RAID - 17

6.9K 936 100
                                    

SAFA tak tidur bilik Raid malam itu. Jadi kenapa Raid perlu menunggu? Raid kata dia tak suka Safa. Jadi kenapa semalaman dia harus memikirkan tentang si isteri? Safa merajuk? Safa marahkannya? Argh, kenapa tiba-tiba saja Raid rasa bersalah!

Dari kejauhan sepasang mata milik Raid memerhatikan kelibat sang isteri yang duduk makan di meja paling hujung bersama dua rakannya. Khairina dan Zain. Bukan main seronok Zain duduk berbual dengan perempuan ya. Gedik aje Raid melihatnya.

"Kau tengok apa?" Faiz menegur.

Raid menggeleng. Kopi ais disedut menggunakan penyedut minuman. Wajah dikalihkan memandang ke tempat lain.

"Asal kau tak makan makanan kau? Tadi kau kata kau lapar. Bila makanan dah ada depan mata, tak makan pula." ujar Faiz. Masa dia tengah sibuk berbual dengan pembantu Safa, Raid heret dia ke kantin. Alasan nak suruh teman dia makan tapi tengoklah tu, sedikit pun Raid tak sentuh.

"Tiba-tiba kenyang." Kenyang tengok Safa dari jauh berbual sakan dengan Zain. Ya, memang isterinya tak duduk berdua dengan Zain merangkap rakan baiknya itu tapi entah kenapa Raid rasa lain sangat. Rasa macam... tak suka.

"Haih, kalau macam tu, jomlah naik. Makanan tu kau tapau ajelah. Membazir kalau buan-" belum sempat Faiz menghabiskan bicara, Raid memintas.

"Panggil Safa." suruhnya.

Faiq kerutkan kening. Dah kenapa Raid suruh dia pula panggilkan Safa. Kan isteri dia dah dekat tu. Panggil sendiri pun tak nak ke? Faiz menghembus nafas berat. Dia bingkas bangun dari kerusi lalu mengatur langkah ke meja yang diduduki Safa.

Raid sandarkan tubuh ke kerusi sambil betis kanan disilang di atas kaki kiri. Tangan pula memeluk dada. Wajah tampan yang sentiasa tampak kosong tanpa riaksi itu sekadar memberi pandangan dingin ke arah isterinya.

"Kau boleh naik, Faiz."

Safa di belakang Faiz dipandang. Jari telunjuk ditunding pada Safa. "Kau, duduk situ." Kerusi di hadapan Raid ditunjuk.

Tanpa banyak bicara, Faiz hayun langkah keluar dari kafeteria, Safa pula ambil tempat di depan Raid. Di hujung sana, Zain dan Khairina sudah tersengeh-sengeh. Rasa-rasanya pasangan suami isteri itu nak cakap pasal apa ya? Sweet je duduk berdua!

"Abang nak apa?" Safa bertanya malas.

"Habiskan makanan aku." Bekas plastik berisi nasi lemak ditolak ke arah Safa.

"Saya dah makan. Kenyang." Safa menolak cara halus.

"Makan." Raid tongkat dagu.

"Saya kata saya dah kenyang. Jangan paksa boleh tak?"

"Makan." Raid ulang lagi.

Safa jeling mata tanda menyampah. Tak mahu bertengkar di tempat kerja depan orang, Safa menurut kata. Nasi dan sambal diaduk rata dengan sudu plastik. Isi ayam dikoyak-koyakkan menjadi bahagian kecil. Tulang dialihkan.

"Habiskan." Raid merenung dalam wajah cemberut si isteri.

"Tahulah! Abang ni pun dah kenapa, kalau kenyang, tak perlu beli makanan. Gedik lah!" Marah Safa. Mengunyah sambil membebel. Raid pula tenang saja memerhati.

Raid tahu Safa lapar. Raid tahu Safa tak beli makanan pun. Raid tahu Safa tak isi perut dari pagi tadi.

"Saja beli. Kot kot terserempak dengan khinzir kebulur dekat sini. Hahahah." dia tertawa kecil.

Dengar balasan suaminya, tak semena membuatkan mata Safa terjojol besar. Sudu digenggam erat bagai nak patah saja. K-khin-khinzir? Raid kata dia khinzir? Astagah, main kasar lelaki ni. Dari malam tadi kot Raid cari pasal dengannya. Semalam Raid kutuk badan dia macam papan dan hari ni, Raid samakan dia dengan khinzir kebulur.

Damn, this guy...

"Raid!"

"Yes, Safa?" ukir satu senyuman penuh makna.

Tatkala bom Safa nak meletup, tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Safa segera menoleh untuk melihat. Khairina.

"Kata diet. Sekarang? Hmmm makan nasi lemak." Khairina ketawa mengusik. Inilah perempuan, hari ni kata nak diet. Tapi hari ni juga dia telan macam-macam.

Raid pandang Zain. Kedua lelaki itu sekadar tersenyum saja.

"Kau diam." Safa bangun dari duduknya. Tanpa menoleh lagi, dia berganjak dari tempat itu. Geramnya!

"Kenapa dengan Safa tu? Kau buli dia?" Zain bertanya. Tadi masa dia berbual dengan Safa, mood perempuan itu elok saja. Bila dengan Raid, tiba-tiba jadi garang.

"Biasalah, bendera Jepun. Tak boleh usik sikit. Cepat je koyak." selamba Raid membalas. Bendera jepun? Entahlah. Jawab aje.

"Melepaslah kau malam ni. Malam jumaat kot." Zain mengekeh. Saja bergurau. Khairina garu kepala. Dari pada dia tunggu Zain, baik dia kejar Safa. Malu pula terdengar perbualan Zain dengan Raid.

Safa, wait for me!


TBC

Update: 24052021.

RAIDWhere stories live. Discover now