RAID - 37

8.9K 988 156
                                    

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN.



"KAU patut bagitahu dekat bekas isteri kau yang anak tu tak mati lagi! Anak tu ada dengan kau, Ziyyad!" Tajam anak mata Rauf mencerun seraut wajah tampan milik Tengku Ziyyad.

"Why should I?"

"Perempuan gila tu tengah cari aku sekarang. Selagi aku masih hidup, selagi tu dia akan kejar aku. Dia akan hantui hidup aku Ziyyad!" marah Rauf. Sejak kejadian dia diupah memalsukan kematian bayi pasangan itu, hidupnya terus menerus dihantui dengan Ain Amanda.

Dia tahu tujuan apa wanita itu menjejakinya. Untuk membalas dendam kematian bayinya. Sedangkan, bayi itu tak pernah mati. Setahun yang lalu, dia diupah untuk merampas bayi Ain Amanda dari wanita itu. Dia juga diupah untuk memalsukan pembunuhan bayi berusia 5 bulan itu, Tengku Dhiyana.

"Kau boleh balik. Urusan kita dah lama selesai, bukan?" ujar Tengku Ziyyad sambil bermain dengan telefon pintarnya.

"Tengku Dhiyana anak Amanda juga. Dia berhak ke atas budak tu! Dia yang lahirkan Dhiyana. Kenapa kau perlu pisahkan dia dengan mak kandung dia?" soal Rauf bengang. Dari dulu lagi dia tertanya-tanya kenapa Tengku Ziyyad tega memisahkan Dhiyana dari ibunya.

"Itu bukan urusan kau. Kerja kau cuma dengar cakap aku. Dan kau jangan nak buat-buat lupa dengan perjanjian kita sebelum ni Rauf. Aku tolong kau langsaikan hutang dan kau tolong aku rampas Dhiyana dari Amanda." ujar Tengku Ziyyad dengan nada penekanan.

Tengku Dhiyana lebih aman hidup dengan Tengku Ziyyad. Tengku Dhiyana juga lebih memerlukan ayahnya berbanding ibunya.

"Kau buat hidup aku tak tenteram, Ziyyad..."

"Aku ulang, urusan kita dah settle. Sama ada kau mati di tangan Amanda atau tak, tu bukan urusan aku. Tapi kau kena ingat, Amanda tak boleh tahu pasal Dhiyana. Budak tu anak aku. Dia hak aku. Rahsia ni biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Bear this in your mind." tegas Tengku Ziyyad seakan memberi peringatan kepada lelaki itu.

"Tapi Amanda yang lahirkan budak tu!" balas Rauf dengan berani. Hati dihambat rasa geram tatkala lelaki itu sama sekali tidak memikirkan pasal dia. Kalau bukan angkara Tengku Ziyyad, pasti dia dah boleh hidup dengan aman.

"Dan tanpa aku, Dhiyana takkan wujud. Dah, kau keluar Rauf. Kau keluar sekarang." arah Tengku Ziyyad. Sedikit pun lelaki itu tidak mahu memandang ke arah Rauf yang kelihatan serabut.

"Ziyyad..." Rauf cuba meminta kefahaman lelaki itu. Tak sanggup hidup dalam ketakutan. Tengku Ziyyad yang mulakan semua ni dan disebabkan Ziyyad, dia yang terkena tempiasnya.

"Orang-orang aku akan awasi kau. So, you don't have to worry." Tengku Ziyyad pandang sekilas ke arah Rauf.

"Te-terima kasih..."







RAID tak boleh tidur. Badan penat tapi mata tak mengantuk lagi. Raid tolehkan kepala memandang Safa yang sudah lama lena dibuai mimpi indah. Kepala isterinya dibelai lembut dengan kasih sayang sebelum sebuah kucupan hangat dilabuhkan di dahi Safa.

Raid turun dari katil perlahan-lahan dek tidak mahu membuatkan lena cik isteri terganggu. Telefon bimbit dibawa bersama dan langkah kaki diatur menuju ke pintu bilik. Berjaya keluar dari bilik peraduan tanpa membuat sebarang bunyi, Raid terus turun ke dapur.

"Aku rasa hari tu Safa ada beli tapi dia letak dekat mana eh?" Dagu yang terasa gatal digaru. Mata merenung lama isi peti sejuk di depannya.

Puas memunggah-munggah isi peti sejuk, Raid pun mengalah sebab tak jumpa benda yang dia cari-cari dari tadi.

"Abang cari apa?" soal seseorang. Raid tersentak dek sergahan Safa. Terperanjat mak oi!

"Eh, kenapa Safa bangun ni?" soal Raid seraya berjalan mendekati wanita itu. Semedan tubuhnya dipeluk manja oleh Safa. Muka disembamkan di leher Raid. Entah kenapa sejak dua menjak ni Safa suka sangat dengan bau badan Raid. Asyik nak menempel aje kerjanya.

"Abang tak ada di sebelah saya..." kata Safa dalam nada mengantuk. Mata dipejamkan rapat.

"Abang lapar sebenarnya. Tu yang keluar sekejap."

Mata yang terpejam automatik celik. Safa leraikan pelukan dan pandang muka Raid lama-lama. Jam 3 pagi Raid nak makan? Jarang-jarang...

Lepas tu, kalau Safa tak silap. Makan malam tadi, Raid siap tambah nasi 3 kali tau. Lain macam selera makan Raid sekarang ni. Risau pula kalau Raid makin berisi. Boroi. Tak nak! Nanti tak hot dah!

"Seriuslah?"

"Haah. Abang terliur nak makan petai."

Allahu! Petai? Biar betul Raid ni?

"Abang, abang mana suka makan petai. Sejak bila abang suka pulak ni?" soal Safa. Hilang seketika rasa mengantuk.

"Eh..." Raid pandang Safa. Safa pun pandang Raid. Masing-masing terkejut dengan kenyataan tersebut. Raid pun baru ingat sesuatu, Raid tak suka makan petai. Ditawar 10K sekalipun, Raid tak mahu cemarkan mulut dia dengan petai. Busuk! Tak sedap!

"Abang okey tak ni? Mimpi apa sampai terliur nak makan petai?" Dihujung ayat Safa tertawa kecil. Terasa lucu pula. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba Raid mengidam nak makan petai.

"Okey je. Entahlah, teringin nak makan. Safa ada simpan lagi ke petai Safa beli hari tu? Kalau ada, Safa simpan dekat mana?" Raid labuhkan punggung di atas kerusi.

"Ada, saya simpan dalam freezer. Kalau abang nak makan... petai tu beku. Mana sedap makan beku-beku. Why not saya keluarkan sekarang, pagi nanti saya masak. Okey tak, abang?" cadang Safa. Lagian, Safa tak larat nak masak jam-jam sebegini. Penat. Badan tak cukup rehat lagi.

"Tapi abang terliurlah Safa..."

"Esok eh? Esok saya masak sedap-sedap untuk suami saya ni. Sekarang kita tidur. Abang kena dodoikan saya. Kalau abang tak dodoikan saya, nanti hantu masuk dalam mimpi saya. Saya tak nak." Senyuman Safa meleret melebar. Lengan Raid disauk dan kepala dilentokkan di lengan sederhana berotot milik Raid.

"Gedik eh sekarang." Jari telunjuk mencuit manja pucuk hidung mancung Safa.

"Dengan suami sendiri, kenalah gedik." Semenjak dirinya sering dimanjakan oleh Raid, Safa seakan lupa erti 'berdikari'. Payahkan?

"Jomlah tidur..." ajak Safa. Tangan suaminya ditarik supaya lelaki itu bingkas berdiri.

"Petai tu macam mana?"

"Nanti, abang. Karang tengah hari saya masakan untuk abang. Sekarang saya penat, boleh eh?" Safa siap tayang muka comel. Memohon pengertian dari encik suami.

"Yelah, tengah hari pun tengah hari lah." nada pasrah. Lambat sedikit pun tak apa. Raid kena fikirkan pasal Safa juga. Wanita itu penat. Fasal Raid mengidam petai tu, mereka tunda dulu untuk beberapa jam. Petai, wait for daddy!





TBC

Update: 29122021

Hai! Vote, comment dan follow mak ya. Terima kasih! Jap, ni update terakhir tahun 2021 ke?🥺 Dah nak setahun dah umur Raid ni. Tak siap-siap lagi😭🤣

Korang pun dah nak masuk sekolah/hostel🥺

RAIDWhere stories live. Discover now