RAID - 3

8.4K 869 57
                                    

T-SHIRT berwarna krim dilepaskan dari tubuh sedarhana tegap itu. Dia merenung tubuhnya melalui pantulan cermin. Tiga bekas jahitan hasil dari tikaman tersebut disentuh perlahan.

Lukanya tidaklah sedalam tiga bulan yang lalu. Darahnya sudah lama kering. Kini hanya tinggal parut telakar di kulit kuning langsat itu.

"Aku betul-betul nampak kau, Safa. Kau yang pegang pisau tu." getusnya separuh berbisik.

Fikirannya melayang mengenang kenangan tiga bulan yang lalu. Hari di mana dirinya menjadi mangsa tikaman isterinya sendiri. Serangan secara mengejut itu masih segar diingatan.

Waktu itu, dia baru saja pulang dari pejabatnya. Ketika dia mencucuk anak kunci ke lubang, kepalanya dipukul oleh sesuatu yang keras dari belakang. Untuk beberapa puluh minit Raid tidak menyedarkan diri namun setelah itu, dia kembali bangun.

Dia sedar dalam keadaan mata diikat dengan tali berwarna hitam. Mulut ditampal dengan pita pelekat. Tangan dan kakinya diikat ketat. Tiada suara yang dia dengar. Hanya hembusan nafas yang menghela.

Tusukkan pertama tepat pada perutnya. Semua itu berlaku sangat pantas. Tiada amaran. Kemudian diikuti dengan tusukkan kedua dan ketiga di bahagian perut tetapi berlainan sudut.

Beberapa saat sebelum pandangannya berubah kelam dan gelap, kain dilepaskan. Matanya memandang ke arah pelaku. Senyuman sinis terukir menghiasi wajah orang tersebut. Ya, dia seorang perempuan.

Wajahnya persis seperti Safa Ulya. Cuma... suara perempuan tersebut agak sedikit berbeza. Pelaku itu sempat mengatakan sepotong ayat sinis kepadanya.

"Kau... patut terima nasib yang sama. Kau patut mati, Raid."

Meremang bulu Raid apabila suara itu seolah kembali membisik. Raid memejam mata. Cuba menenangkan diri. Sesudah dia kembali tenang, dia memakai semula bajunya dan membaringkan tubuhnya di atas katil.

Tok! tok! tok!

Pintu diketuk oleh seseorang dari luar. Raid mendengus sebal. Baru saja dia mahu berehat, mesti ada saja gangguan yang diterima. Dengan penuh berhati-hati, lelaki itu turun dari katilnya dan berjalan menuju pintu biliknya.

Memang dia sengaja mengunci pintu tersebut. Trauma dengan tragedi dirinya ditikam oleh perempuan persis isterinya. Raid jadi keliru. Pelaku itu orang lain yang mempunyai wajah yang sama dengan Safa atau memang Safa?

Jika benar orang itu Safa, kenapa Safa banyak kali menafikan perkara itu. Uzzam juga menolak habis tuduhan tersebut. Hurm, Safa kan anak angkat merangkap menantu kesayangan ayahnya.

Mana mungkin lelaki itu mahu menyokongnya sedangkan dia adalah darah daging Uzzam sendiri.

Tok! tok-

"Ye, nak apa?" soal Raid bengang. Dia nak berehat pun susah.

"Saya ada belikan abang buah. Abang nak makan tak? Saya boleh tolong kupaskan." ujar Safa lembut. Dia mengoles senyuman manis kepada Raid.

Mata Raid berpindah ke arah bakul yang dibawa Safa. Ada beberapa jenis buah segar dan pisau. Melihat kehadiran pisau di dalam bakul itu, tubuh lelaki itu terus kejung.

Dia mengundur setapak demi setapak tanpa mengatakan sebarang bicara. Tubuhnya kembali menggigil. Otaknya dipenuhi dengan fikiran-fikiran negatif. Matanya tidak berkelip memandang Safa yang tidak lekang dengan senyuman itu.

"Abang?" panggil Safa. Dia turut ikut panik apabila suaminya kelihatan begitu ketakutan.

Raid menggeleng. Tubuh terduduk di atas katil. Dadanya berombak kuat tatkala menahan ketakutan. Sejak dua menjak ini, dia sangat takut dengan pisau. Bahkan dia semakin takut Safa mendekatinya.

"Ke-keluar..." ujarnya gagap. Peluh merintik keluar.

"Aku kata... Keluar." Raid semakin sukar bernafas. Satu tubuh terasa sejuk.

Bakul rotan yang dijinjing terlepas dari genggaman. Buah-buahan jatuh berterabur tersebut di atas lantai. Buat saat ini, suaminya lebih penting.

Safa mendekati Raid meskipun lelaki itu berkuat menolaknya. Perkataan 'keluar' sering diungkapkan. Berulang-ulang kali. Safa pegang tangan suaminya kemudian Raid ditarik ke dalam pelukan.

"Abang! Takkan saya nak biarkan abang seorang dalam keadaan abang macam ni. Abang, abang tarik nafas... Perlahan-lahan."

"Dada aku... Dada aku sakit... Safa." adu Raid.

"Abang tenang. Tarik nafas. Hembus perlahan-lahan." arah Safa. Matanya berkaca melihat keadaan Raid saat ini.

Raid menurut arahan. Dia menarik nafas dalam secara perlahan-lahan. Lalu dihembus. Perbuatan itu diulangi sekali lagi. Dia memejam matanya. Safa melentokkan kepala suaminya di dadanya.

"Relax. Jangan fikir benda yang menganggu fikiran abang. Tenangkan fikiran... Semuanya akan okay. Saya ada dekat sini." pujuknya. Berusaha menenangkan Raid.

"Istigfar banyak-banyak." pesan Safa.

Raid mengangguk.

Lima minit Raid di duduk di dalam pelukan Safa. Dia mula rasa selesa. Rasa hangat. Sakit di dada semakin hilang. Hanya rasa mual menjenguk perutnya. Tekaknya terasa loya. Keinginan untuk memuntuhkan isi perutnya semakin membuak-buak.

Raid cuba bangkit. Safa menahan. Risau.

"Saf-"

Rasa loya tidak dapat dikawal lagi. Segala isi perut terhambur keluar. Raid memuntahkan semuanya pada Safa yang duduk di hadapannya. Basah baju dan seluar wanita itu dibuatnya.

Safa terkebil-kebil. Terkejut. Tiba-tiba saja tubuhnya dihujani dengan muntah Raid. Safa tetap bertenang. Membiarkan Raid mengeluarkan semuanya padanya.

"Safa..." panggil Raid. Serba salah pula memuntahkan isi perutnya kepada Safa.

Dia tidak dapat tahan. Salah Safa juga, kalau wanita itu tidak menahannya tadi, pasti semua ini takkan terjadi.

"Tak apa. Saya boleh mandi lagi lepas saya bersihkan muntah abang. Ni, dah keluarkan semua ke?" Safa bertanya. Wajahnya nampak pasrah sahaja.

"Bangun sekarang." arah Raid. Lalu dia mengambil tisu yang terletak di meja sisi.

Beberapa keping tisu kertas ditarik dari kotak tersebut dan mengelap muntahnya. Safa bangkit dari duduknya. Raid menghulur beberapa keping tisu kepadanya.

"Pergi. Bersihkan diri." Risau Safa pula yang termuntah.

"Tapi muntah abang-"

"Biar aku yang bersihkan. Kau pergi mandi sekarang." arah lelaki itu. Dia berpaling dari isterinya.

Sebelum Safa keluar dari ruangan tersebut, namanya diseru lagi oleh Raid. Masing-masing tidak menoleh. Safa memasang telinga.

Safa ingatkan Raid nak minta maaf sebab termuntah padanya dan ingin mengucapkan terima kasih namun sangkaannya meleset.

"Sebelum tu tolong kutip buah dengan pisau yang bersepah depan pintu tu. Lepas tu, jangan lupa tutup pintu." ujar Raid.

Safa senyum sambil mengangguk.

"Okay."

TBC

Update: 11012021.

RAIDWhere stories live. Discover now