RAID - 5

7.4K 879 31
                                    

"YANG buat laporan malam tu, Encik Sufian. Jam 8.45 malam." kata salah seorang polis tersebut. Terlihat tag nama yang tertulis Azman di bajunya biru gelapnya.

"Encik Sufian? Jiran sebelah kan?"

Azman mengangguk.

"Bukan isteri saya?" soal Raid. Mati-matian dia ingatkan Safa yang buat laporan.

"Bukan. Puan Safa tak ada di rumah. Kami sempat soal siasat isteri Encik keesokkan harinya. Pada hari yang sama Encik ditikam, Puan Safa berangkat dari rumah untuk ke Langkawi, kira-kira jam 9 pagi."

Berkerut kening Raid mendengarnya. Safa ke Langkawi? Perempuan itu ada memberitahunya tentang hal itu kah? Atau Raid saja yang terlepas pandang?

"Puan Safa ada tunjukkan mesej yang dia hantar pada Tuan melalui Whatsapp sehari sebelum dia berangkat. Mungkin Tuan belum buka lagi pesanan dari Puan Safa waktu itu."

Raid mengangguk saja. Ya, dia tak buka lagi pesanan yang dihantar isterinya. Kalau dia buka sekalipun, dia cuma baca saja. Hanya beri respon bila perlu.

"Okay. Sebelum saya dibawa ke hospital, saya dijumpai di mana?" tanya Raid. Semenjak dia bangun dari koma dan dibawa pulang ke rumah, belum ada kesempatan untuk bertanya.

Masakan dia nak tanya Safa sedangkan dia masih musykil dengan isterinya sendiri. Dia mahu berjaga-jaga saja. Manusia ni muka saja nampak baik tapi sebenarnya dialah racun sebenar. Manusia bertopengkan syaitan. Licik.

"Di depan rumah Encik."

"Berdasarkan dari apa yang Encik Sufian cerita, malam tu dia singgah ke rumah Encik sebab nak hantar makanan. Setiba saja dia di rumah Encik, dia ternampak tubuh Encik terlentang di depan dengan lumuran darah dan sebilah pisau diletakkan di sebelah Encik." jelas Azman. Menceritakan keadaan Raid malam itu.

"Mata Tuan pun diikat dengan kain hitam. Mulut dilekatkan dengan pita pelekat."

Raid diam membisu. Menunggu inspektor Azman habis berbicara.

"Buat masa sekarang, baru itu sahaja info yang kami dapat. Jadi Encik, disebabkan Encik sudah bangun sekarang. Ada beberapa perkara kami nak tanyakan pada Encik tentang apa yang jadi malam tu. Lebih jelas tentang sebelum kejadian tu berlaku." ujar Inspektor Yusri. Lelaki itu duduk di hadapan Raid.

Raid menganggukkan kepala. Dia mengangkat kepalanya sebentar. Tatkala mata terlihat satu tubuh berdiri di tepi tangga, pandangan mata bertembung dengan mata isterinya, dengan segera Safa berlalu pergi.

Inspektor Azman meletakkan alat peraman suara di atas meja sebaik saja punat ON ditekan.

"Boleh Encik Raid terangkan apa yang terjadi sebelum Encik Raid diserang malam itu?" soalan pertama yang ditanyakan kepada Raid.

"Dalam anggaran 2 minit lepas saya letak kereta di garaj, saya bergerak menuju ke arah pintu depan. Bila saya nak buka pintu, tiba-tiba belakang kepala saya dipukul oleh sesuatu yang keras."

"Saya pengsan untuk... tak sure berapa minit. Tapi kurang dari satu jam."

"Lepas saya sedar semula, mata saya diikat dengan kain, mulut saya dilekat dengan pita pelekat. Kaki dan tangan saya juga diikat. Jadi pergerakkan saya terbatas." jelas Raid. Sedaya upaya cuba mengembalikan ingatannya tentang peristiwa yang mengerikan malam itu.

"Saya tak tahulah lepas saya kena pukul tu, saya dibawa dekat mana. Saya ditikam dalam posisi saya terbaring di atas lantai... Ditikam di bahagian perut sebanyak tiga kali."

Raid menghentikan bicara. Otaknya ligat berfikir sama ada mahu berterus terang atau tidak mengenai rupa pelaku yang seiras dengan wajah Safa. Mulutnya seolah berat untuk menceritakan hal itu kepada dua inspektor di hadapannya.

"Kalau abang masih dengan keputusan abang untuk singkirkan saya, abang buatlah. Tapi jangan menyesal bila suatu hari nanti, kebenaran terungkap."

Kata-kata Safa pagi tadi kembali membisik. Seolah menghasut dirinya untuk tidak menyebut apa-apa tentang wajah perempuan yang cuba membunuhnya.

"Encik Raid? Itu sahaja?" Inspektor Azman menegur. Pelik, tiba-tiba saja Raid diam termenung.

"Rasanya itu sahaja."

"Baik, terima kasih kerana memberi kerja sama. Sekiranya ada lagi info berkenaan kejadian 24 April hari tu, Encik boleh terus hubungi kami. Dan kami akan sedaya upaya kami selesai kes ni dan cari pelaku tu."

Ketiga-tiga lelaki itu bangkit dari duduknya. Mereka bersalaman sebelum bersurai. Raid menghantar kedua-dua inspektor tersebut keluar dan mengangkat tangan sebagai isyarat selamat tinggal.

Pintu kembali di tutup. Kemunculan Safa secara tiba-tiba di belakangnya hampir saja membuatkan Raid jatuh terduduk kerana terlalu terkejut. Datang dari mana pun Raid tidak tahu.

"Kenapa?" Raid bertanya.

Safa mengetapkan bibir. Dia membuka beberapa langkah menghampiri suaminya.

"Kenapa tak jujur je?"

Mengambil beberapa saat untuk Raid dapat tangkap maksud disebalik pertanyaan Safa.

"Sebab aku tak pasti lagi."

"Perlu ke tunggu kepastian sedangkan ini masa yang sesuai untuk singkirkan saya?" soal Safa tenang.

Raid turut membuka langkah mendekati isterinya. Pinggang ramping milik isterinya dirangkul kemas dan menarik tubuh genit itu ke dalam dakapannya. Wajah didekatkan ke telinga kanan isterinya.

"Aku bukanlah sejenis manusia yang berbahagia di atas penderitaan orang lain, Safa. Kalau betul kau bukan pelaku tu dan tuduhan aku terbukti salah, biarlah aku singkirkan kau dengan cara yang lain." bisik Raid perlahan.

Rangkulan dilepaskan dan langkah diatur meninggalkan Safa bersendirian.

TBC

Update: 13012021.

RAIDWhere stories live. Discover now