RAID - 38

14.8K 981 137
                                    

"ABANG, busy tak?" Safa menolak pintu dari luar.

"Tak. Nak cakap something ke?" Telefon bimbit diletakkan di atas mejanya dan tubuh dihadapkan ke arah Safa yang sudah duduk di kerusi berhadapan dengannya.

"Haah..."

"Okey, cakaplah."

"Macam ni, saya rasakan..." Ayatnya tergantung. Wajah tampan Raid dipandang dalam-dalam. Tepi kepala yang terasa gatal digaru perlahan.

"Ye, Safa rasa kenapa? Safa sihat tak ni?" Isterinya kelihatan resah semacam hari ni. Pagi tadi, sebelum mereka berangkat kerja, keadaan isterinya sama seperti sekarang ini. Gelisah.

Safa gigit bibir bawahnya. Tidak tahu bagaimana dia mahu memulakan bicara. Topik yang hendak dia bincangkan dengan suaminya memang topik penting. Perihal besar yang tidak boleh diabaikan atau dipandang sebelah mata.

"Macam ni, dah lama saya tak datang bulan. Lepas tu." Ayat tak disambung. Wajah Raid dipandang lagi. Kelihatan suaminya sedang menumpu perhatian siap menopang dagu dengan tangan.

"Lepas tu?" Aih, dah kenapa Safa ni cakap putus-putus? Geram pula Raid dibuatnya.

"Saya perasan selera makan abang naik. Yang abang tak pandai makan, abang mengidam nak makan. Abang makin manja dan saya pun sama. Saya pun perasan, saya selalu tak larat. Cepat penat. Lepas tu pagi tadi saya ambil pregnancy test." ujar Safa sedikit mendatar. Gugup.

Raid kembali duduk menegak dan matanya mencerun ke arah isterinya. Mendengar cerita Safa yang belum sampai ke penghujungnya itu sudah mampu membuat dirinya berdebar. Raid dah dapat tangkap maksud si isteri. Raid dah tahu ke mana arah dan hala tuju perbualan ini.

"Jadi... keputusannya apa?"

"Two lines. Positive."

Safa kebam bibir sambil menatap wajah suaminya yang tercengang melihat Safa. Terkejut mungkin. Bola mata Raid membulat sebelum bibirnya mengukir segaris senyuman. Dan langsung saja Raid menepuk tangannya dengan rasa bangga.

"Serius?"

"Haah tapi saya tak berani nak kata benda tu betul... kena buat pemeriksaan untuk pastikan sama ada benda tu betul atau tak." kata Safa. Kalau dia gembira sangat, takut dia juga yang kecewa.

"Tapi benda tu obvious kot. Abang rasa benda tu tak salahlah. Memang anak abang dah wujud." ujar Raid yakin. Perubahan sikap, selera dan kelewatan haid sudah membuktikan bahawa pregnancy test itu tidak salah. Senyumannya kian melebar. Dalam hati dia mengucap syukur berkali-kali.

"Kalau salah macam mana?"

"Benda boleh usaha, buat apa nak sedih." Raid masih muda, masih kuat. Jadi, tak perlulah bersedih. Kalau ada rezeki, dia terima. Kalau belum ada, Inshaallah Allah bagi di kemudian hari.

"Kalau betul-betul pregnant?"

Raid ketuk kepala. Soalan apa ni?

"Kalau betul dah pregnant, alhamdulilah. Dah boleh slow-slow berlatih tak tidur malam jaga anak." Raid berseloroh. Dengar cerita dari kawan, bayi baru lahir memang sering terjaga waktu malam. Nak tak nak, parents kena korbankan waktu tidur mereka menjaga si kecil. Kalau lepas menyusu dia dah tidur semula, tu tak apa.

Kalau yang bangun malam sebab nak main, alamatnya mereka kena bersengkang mata berjaga malam.

"Abang suka ke?"

"Kenapa tanya macam tu?" Raid menyoal kembali. Raut wajah isterinya tiba-tiba berubah sedih.

"Yela... takut abang tak nak."

"Kalau abang tak nak. Abang takkan ajak Safa buat kerja lebih masa malam-malam. Hurm..." Dulu dia dah pernah menyuarakan hasrat untuk mempunyai anak dengan Safa. Takkanlah Safa dah lupa? Raid siap oder satu dekat Safa.

"Abang..." Raid ni nakallah! Dekat klinik pun nak bahas.

"Betullah tu. Abang nak anak. Anak dengan Safa." Raid maksudkannya. Sejak dah jatuh cinta dengan isteri sendiri, tipulah kalau Raid kata dia tak mahu bina keluarga meskipun ciri-ciri seorang ayah belum ada pada diri seorang Raid.

Raid nak ada anak. Raid nak jadi ayah kepada anak-anak Safa.

"Kita keluar sekejap petang nanti. Abang nak bawa Safa pergi klinik." sambung Raid seraya bingkas bangun dari duduknya. Lelaki berbadan tinggi lampai itu berjalan mendekati wanita kesayangannya.

Kerusi roda Safa dipusing menghadapnya dan Raid duduk mencangkung di hadapan isterinya. Tangan Safa dipegang erat lalu kekura tangan Safa dibawa ke bibir. Tangan Safa dikucup. Lama.

"I love you."

"Betul?"

"Ya... betul. Safa tak sayang abang ke ni duk ragu-ragu je dari tadi?" Jauh hati Raid.

"Mestilah sayang!" Dah nak ada anak dengan lelaki ini, takkanlah Safa tak sayang, tak cinta, kan?






TBC

Update: 30012022.

Hai😊 Bellofa ada tulis cerita baru. Dah ada 16 bab. Bolehlah baca, ringan je.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
RAIDWhere stories live. Discover now