RAID - 21

7.7K 937 98
                                    

"MANA Safa?" Uzzam bertanya apabila kelibat menantunya tidak kelihatan pagi ini.

Raid jungkit bahu. Manalah dia tahu, bukannya Safa tidur di bilik tidurnya malam tadi. Sejak keadaan kembali membaik, tak ada gangguan yang dia terima, Safa tidak lagi tidur sebilik dengan Raid. Mereka tidur di bilik masing-masing.

"Dah halal pun tidur asing-asing..." Tayang mimik muka jengkel.

Raid tidak membalas. Kalau dia layankan soalan Uzzam, memang sesi perdebatan akan tercetus lagi pagi ini. Penat nak melayan. Malas nak menghadap permintaan pelik-pelik Uzzam. Cucu! Cucu! Cucu!

Lima minit pertama mereka memilih untuk membisu. Menikmati hidangan makan pagi. Disebabkan Uzzam bangun extra awal hari ini, jadi dialah yang berperang di dapur. Mengambil masa 15 minit untuk menyediakan Maggie goreng dan telur mata. Boleh tahan memenatkan... Fuh! Dah lama tak tunjuk skill memasak. Kalau Gordon Ramsay tengok, mahu tergugat chef terkenal itu.

"Raid, tolong tengok-tengokkan Safa buat apa dalam bilik dia tu. Dari tadi tak turun-turun." arah Uzzam. Wajah tampan anak lelakinya dipandang lama.

"Kenapa Raid yang perlu buat?" soal Raid kembali dengan nada sedikit tak berpuas hati.

"Raid suami dia. Pergilah check. Cepat sikit."

Raid merengus berat. Meskipun dia tak ikhlas menurut kata namun dia gagahkan diri untuk mendengar saja. Membantah dengan seribu alasan yang berbeza pun, Uzzam tetap Uzzam. Raid selaku anak wajib patuh.

Kaki dihayun ke bilik tidur Safa. Pintu bilik cik isteri diketuk sebanyak dua kali. Tiada respon mahupun sahutan dari Safa. "Safa, ayah kesayangan kau panggil breakfast." ujar Raid seraya mengetuk daun pintu berwarna putih tersebut.

Safa masih tak menyahut. Raid putar bola mata ke atas tanda menyampah. Safa nak suruh dia menunggu berapa lama lagi untuk dibukakan pintu? Wanita itu sedang mandi atau sedang berhias?

Tombol pintu dipulas. Nasib berpihak kepada Raid. Pintu tersebut tidak berkunci. Raid pun membuka pintu seluas-luasnya lalu masuk ke dalam tanpa dijemput dulu. Matanya meliar memandang keliling ke segenap ruang peraduan milik isterinya. Begini rupanya bilik perempuan. Warna pastel pink di mana-mana. Biasalah, perempuan dengan warna lembut bagaikan adik beradik, tak mahu pisah!

Pintu bilik air diketuk oleh Raid.

"Safa, kau dekat dalam?" Raid bertanya.

"Haah. Kenapa?" soal Safa kembali. Mujur kali ini Safa menyahut. Kalau tidak, mahu menggelabah dia mencari di mana isterinya berada. Kot kot sewaktu mereka diulit mimpi pagi tadi, Safa diam-diam melarikan diri.

"Ayah panggil kau. Sarapan. Tak berselera orang tua tu nak makan kalau tak tengok muka anak kesayangan dia." Raid meloyar buruk.

"Kejap lagi saya keluarlah. Perut saya sakit lagi ni." balas Safa dari dalam bilik air.

"Kau masih datang bulan ke?"

"Haah. Dah lah, jangan menyibuk. Abang bagitahu dekat ayah, sekejap lagi saya keluar." balas Safa tenang meskipun wanita itu sedang berperang dengan bisa senggugut.

Selepas itu Raid tak membalas. Pintu bilik air ditenung lama. Mahu bertanya cuma dia tak nak Safa perasan Raid risau tentang keadaannya. Jatuh air muka Raid nanti.

Baru saja Raid mahu beredar pergi, Raid terdengar bunyi pintu dibuka. Langkah tergam di lantai. Perlahan-lahan tubuhnya dibalikkan ke belakang. Tak semena-mena matanya bertaut pandang dengan sepasang mata kepunyaan isterinya. Dia perasan wajah isterinya terlihat pucat lesi.

"Kau okay ke?" soal Raid. Lelaki itu kembali mendekati cik isteri yang sepertinya sedang menahan sakit.

Safa tak menggeleng dan tak juga mengangguk. Wanita itu hanya diam dan memeluk perut sendiri. "Sa-saya rasa saya tak boleh pergi kerja lah, abang..." beritahu Safa kemudian dia rebahkan tubuh ke tilam. Bantal guling dipeluk erat.

Sakitnya... Azab betullah setiap kali datang bulan.

"Kau perlukan apa-apa tak? Minyak? Teh?" soal Raid sedikit cemas. Safa dah terguling-guling di tilam.

"Tak nak. Abang keluar dululah. Apa-apa saya bagitahu ayah."

Raid kerutkan dahi. "Tapi aku suami kau!" Nada suara berubah keras. Matanya membulat dan menentang Safa tajam.

Entah kenapa dia rasa tak suka dengan balasan Safa baru ini. Kenapa Safa perlukan Uzzam sedangkan Raid adalah suami Safa. Bukankah sepatutnya Safa bergantung padanya? Bukankan sepatutnya Raid yang menguruskan isterinya?

Pasangan suami isteri itu terdiam sejenak. Safa bingkas bangun dari baringan, berhenti berguling di tilam. Lupa pada sakit yang menusuk seketika. Dia tatap wajah bengang Raid dalam-dalam. Mindanya cuba mencerna ayat Raid. Dan dia cuba mencari apakah yang menjadi penyebab suaminya menjerkahnya.

"Abang memang suami saya tapi abang nak ke jaga saya? Abang pernah ke ambil berat pasal saya? Abang kan benci dekat saya. Pernah ke abang ikhlas dengan saya?" Safa bagai memulangkan paku keras kepada Raid. Jujur Raid terpanar. Tersentak buat beberapa saat.

Tatapan mata mereka semakin dalam. Bibir terkatup rapat. Dalam hati Raid mengutuk diri sendiri. Dah kenapa dia nak rasa marah pada Safa? Takkanlah disebabkan Safa nak mengadu sakit pada Uzzam pun Raid tak puas hati. Raid dah lupa ke yang dia tak nak ambil tahu apa-apa pun pasal Safa?

Dang it!

"Asal lama sangat- Raid?" Bahu Uzzam disenggol kasar oleh Raid. Lantas mati ujaran yang belum habis disampaikan.

Uzzam lemparkan padangan pada Safa. Dagu dihayun ke hadapan sebagai isyarat 'kenapa?'. Safa menggelengkan kepalanya.

"Safa tak kerja ke?"

"Safa ambil cuti. Period cramp."

"Ayah buatkan teh halia, ya?"

Angguk saja. Tak berani membantah...





TBC

Update: 15072021.

Hai, rindunya! Huwa, sorry dah lama tak aktif sejak sambung belajar ni. Saya rindu Raid and korang🥺❤

RAIDWhere stories live. Discover now