RAID - 25

8.8K 946 65
                                    

DUDUK bersebelahan di birai katil. Hujung lengan yang tak berlapik saling berlaga dan bersentuhan. Safa halakan pandangan ke hadapan dan begitu juga dengan Raid. Masing-masing diam dan menyepi. Selimut yang dikongsikan bersama ditarik hingga paras dada yang terdedah.

"Kita dah buat silap..." Safa bersuara.

"Abang tak patut sentuh saya." Jelas kedengaran suaranya sedikit bergetar menahan tangis. Ikutkan hati, Safa nak aje pukul Raid sampai lebam tapi bila direnungkan kembali, Safa tak boleh meletakkan seluruh kesalahan pada Raid.

Kalau dia tak tergoda dengan sentuhan Raid malam tadi, pasti semua ini takkan terjadi. Pasti dia takkan menyerahkan seluruh dirinya kepada Raid walaupun lelaki itu berhak terhadap dirinya. Sebalnya! Sebal!

"Kenapa kau tak tolak?" balas lelaki itu.

Lalu Safa terdiam. Kebam bibir dan raup muka dengan kasar. "Abang yang mulakan."

"Kau boleh tolak kalau kau tak nak."

Sekali lagi balasan Raid membuatkan Safa kematian bicara. Safa tolehkan kepala memandang Raid. Mata dikerdipkan beberapa kali. Lengan Raid ditepuk kuat. Benci! Sumpah Safa rasa sangat geram, sebal dan kesal pada diri sendiri.

"Sakitlah, safa..."

Safa seka kasar air mata yang mengalir. Entahlah, dia rasa sebak pula ketika ini. Dia rasa nak marah tapi tak dia tak boleh nak lepaskan amarahnya. Dia mahu menyalahkan Raid tapi dalam masa yang sama, dirinya juga salah. Argh, Safa berperang dengan diri sendiri.

"Benda dah jadi, Safa. Nak buat macam mana? Aku dah sentuh kau pun dan aku tak punya kuasa untuk putarkan balik masa." Senang Raid bercakap. Tenang saja dia berkata-kata.

Safa hela keluhan berat. Tidak betah berlama-lamaan di situ lalu dia bangun. Bersama sisa tangisan, wanita itu memakai pakaiannya di hadapan Raid yang diam tak berkutik.

"Kau nak pergi mana? Dah lewat ni." Raid bangun.

"Saya tak nak tidur dekat sini."

"Kenapa? Kau marah aku? Kau marah aku sebab sentuh kau? Safa, bukankah malam tadi kau yang nak aku beri peluang dekat kau?" Tangan Safa dilelar. Wajah lembut Safa kelihatan samar-samar dalam kemalapan suasana.

Binaran mata yang berkaca itu direnung dengan hati yang serba salah. Bukan Safa seorang sahaja yang menyalahkan diri atas kejadiaan malam tadi. Malah, Raid juga. Dia yang mulakan. Dia yang tidak mampu mengawal kemahuan. Dia tergugat apabila Safa mengatakan bahwa wanita itu mahu mencari orang lain.

"Tapi bukan macam ni caranya! Abang sentuh saya sebab apa? Sebab nafsu abang ajekan? Sebab abang nak saya penuhi keperluan batin abang semata-mata sajakan? Dan bukannya sebab abang nak beri peluang pada rumah tangga kita? Jadi abang dah puas sekarang?" Tajam bola mata Safa mencerlung ke arah wajah suaminya.

"Safa, kau dah salah faham-" Tak habis cakap, Safa sudah memintas. Tangan Raid ditepis dari menyentuhnya.

"Last night was a mistake, Raid. It is a very big mistake!" Suara Safa naik seoktaf. Air matanya bercucuran deras di pipi.

Raid raup rambutnya yang berserabai. Kusut pula dengan perangai Safa. Malam-malam buta nak bertengkar? Malam-malam nak bertikam lidah dengan Raid? Hanya disebabkan Raid menyentuhnya?

"Kau yang cakap macam tu, Safa. Aku tak cakap pun malam tadi adalah sebuah kesilapan. Aku tak ada cakap aku menyesal dengan apa yang dah jadi." ujar Raid senada. Pandang muka Safa dalam-dalam.

"Abang tak faham apa yang saya rasa. Malam tadi, abang sentuh saya tapi abang tak cintakan saya. Abang sentuh saya sebab nafsu! Abang tak ada hati dekat saya!" Tangisnya. Bahunya terenjut-enjut menangisi kesilapan mereka malam tadi. Emosinya terganggu.

"Safa..." Raid cuba menggapai tangan isterinya namun Safa lebih pantas mengelak.

"Jangan sentuh saya, Raid!"













TBC

Update: 15102021.

Ayok, Safa dah maghoh🥺

Sekali lagi nak kasi tahu, ebook keempat saya akan keluar tak lama lagi. Bolehlah cek teaser di profile saya, tajuknya SAMPAI SYURGA. Kisah cinta cikgu maths dengan minah tomboi solehah, acewah🤭

RAIDWhere stories live. Discover now