safa menolehkan kepalanya memandang Raid. "Keluar pergi mana?"
"Aku nak makan burger."
"Kalau macam tu, biar saya ajelah yang keluar. Abang tunggu dekat rumah." ujar Safa. Raid ni pun satu, lelaki itu baru saja keluar dari hospital. Cubalah bawa berehat dulu. Ini tak, sibuk juga nak keluar.
"Tak nak. Aku nak keluar juga." kata Raid dalam nada yang sedikit menekan. Raid nak ambil angin dekat luar. Sambil-sambil itu makan burger. Tiba-tiba mengidam nak makan burger McD dek ternampak poster burger McD di IG pagi tadi.
Lepas tu, nak dating dengan Safa. Haha.
"Abang tak nak rehat dulu ke? Larat?"
"Dah 4 hari korang sumbat aku dalam hospital, Safa. Hari-hari aku berehat, kau rasa?" Lagian, kecederaan yang dialami Raid bukannya teruk sangat. Sekadar lebam dan luka di dahi sahaja.
Safa menggeleng kecil. Kalau Raid dah cakap macam tu, dia ikutkan saja. Malas nak berbalah dengan manusia yang tak reti nak dengar cakap. Spesis orang yang arahannya harus dipatuhi memang macam ni, dia cakap A, Safa pun kena ikut A. Tak boleh membangkang.
"Suka hatilah." Pintu almari ditutup rapat. Safa bingkas bangun dari duduknya dan berura-ura meninggalkan bilik peraduan mereka namun belum sempat Safa keluar, Raid menyeru namanya.
"Nak apa lagi ni?" Safa tayang mimik muka jengkel. Kalau Raid dah sebut nama dia, pasti lelaki tu mahukan sesuatu darinya. Perhatian.
"Nak pergi mana?"
"Keluar. Borak dengan ayah."
"Tak nak borak dengan aku ke?"
Safa menggelengkan kepalanya sebagai jawapan. Safa tak betah duduk berdua-duaan dengan suaminya. Aura tarikkan Raid lain macam. Safa pun satu, tak ada kekuatan nak melawan. Tubuh selalu menderhaka tuan.
"Sampai hati." Muka minta simpati.
"Memang pun. Dah abang, lepas Zohor siap-siap. Jangan berlengah. Saya tak suka." kata Safa sedikit tegas. Sebelah tangan mencekak pinggang. Dah serupa macam mak-mak bebelkan anak pula gayanya.
"Okey. Abang dengar." Dan seulas senyuman terbentuk di bibir lelaki itu.
Eh? Safa tergamam. Matanya tertunak tepat pada wajah lelaki itu. Mata bertemu mata. Mereka saling berbalas pandangan. Siapa sangka, perkara sekecil itu mampu membuatkan jantung Safa berdegup kencang.
Raid baru saja membahasakan dirinya sebagai abang kan? Safa tidak salah dengar kan?
"Kenapa?" Teguran Raid tidak semena-mena mematikan lamunan Safa.
"Abang... abang..."
"Abang apa?" Lelaki itu bertanya lagi.
Safa usap perlahan belakang tengkuk. Eh malu-malu pula Safa. Safa menggeleng lagi. Dek tidak tahan menahan getaran di dada tika ini, Safa segera mengatur langkah keluar dari bilik itu. Ya Allah, Raid kena sampuk dengan hantu apa ni? Takutlah!
TBCUpdate: 10122021.
Kalau saya buat mini whatsapp group untuk pembaca Raid, nak tak? Kalau nak PM saja ya (Masih belum dibangunkan). Sebab group saya banyak bercampur aduk😂
Short chapter saja! Nanti saya buat panjang-panjang. Vote dan komen ya! Thank you!