RAID - 19

7.7K 964 163
                                    

SETELAH memastikan kereta sudah dikunci, kunci dimasukkan ke dalam poket. Cermin mata hitam RayBan yang dipakai dilepaskan lalu digantung di poket baju. Sebelum dia melangkah lebih jauh, tangan meraba poket seluar sebelah kanan untuk mencari dompet.

"Dah tahu hujan berdarah turun tiap bulan, kenapalah tak beli banyak-banyak. Sekarang kau susahkan aku pulak... " Tak susah pun sebenarnya. Raid cuma malu sahaja. Sepanjang 30 tahun dia hidup, tak pernah-pernah lagi dia keluar beli pad untuk sesiapa tapi Safa.

Dan kalau bukan sebab Uzzam mendesaknya untuk pergi ke kedai dan belikan safa pad, memang Raid tak pergi. Entah ayahnya ni, kalau sayang sangat dengan Safa tu, pergilah belikan dan bukan suruh Raid. Menyusahkan! Memalukan!

Raid pelik sebenarnya, kenapa sejak dua menjak ini, Uzzam sering singgah ke rumahnya. Bukan saja singgah tapi bermalam. Terhela satu keluhan berat. Apa pula agenda Uzzam selepas ini? Ayahnya nak pastikan Raid sentuh Safa ke macam mana?

Malas fikir lagi, Raid terus saja hayun langkah menyebarang jalan. Kedai Watson dituju. Tak mahulah beli pad di kedai besar, malu ramai manusia di sana. Tak pasal-pasal orang memandang pelik ke arahnya. Ye la, tuala wanita tu biasanya dijual pada sudut barang-barang wanita. Wajarlah ramai kaum hawa berkumpul di bahagian tersebut.

Masuk ke dalam Watson, ada beberapa orang sahaja di dalam, termasuk pekerja. Raid bergerak mencari pad yang di maksudkan isterinya tika di rumah tadi. Jenama Kotex, ada wing dan 35CM. Panjang ya...

"Dik." Raid gamit seorang remaja lelaki yang diyakini pekerja Watson juga.

"Ye, bang? Abang nak cari apa?" Lelaki muda itu bertanya ramah.

"Macam ni, boleh tolong sikit tak?" Raid kecilkan suara.

"Tolong apa ya?"

"Tolong ambilkan abang pad." Ketap bibir. Nak sebut pun rasa segan. Terasa tebal muka Raid dibuatnya. Kebas.

Tak semena permintaan Raid membuatkan lelaki remaja itu tertawa. Tersenyum-senyum memandang ke arah Raid. "Ni mesti isteri abang suruh beli, kan?" Tebak lelaki itu. Bukan sekali ini saja dia berdepan dengan situasi seperti ini tapi berkali-kali.

Haih... kaum suami... kaum suami...

Raid tersenyum canggung, kepala diangguk kecil. Tag nama remaja itu dibaca dalam hati. Syazwan. "Tolong ya?"

"Ye lah, boleh. Abang nak jenama apa? Libresse? Kotex? Stayfree? Size apa? 28CM? 32CM? 35CM? Wing or non wing?" Wah, remaja bernama Syazwan ni bertanya macam seorang yang pakar tentang tuala wanita aje. Tercengang sejenak. Untunglah isteri budak ni nanti...

"Err... Kata wife abang, dia nak Kotex. 35CM. Nak ada wing." Raid usap dagu. Muka resah.

"Nak berapa bungkus?"

"3." Biar tak beli balik-balik.

Syazwan mengangguk tanda mengerti. Kotak colgate diletakkan di atas rak dan segera mengatur langkah. Raid pula sedia berdiri di kaunter pembayaran. Dompet dikeluarkan. Sambil menunggu barang-barangnya dihantar ke kaunter, dia belek-belek tisu mini yang terletak dalam bakul besi itu.

"Nah, bang. Tiga bungkus." Syazwan datang semula bersama tiga bungkus tuala wanita jenama Kotex.

Cik cashier pandang Syazwan dengan sedikit kerutan di dahi. "Thank you, dik." Raid tepuk bahu Syazwan.

"No hal lah, bang."




LANGKAH dipercepatkan. Kunci kereta sudah dikeluarkan sambil tangan sebelah membawa plastik berisi tiga kotak tuala wanita. Tatkala dia mahu menyebarang jalan, ada beberapa buah kereta melintas. Jadi Raid terpaksa menunggu di tepi jalan.

RAIDWhere stories live. Discover now