RAID - 30

9.7K 1.1K 244
                                    

"AYAH. Ayah ada nampak kunci kereta Safa tak?" Safa menyoal seraya memaut lengan Uzzam. Safa memang begitu dengan Uzzam, manja.

"Tak nampak pula. Ayah tak ada usik. Kenapa? Hilang ke? Atau Safa lupa mana Safa letak?" Uzzam bertanya kembali. Wajah lembut Safa ditatap.

"Safa cari dalam beg, tak ada. Dekat luar kot-kot tercicir pun tak ada."

"Dah tanya Raid?"

Semedan Safa diam. Tanya suaminya? Aduhai, pagi ini saja mereka tak bercakap. Lepas sembayang subuh berjemaah, Raid terus saja keluar dari bilik tidurnya. Dan sampai sekarang dia tak nampak kelibat Raid berkeliaran. Raid sambung tidur atau tengah bersiap?

"Cubalah tanya suami Safa tu. Entah-entah dia yang rembat." Tak lain dan tak bukan, mesti anak lelakinya itu mahu mengusik Safa.

Safa kebam bibir. Belakang kepala digaru. Dia nak ke atas? Berdepan dengan Raid? Argh! Jiwa perempuannya menjerit tak mahu. Malu! Segan nak pandang muka suami sendiri disebabkan perkara malam tadi. Entah bagaimana bisa dia tewas dengan godaan Raid.

Siapa yang patut disalahkan? Nafsu diri atau Raid yang ralit membelai?

Tidak mahu melengah-lengahkan masa, Safa menyusun langkah mendaki anak tangga menuju ke bilik tidur suaminya. Tombol pintu dipulas lalu pintu tersebut ditolak perlahan-lahan. Mujur tidak berkunci.

"Abang." Safa menyeru perlahan. Sosok tubuh sederhana tegap yang membelakanginya dikerling sekilas. Kedua-dua tangan diseluk ke dalam seluarnya. Wajah dikalihkan ke arah katil suaminya yang masih kemas.

"Morning." Raid menyapa mesra. Tubuh dipusingkan menghadap cik isteri yang sudah siap berpakaian.

"Erm... Abang ada usik kunci kereta saya?" soal Safa tanpa memandang Raid. Segan nak bersemuka.

"Ada."

"Minta." Kemudian Safa hulur tapak tangan.

"Minta apa?" Raid sembunyikan senyum. Huluran tangan Safa disambut lalu tangan itu digenggam.

Perbuatan Raid tak semena membuatkan Safa menoleh ke arah suaminya. Pandangan mata mereka berlaga. Ah, akhirnya dapat juga Raid tengok wajah cantik isterinya. Dari tadi Safa pandang ke sisi, rasa tak puas pula meskipun side profile isterinya sememangnya sudah cukup sempurna.

"Kunci. Saya nak kunci kereta saya. Dah lewat ni." Laju Safa membalas. Wanita itu sedang mengawal gementar yang maha hebat ketika ini.

"Kita sekereta. Aku drive." Raid beri kata putus. Sejak hati terpaut sayang pada wanita itu, Raid lebih suka jika Safa sentiasa ada di sisinya. Tiba-tiba dia terasa tak biasa memandu sendirian tanpa adanya teman yang duduk di kerusi penumpang depan. Mengada sungguh!

"Tak nak!"

"Kenapa tak nak? Kau takut aku terkam kau?" Dan-dan bibir lelaki itu mengoyakkan senyuman senget. Menyakat.

Safa jegilkan mata. Terkejut dengan tanggapan si suami. "Saya kata saya tak nak, saya tak nak lah. Lagipun, balik kerja nanti saya nak keluar beli barang sikit." ujar Safa. Kali ini Safa tak berbohong. Memang benar Safa nak singgah ke pasar raya balik dari kerja petang nanti.

"Aku ikut."

"Tak payah. Abangkan tak suka menunggu. Biar saya aje yang pergi. Saya dah biasa." Safa menolak. Lagian, dia tak ajak Raid pergi bersamanya.

"Aku ikut. Kalau kau berdegil tak bagi aku ikut kau, aku tak izinkan kau keluar." Mulalah dia guna kuasa veto seorang suami. Payah bercakap dengan manusia degil macam Safa. Dia nak ikut aje pun, takkan itu pun tak boleh?

Segugus keluhan terhela keluar. Baiklah, Safa mengaku kalah. Tatkala dia mulai menyedari tangannya masih dipegang erat oleh encik suami, matanya membutang besar. Tidak berkelip. Aik, sejak bila Raid pegang tangan dia?

"Pergi kerja dengan aku. Aku tak suka pergi seorang diri." Kemudian tangan isterinya dilepaskan. Sepasang mata lelaki itu menatap dalam seraut wajah bersih dan lembut Safa.

"Sebelum ni-" Belum sempat Safa mengungkit, tiba-tiba ada jari menekan bibirnya.

"Berhenti mengungkit. Aku tak suka." Raid yang dulu mungkin berdua-duaan dengan Safa tapi Raid versi baru ni, kalau boleh nak menempel dengan Safa setiap saat.

"Perangai abang makin pelik..." komen Safa sebaik saja dia alihkan jari panjang suaminya itu.

"Aku jadi macam ni sebab kau. Kau yang buat aku jadi pelik. Jadi... berhenti salahkan aku." Raid penat asyik dipersalahkan. Perempuan ni memang, selalu salahkan kaum Adam. Padahal perempuanlah sebenar-benar punca.

Kes Raid ni, dia berubah 'pelik' sebab Safa. Penangan Safa ni lain macam. Risau!

"Eh, kenapa saya pula? Abang jangan nak menuduh eh." Safa cekak pinggang. Geram kerana dituduh Raid. Suka hati aje nak tuduh Safa yang tak ada kena mengena dengan perubahan baru Raid sejak kebelakangan ini.

"Bukan menuduh tapi itulah hakikatnya." Raid kenyit mata. Belakang kepala cik isteri berlapik dibelai lembut.

"Apa abang melalut pagi-pagi ni?"

"Tak melalut pun. Aku jadi macam ni sebab kau, Safa." Raid rasa nak ketuk aje si cantik ni. Tak faham bahasa betul. Takkan wanita berusia 26 tahun ni tak faham maksud Raid?

Dia berubah sebab Raid dah jatuh cinta. Jatuh cinta dekat isteri sendiri. Eh lupa, Safa kan lembab. Dia sudah mengaku dia sayang pun Safa tak percaya. Inikan nak mengaku perasaan sebenarnya terhadap Safa.

"Dah, pergilah turun. Sarapan. Sekejap lagi aku menyusul." Raid pusingkan semula tubuhnya. Tangan mencapai sikat lalu rambutnya disikat rapi.

Baru sahaja Safa melangkah keluar, tiba-tiba namanya disebut lagi. Safa tidak menoleh ke belakang. Dibiarkan saja kaki tergam di lantai.

"Mulai hari ni... kita berkongsi bilik. Sama ada aku yang pindah atau kau yang pindah masuk bilik aku. Aku tak kisah asalkan..." Wajah ditolehkan ke arah cik isteri.

"Kau dekat dengan aku."






TBC

Update: 22112021.

Hai! Terus vote dan komen. Thank you!

RAIDWhere stories live. Discover now