RAID - 12

7.9K 958 64
                                    

TOPENG yang ditinggalkan oleh perempuan 'misteri' itu ditatap dengan penuh tanda tanya. Sesekali dia cuit benda silikon itu dengan penjuru telefon bimbit. Yang suami leka dengan benda tidak bernyawa itu dan yang isteri pula, sibuk memerhatikan perilaku suaminya sambil bersandar di dinding bersebelahan pintu.

"Abang cucuk benda tu mestilah bergerak. Kalau abang tengok je, topeng tu takkan bergerak." ujar si isteri. Tidak senang pula melihat perilaku si suami.

Dah dia sendiri cucuk benda tu, mestilah menghasilkan sedikit pergerakkan. Lepas itu diri sendiri juga yang terkejut.

Dari balik kerja, pulang ke rumah, Raid tak habis lagi dengan topeng silikon yang menyerupai wajah Safa.

Pelbagai persoalan berlegar di benak Raid. Kenapa wanita itu perlu guna topeng muka dan meniru muka Safa. Hinggakan 100% persis wajah Safa. Apa tujuan sebenar wanita tersebut melakukan hal itu? Disebabkan topeng tak berguna itu, Raid lempar tuduhan tak berasas kepada Safa yang jelas tidak bersalah.

Dan siapa gerangan di sebalik nama Rauf? Apa kaitan Raid dengan Rauf? Kenapa 'Rauf' yang disebut tetapi Raid yang diserang? Bahkan hampir melayang nyawanya dikerjakan wanita psiko itu.

Oh tuhan, kes ini sangat menyeramkan!

"Abang tak nak makan ke?" Safa menegur lagi. Dia sumbat sudu ke dalam mulut. Nasi dan beberapa jenis lauk di dalam pinggan diaduk bersama.

"Kau ada masak?" Sejurus itu Raid turun dari katil dan melangkah mendekati Safa yang masih berdiri di tempat yang sama.

"Ada." Dia tunjuk pinggannya pada Raid yang tika ini berdiri di hadapannya.

"Lauk apa?"

"Ayam belado, sayur sawi goreng dengan....- eh nasi saya..." Terkejut. Sumpah dia kaget. Otak tak dapat nak sangkal Raid akan buat begitu.

Mata bundarnya tidak berkedip memandang wajah tampan suaminya. Selamba saja Raid ambil tangan Safa yang masih lagi menggenggam sudu dan menyuakan sudu itu ke mulut Raid. Raid tayang muka biasa. Tak ada reaksi. Kosong.

"Kepak ada tak?" Raid bertanya. Sekali lagi dia ulang perbuatan yang sama. Makan dari sudu bekas si isteri. Atau lebih tepat, berkongsi sudu dengan Safa.

Wow. Terkedu sejenak. Raid tak pernah buat macam ni sebelum ini. Mimpi apa lelaki itu? Fuh, sangat 'seksi' di mata Safa.

"Aku tanya, ayam kepak ada ke?" Raid tak gemar makan ayam di bahagian dada ayam atau tulang. Dia lebih suka bahagian yang lembut dan senang untuk dikunyah. Seperti bahagian kepak dan paha ayam.

"Ad-ada." Tidak semena tergagap. Laju saja Safa alihkan pandangan memandang ke arah tempat lain. Tak mahu membalas tatapan mata Raid yang seakan menggodanya itu.

Lemah jantung...

"Okay." Raid langsung menapak keluar dari biliknya untuk ke dapur. Lepas rasa secubit dua masakkan isterinya itu, boleh tahan menyelerakan. Kena dengan tekaknya.

Kalau dia balun satu belanga, rasanya Safa marah tak? Hahahah.





TBC

Update: 31032021.

RAIDWhere stories live. Discover now