RAID - 31

8.8K 896 243
                                    

"AMBIL barang pun cantik."

Safa genggam botol kaca sos cili kuat-kuat. Takut jatuh. Pecah botol tu, habislah dia kena bayar ganti rugi. Safa tolehkan kepala ke belakang untuk melihat ke arah si suami yang menolak troli. Anak mata pasangan itu bersabung pandang sesaat.

"Pilih nugget pun cantik. Untung badan dapat dia." Ini bukan sekali si dia memuji. Tetapi sudah berkali-kali. Setiap kali tangannya menyentuh objek, pasti ada saja ayat berbaur pujian gedik dilontarkan kepadanya.

"Abang boleh diam tak?"

"Tak boleh." Lelaki membalas selamba. Senyuman senget terbit di bibir merah lelaki itu. Matanya galak memerhatikan tingkah si isterinya yang sibuk membeli barang keperluan dapur.

"Dari depan cantik. Dari belakang, lagi cantik." usik sang suami. Berdekah lelaki itu mentertawakan cik isteri yang sudah tarik muka. Safa tak boleh fokus shopping kalau Raid terus buat perangai pelik dia.

"Abang!" Miang! Miang! Cucuk mata tu, biar buta.

"Aku cuma tengok hak aku saja. Tak salah pun."

Okey, sudah tibanya masanya Safa tinggalkan saja Raid di sini. Seram sejuk pula dengan perangai Raid. Beginilah jadinya apabila Safa belum dapat membiasakan diri dengan sisi baru Raid.

Tanpa menunggu lagi, Safa meneruskan langkah, panggilan si suami tidak diendahkan sama sekali. Menoleh pun tidak. Safa pasti, andai kata dia menoleh dan mendapat tahu Raid sedang mengejarnya dengan troli, pasti dia akan berlari dengan lebih pantas seolah dikejar hantu sedangkan orang itu adalah suaminya.

Usai membeli belah, pasangan itu bersama-sama berjalan menuju ke kereta Lexus milik Raid. Pintu bonet dibuka lalu barang-barang di dalam plastik dimasukkan ke dalamnya. Raid tolong keluarkan dari troli dan Safa tolong susun.

"Lepas ni nak pergi mana-mana tak?" Raid bertanya.

"Balik aje kot. Saya lapar." ujar Safa seraya berjalan ke pintu sebelah pemandu. Sebaik pintu dibuka, Safa meloloskan diri ke dalam kereta kemudian tali pinggang keledar dipasangkan.

"Kita makan dekat luar aje."

"Tak payahlah. Ayah-" Safa tak habis cakap, Raid sudah memintas.

"Ayah boleh mengemis makanan dekat rumah jiran." Raid kalihkan wajah memandang Safa. Matanya tunak merenung seraut wajah lembut cik isteri.

Mata Safa membutang besar memandang Raid. Biar betul Raid nak suruh ayah mengemis? Ni kalau Uzzam dengar, pasti ada yang kena piat-piat telinganya.

"Jangan bulatkan mata. Aku geram." Lalu Raid cuit pucuk hidung mancung Safa. Bibirnya mengukir senyuman.

Aish! Raid ni kan! Dipandang seperti itu, dimanjakan seperti itu, buatkan Safa rasa disayangi pula. Sudah lama dia mendambakan layanan seperti ini dan ikutkan hati, Safa mahu melayan kegedikkan Raid cuma... rajuk Safa belum pudar. Safa belum puas mendera perasaan lelaki itu. Balas dendam katakan.

Safa nak tengok sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kedinginan Safa. Tidaklah dingin sangat cuma nikmat 'mesra-alam' yang selalu Safa tadahkan kepada lelaki itu ditarik semula. Biar lelaki itu belajar menghargai, biar lelaki itu belajar mensyukuri. Bukan mudah nak dapat isteri sebaik Safa. Eh... angkat bakul pula.

"Dia dah besar, Safa. Pandai-pandailah dia cari makan. Kalau dia nak makan dekat luar, biar. Aku suami kau, kau kena utamakan aku. Dengar cakap aku." ujarnya dalam nada sedikit menekan.

"Dia tu ayah abang. Satu-satunya ayah yang abang ada. Takkan abang tergamak nak biarkan ayah uruskan diri sendiri? Ayah tu pun tanggungjawab abang, kan?" Safa membidas semula. Agak tidak berkenan dengan sikap Raid yang cuma memikirkan diri sendiri saja.

RAIDWhere stories live. Discover now