RAID - 4

7.5K 857 32
                                    

DUA biji telur dipecahkan kemudian telurnya dimasukkan ke dalam mangkuk. Secubit garam, sedikit serbuk lada putih, serbuk serbuk lada hitam dan bawang merah yang dipotong dadu dijadikan perencah tambahan. Telur dikacau hingga sebati sebelum adunan telur tersebut dituang ke dalam kuali anti lekat.

"Empat dara duduk di tepi sungai."

"Duduk menjerat si ketam la batu." dendang Safa mendayu-dayu. Entah kenapa hatinya merasa sangat senang pagi ini.

Sebaik saja telur dadarnya sudah siap di goreng, Safa memindahkannya ke pinggan untuk dihidang. Safa berlari anak untuk melihat keadaan nasi yang dimasak dengan menggunakan rice cooker.

Nasinya sudah masak. Suis ditutup dan dicabut. Wayar dililit lalu digantungkan pada tempat penggantung khas. Jika dia biarkan saja wayar itu di atas meja bar tanpa dililit semula, pasti Raid akan memarahinya. Membebel.

Raid benci dengan suasana yang bersepah dan tidak teratur. Lelaki itu sangat pantang dengan kekotoran. Makan tak basuh pun boleh jadi topik pergaduhan mereka.

Sayur petola yang sudah dipotong dan dibersihkan dimasukkan ke dalam tumisan bawang merah, bawah putih dan cili merah. Dibiarkan sayur tersebut layu sedikit barulah Safa memasukkan sedikit air. Garam dan serbuk maggi cukup rasa ditabur.

"Kau masak apa?" satu suara yang cukup dikenali menegur Safa dari arah belakang.

Safa menoleh.

"Telur dadar dengan sayur petola goreng. Abang suka sayur petola kan?"

"Hurm." balas Raid pendek. Lelaki itu melabuhkan punggung di atas kerusi kayu jati tersebut.

"Tunggu sekejap ya abang. Kejap lagi saya siap masak." kata Safa. Tangannya lincah menggaul masakkannya.

"Tadi ayah ada telefon aku." Raid memulakan bicara.

"Ayah cakap apa?"

"Dia kata, petang nanti polis nak datang rumah. Diorang nak tanya lebih lanjut pasal kes tiga bulan lepas." ujar Raid.

Terus tangan Safa berhenti menggaul. Bibir diketap rapat. Mata merenung sayur petola yang sudah menggelegak. Satu helaan dilepaskan.

"Jadi abang nak laporkan saya dekat polis ke? Abang nak serahkan saya dekat diorang" soal Safa. Api dimatikan.

Raid diam membisu.

"Abang masih nak salahkan saya atas apa yang jadi malam tu? Kan saya dah kata, saya tak buat kerja gila tu. Bukan saya yang tikam abang." Safa pandang Raid. Wajahnya jelas menunjukkan dia kesal dengan Raid.

"Kalau bukan kau yang tikam, kenapa malam tu. aku nampak muka kau? Kau yang pegang pisau tu." tatapan mata Safa dibalas dalam.

"Muka saya?" Jari telunjuk ditunding pada diri sendiri. Safa kaget. Biar betul Raid ni?

"Haah. Dan kau, tak payah buat-buat terkejut. Menyampah aku tengok lakonan kau." serang Raid lagi.

Safa menahan geram. Dia menentang tajam wajah kacak yang sentiasa kelihatan dingin dan kosong tidak beriak apabila bersama dengannya. Wanita berusia 26 tahun itu mengherot senyuman kecil.

"Bila masa saya berlakon? Abang, kalau memang saya yang buat kerja gila tu, saya takkan larikan diri. Saya akan stay dalam rumah ni tunggu polis tangkap saya. Biar saya duduk dalam lokap daripada duduk dengan abang. Ye, kalau saya jujur dengan abang, yes, Safa tak suka abang tapi saya tak pernah berdendam dengan abang. Sumpah tak pernah!"

"Lepas tu, kalau sayalah pelaku tu. Saya takkan tikam dekat perut. Tapi saya akan tikam abang tempat lain. Dekat dada mungkin. Kelar leher abang. Seksa abang sampai tak bernyawa. Tapi masalahnya... Saya tak buat." suara Safa mengendur. Kecewa dengan tuduhan Raid.

Raid yang mendengar hujahan Safa sebentar tadi terus diam tidak berkutik lagi. Matanya memerhatikan Safa yang sibuk mencedokkan sayur ke dalam pinggan.

"Suka hati abanglah. Saya faham abang bencikan saya, bencikan perkahwinan ni dan perasaan kita sama. Serupa. Kita saling membenci. Tapi abang perlu tahu, sebenci-benci saya pada abang, saya masih ada hati. Ada keperimanusiaan. Saya masih waras. Tahu dosa pahala."

"Kalau abang masih dengan keputusan abang untuk singkirkan saya, abang buatlah. Tapi jangan menyesal bila suatu hari nanti, kebenaran terungkap." sambung Safa lagi.

Pinggan diletakkan di atas meja, depan Raid yang tetap memilih untuk diam. Lauk sudah dikautkan untuk lelaki itu. Safa ingatkan pagi ini dia dapat makan dengan tenang. Tidak bergaduh dengan Raid rupanya dia salah.

Perut yang lapar tiba-tiba saja kenyang. Kenyang makan hati. Seleranya juga hilang. Safa cuma mahu masuk ke biliknya, ambil wudhu dan solat dhuha. Berharap hatinya segera sejuk.

Jika manusia hanya tahu menggores luka di hatinya, cukuplah semesta tetap setia ada memujuk jiwa yang teraniaya.

"Abang makan lah dulu. Saya nak solat dhuha kejap."

Kelibat Safa hilang dari pandangan. Raid mendengus. Rambut diraup kasar. Kepalanya kusut. Raid keliru. Setelah mendengar kata-kata Safa tadi, perasaan Raid berbelah bahagi. Perasaannya bercampur aduk.

Raid tidak pasti siapa yang patut dipercayai. Kata-kata Safa atau apa yang dia nampak malam itu. Sungguh Raid dalam dilema.

"Argh sial."



TBC

Update: 12012021.

RAIDWhere stories live. Discover now