RAID - 16

6.7K 941 157
                                    

HENYAK punggung di atas katil. Raid kalihkan wajah untuk memandang ke arah Safa yang sibuk melipat pakaian mereka. Satu keluhan berat dihela keluar. Penat setelah satu jam berdebat dengan Uzzam tentang hal cucu. Ayahnya pun satu, minta cucu macam minta duit saja.

"Kenapa?" Safa bertanya. Tangan yang lincah melipat baju sweater Raid terhenti. Dia tumpukan sepenuhnya perhatian kepada suaminya.

"Penat."

"Berehatlah."

"Otak aku yang penat."

"Pasal permintaan ayah?" Safa mengagak. Pasal apa lagi kalau bukan permintaan Uzzam yang luar dari jangkaan mereka berdua.

"Hrmmm..." Rambut disauk ke belakang lalu wajah diraup beberapa kali.

"Lupakan sajalah. Tak perlu fikirkan sangat." balas si isteri mudah. Perbuatan melipat pakaian disambung kembali.

"Memang aku tak nak fikirkan. Tapi kau pun kenal ayah kan. Dia akan terus mendesak sampai dia dapat apa yang dia nak."

"Ambil anak angkat?" Saran Safa. Siapa tahu dengan mengambil anak angkat, Uzzam berhenti memaksa mereka untuk mempunyai anak.

Jauh di sudut hati, bukannya mereka tak nak mempunyai anak. Yang  lahir dari rahim sendiri. Mereka mahu. Cuma untuk mempunyai anak... perlukan sedikit 'usaha'. Prosesnya tidaklah sesukar subjek matematik tambahan tetapi agak sukar jika penyatuaan itu berlaku di antara dua jasad yang tidak sehati. 

"Ayah tak nak. Dia nak yang wujud dari kita. Demanding betullah orang tua ni."

Safa jengil mata memandang ke arah Raid. Kalau ayah dengar panggilan itu, habislah Raid dibelasah Uzzam. Ayah mertuanya itu pantang dipanggil orang tua. Lainlah kalau panggilan 'Hot daddy'. Panggil seratus kali pun Uzzam tak kisah. Kembang kuncup lubang hidung.

"Kalau yang wujud dari kita, saya tak tahu nak cakap apa. Saya serahkan pada abang. Sebab abang mainkan peranan paling penting dalam perihal membuntingkan saya. Tanpa abang, anak tu takkan wujud." balas Safa selamba. Safa tebalkan muka bahas tentang hal tersebut.

Hangat!

"Kalau aku sentuh kau, kesian anak tu nanti. Mak bapak dia tak sehaluan. Nanti dia fikir kewujudan dia adalah satu kesilapan. Aku tak nak anak aku rasa macam tu." beritahu Raid. Intonasinya berubah sedikit keras.

"Haa kalau abang tak nak anak kita rasa macam tu, abang kena belajar terima saya. Abang kena cuba cintai saya. Pandang saya sebagai seorang isteri. Bukan sebagai seorang adik!" tegas Safa.

Tak semena-mena mulut Raid terkatup rapat. Dia terus diam membisu. Raid hilang kata-kata untuk membalas. Cepat-cepat wajah dialihkan dari terus bersabung pandang dengan cik isteri. Telefon bimbit dicapai dan Raid buat-buat sibuk.

Entah kenapa ayat Safa buat Raid rasa semacam aje. Dadanya bagaikan dipalu dengan debaran bertubi-tubi. Gundah. Jasad sasa dan wajah tampan itu kelihatan tenang sahaja. Namun di sebalik ketenangan yang dipamerkan itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Grrr...

"Saya kurang menarik ke?" Safa bertanya lagi setelah sekian lama membisu. Wanita itu lantas bangun dan menghayun langkah mendekati Raid.

Tanpa diundang duduk, si dia ambil tempat di sebelah Raid. Paha mereka berlaga. Memang Safa sengaja duduk rapat-rapat dengan Raid. Sekadar mahu menguji Raid sahaja.

"Eh Safa, siapa suruh duduk-" Tak habis cakap, bibirnya ditekan oleh jari telunjuk isterinya. Wajah mereka saling bertatapan. Mata bertaut mesra. Terkejut.

"Ayah kata saya cantik. Kawan-kawan abang pun puji saya lawa. Takkan abang tak rasa macam tu? Celah mana saya kurang menarik? Muka? Badan? Betis? Which one?" Safa letakkan tangan di atas riba suaminya.

Astagfirullah... Raid mengucap panjang dalam hati. Dugaan! Ya Allah, ini semua dugaan! Hati lelakinya dilanda perasaan resah dan gelisah pabila tubuhnya dipegang dan diusap sana sini. Lagi-lagi bahagian riba. Ya Allah, kalau jari runcing isterinya tersalah cuit, ada yang hilang dara malam ni.

"Diam. Kau saja kan?" Tepis jari Safa. Tepis tangan Safa. Gatal!

"Abang suami saya. Tak salah pun saya sentuh. Tak jatuh haram pun."

"Memang tak haram. Masalahnya aku tak suka." balas Raid tenang tapi wajah nampak bengang.

Terbit senyuman senget di bibir merah isterinya. Mata bundar itu melirik ke arah bibir encik suami yang cantik terletak. Sexy. Jual mahal sangat kan... Sombong sangat kan... Nak junjung ego tinggi-tinggi sangat kan...

"Tak suka ke takut tergoda?" Tangan dilekapkan di dada bidang Raid.  Ya Allah, Astagfirullah, Allahuakbar, Allahukabar!

"Safa Ulya!" Tolak bahu Safa hingga tubuh genit isterinya sedikit menjauh. Raid lekas berdiri. Tatkala dia mahu keluar dari bilik tidurnya, tangannya dilelar oleh seseorang.

"Kalau abang keluar dari bilik ni, tu bermakna abang tergoda dengan saya." Safa senyum penuh makna.

Raid kerut dahi. Bibir bawah di gigit sedikit. Sebal.

"Aku takkan tergoda dengan papan kurus macam kau." kutuk si suami.

Safa ternganga. Dia pandang badan sendiri. Badan berlekuk macam ni Raid kata papan kurus? Aih, main kasar. Raid buta untuk menilai ke?

"Papan, papan pun... isteri macam saya ni boleh hidupkan suis abang. Jadi jangan cabar saya." Peluk tubuh. Mata merenung mata helang Raid dalam-dalam.

Raid mendecit sebelum tertawa sinis. Dia balikkan tubuh menghadap si isteri. Wajah ditundukkan sedikit untuk memandang wajah cantik itu. Rantai emas isterinya ditarik sedikit agar Safa lebih dekat dengannya.

"Geli. Jijik. Daripada kau cakap kotor macam perempuan tak tahu malu, lebih baik kau diam, Safa. Aku tak nak sakitkan hati kau lebih-lebih. So, you better stop." ujaran berbaur amaran. Diucapkan dengan nada separuh berbisik.

Raid lepaskan Safa. Sebuah tentangan tajam dihadiahkan kepada Safa. Tanpa menghiraukan kata-kata Safa sebentar tadi, Raid berjalan keluar. Kau nak uji aku sangat, kan? Huh, jangan harap.



TBC

Update: 23052021.

Sian Safa! Thank you sudi baca, vote dan comment!

RAIDWhere stories live. Discover now