RAID - 15

6.9K 917 158
                                    


"SAFA!"

Pergelangan tangan Safa digenggam. Bola mata tertunak ke arah anak angkatnya merangkap menantunya itu. Pisau disambar lalu dicampak ke lantai. Sejurus itu, tubuh genit Safa didakap. Dibiarkan Safa menangis di dalam pelukkannya.

"Safa, ni ayah." ujar Uzzam perlahan. Belakang Safa diusap lembut.

Semedan Safa angkat wajah untuk melihat. Wajah Uzzam ditatap dengan linangan air mata. Bibirnya bergerak-gerak seolah ingin mengatakan sesuatu namun tak ada suara yang keluar.

"Apa yang Safa takutkan?" soal Uzzam. Rambut anaknya diselit ke belakang telinga. Risau. Menyesal pula usik Safa. Tak pasal-pasal jadi macam ni.

Safa menggeleng. Tidak mahu bercerita tentang apa yang dia takutkan. Safa tak mahu susahkan Uzzam lagi dan, Safa tak mahu suaminya dipersalahkan atas ketakutan yang dia hadapi.

"Sorry, ayah tak sengaja menyakat." ujar Uzzam lagi. Pelukkan dileraikan dan Safa dipimpin ke sofa. Sekotak tisu dihulur kepada Safa.

"Ayah cari abang ke?" tanya Safa. Dia berlagak tenang. Tisu kering dibawa ke pipi yang basah dek air mata.

"Haah, nak jumpa Safa juga. Ayah nak ajak minum petang dekat luar. Ni Raid ada ke tak? Ayah tengok kereta dia tak ada."

"Abang keluar sekejap ayah. Kejap lagi kot dia balik."

"Cuba call dia." suruh Uzzam. Kalau tunggu saja, entah-entah malam baru Raid balik. Terbantut selera nak makan cucur cempedak.

"Errr... phone Safa rosak." ujar Safa takut-takut.

Uzzam kerutkan dahi. "Macam mana boleh rosak? Jatuh? Safa tak cedera dekat mana-mana?" Risau seolah Safa itu budak baru belajar bertatih. Uzzam belek tangan Safa, depan belakang.

Tak mahulah tangan anaknya itu luka dan berparut.

"Safa tak cedera. Phone aje. Tak perlu risau..."

"Syukur. Hurm, kalau macam tu, biar ayah je yang call Raid. Safa pergilah bersiap, kita keluar minum petang." arah Uzzam. Iphone 11 dikeluarkan dari poket seluar jeansnya.

Tatkala jari mahu menekan nama Raid, Safa memanggilnya. Langsung kepala ditoleh untuk memandang. "Kenapa?"

"Safa pun tengah siapkan makanan untuk minum petang. Why not kita makan dekat rumah saja. Tak membazir." kata Safa lembut.

"Safa nak masak apa?"

"Cucur udang. Tinggal nak goreng aje, ayah. Abang suka cucur udang." Ingat udang, ingat Raid.

"Yelah, ayah call dia suruh balik cepat. Ni Safa dah okay? Dah tenang dah?"

"Dah. Ayah ni pun... terkejut tau Safa. Penat angkat pokok tu dua kali. Ingatkan siapa main-main dengan Safa. Rupanya ayah." Tawa kecil terhambur keluar.

Mendengar balasan Safa, tak semena membuatkan Uzzam memandang hairan. Dua kali? Jika dia tak silap, dia cuma jatuhkan pokok hiasan itu sekali saja. Jadi siapa orang pertama yang buat? Atau Safa sekadar tersasul saja? Bisik hatinya. Dia diamkan saja persoalan tersebut.

"Safa ke dapur tau. Ayah nak minum apa-apa tak sementara tunggu cucur tu masak?"

"Tak apa. Ayah boleh ambil sendiri. Pergilah masak."

"Okay, ayah."





BERKALI-kali mata Safa menilik pandang ke arah Raid yang duduk berhadapanan dengannya. Resah apabila raut wajah tampan milik suaminya berubah apabila Uzzam bahas tentang perkara itu. Sepanjang mereka terikat sebagai pasangan suami isteri, belum pernah lagi mereka bahas pasal anak. Uzzam pun tak pernah sebut pasal cucu.

Dan baru sekarang, lelaki berusia dalam anggaran umur 50-an itu bersuara. Tak selesa pula duduk di sini.

"Ayah ada Raid seorang je. Nak minta cucu dekat siapa lagi kalau bukan korang berdua." ujar Uzzam. Cucur udang buatan air tangan Safa disuap ke dalam mulut. Sedap sangat.

"Kucing ayah kan ada. Minta dekat dia. Kucing tu senang pregnant." Selamba badak Raid menjawab. Kemudian teh hangat disisip perlahan.

"Apa pulak minta dekat kucing? Ayah nak cucu, manusia. Bukan binatang. Bukan buah-buahan. Ayah rasa Raid dah cukup dewasa untuk faham."

"Faham memang faham. Cuma keinginan tu belum ada. Kalau ayah mengidam sangat main dengan budak-budak, ayah kahwinlah. Buat anak sendiri." tembak Raid lagi. Mata menjeling sekilas ke arah Uzzam.

"Ayah dah tua, Raid." Uzzam berdehem. Bersihkan tekak.

"Hurm, orang umur macam ayah pun masih ada yang mampu. Contoh? Uncle Umar, dia 58 tahun, ayah. Tahun lepas isteri muda dia bersalin. Takkanlah ayah yang 54 ni tak kuat?" Makin sakan Raid menganjing Uzzam.

Safa pula diam sahaja. Tak berani mencelah jika suaminya dan Uzzam sudah mula berdebat. Yakin dia tak ada peluang untuk menyampuk. Lagipun topik yang dibualkan anak beranak tu agak sensitif. Dia yang perempuan pun rasa malu. Rasa nak makan dekat dapur je.

"Okay, Raid. Cukup. Kita berbalik semula dekat point awal. Ayah nak cucu. Bukan anak. Faham ke tak? Ke bodoh sangat nak faham?" Ingat Raid saja yang boleh lempar api? Uzzam pun bolehlah. Setepek Raid dapat.

Raid ketap bibir. Dia tendang kaki Safa di bawah meja sebagai isyarat minta bantuan. Penat bercakap dengan Uzzam yang tak reti mahu mengalah. Kalau dia nak A, Raid kena bagi A. Kalau dia nak Z, Z juga Raid kena penuhi. Penat!

"Ayah..." Safa berhenti makan.

Uzzam palingkan wajah dari Raid. Bibirnya menguntum senyuman manis untuk anak perempuannya itu. Raid yang perasan dengan perubahan wajah ayahnya sekadar memutarkan bola mata ke atas. Pilih kasih.

"Ayah pun tahu kan abang dengan Safa macam mana?" Safa bersuara lembut.

"Tahu tapi sampai bila korang nak biar hubungan korang macam ni? Sorang ke sana, sorang ke sini. Tidur asing-asing. Bulan ni genap 8 bulan korang berkahwin. Suka ke hidup macam ni? Tak mesra?" Panjang Uzzam berleter.

Safa tersenyum kecil. Kepala digelengkan. "Nak kata suka tu, mestilah tak, ayah. Tapi... memang dari dulu abang dengan Safa tak sebulu. Tak ada sefahaman. Tak ngam. Kami pun tak bercinta." balas Safa.

"8 bulan kahwin, takkan tak rasa apa-apa? Tinggal di bawah bumbung yang sama. Makan semeja. Takkanlah sedikit pun tak tercuit?" Uzzam bertanya lagi.

Safa pandang Raid. Lelaki itu nampak tak terkesan langsung dengan soalan tu. Wajah dingin tak berperasaan dipamerkan.

"Cinta tak dapat dipaksa, ayah. Sudahlah tu, stop atur hidup kami. Raid dan Safa dah besar. Biar kami yang uruskan hidup kami, rumah tangga kami. Ayah jangan masuk campur. Please..." nada merayu. Raid merenung dalam wajah Uzzam minta pengertian.

Uzzam hembus dengusan kasar. Dia bingkas bangun dari kerusinya. Mata mencerun tajam ke arah anak lelakinya yang turut memandangnya. Dia nak cucu. Salahkah kalau dia meminta?

"Ayah tak kisah. Ayah nak cucu juga." Uzzam berkeras.

Hempas sudu di pinggan. Raid turut bangun dari duduknya seraya memeluk tubuh.

"Ayah lelaki. Ada benih. Then kahwin ajelah. As I said ealier, buat anak sendiri." Suara keras. Cakap baik-baik Uzzam tak nak dengar.

"Raid pun lelaki. Ada benih. Ada isteri, then bagi ayah cucu!"

Safa tepuk dahi. Ya Allah, bergaduh lagi!





TBC

Update: 22052021.

Hai! Uzzam ngan Raid ni... Ish ish ish!

RAIDWhere stories live. Discover now