TIGA hari kemudian.
"Nak makan tak?"
"Kau bawa apa je?" Raid menyoal kembali. Matanya tertunak ke arah bekas Tupperway yang dipegang Safa.
"Sayur kesukaan abang." Dek Raid buat hal kelmarin, tak mahu jamah makanan yang disediakan oleh pihak hospital, nak tak nak Safa terpaksa bawa sesuatu untuk suaminya. Mengada-ngada sungguh orang sakit ni.
"Petola?" Matanya berbinar terang.
Safa mengangguk. "Nak makan ke tak?"
"Nak. Aku dah lama mengidam masakan isteri aku."
Safa pandang muka Raid. Cara dia cakap tu macam dah lama tak makan masakkan Safa, padahal baru 3 hari tak merasa. Macam mana nak merasa kalau orang tu baru sedar kelmarin petang. Mujur kecederaan yang dialami oleh Raid akibat dari hentakan tempoh hari tidak begitu serius. Dua hari Safa tak dapat tidur lena memikirkan keadaan Raid.
"Nah, makanlah dulu. Sup ayam dalam ni." Bekas makanan tahan panas diletakkan di atas meja makan beroda yang ada di depan Raid.
"Thank you." Raid menoleh lagi. Wajah Safa ditatap lama untuk melepaskan kerinduan yang menggila-gila dari semalam lagi.
Safa sekadar mengangguk. Mata memerhatikan suaminya makan dengan penuh selera. Tanpa sedar bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Raid nampak sangat comel ketika ini meskipun kepala lelaki itu berbalut dengan kain kasa.
"Orang jahat tu dah kena tangkap. Kunci kereta abang ada dekat saya." ujar Safa. Rasa canggung pula dia biarkan ruangan ini sepi tanpa adanya suara-suara orang berbual.
"Tahu. Ayah dah bagitahu." Satu jam sebelum Safa sampai, Uzzam dah datang melawat Raid dulu.
"Abang ni memang selalu tak bernasib baik eh?"
Berkerut dahi Raid mendengar soalan yang baru saja Safa lontarkan padanya.
"Maksud kau?"
"Masa tu, abang kena serang. Hampir terbunuh. Lepas tu, orang pecah masuk rumah kita. Pun sama, sikit lagi abang K.O. Dan 3 hari lepas, abang kena rompak." jelas Safa. Raid ni bermusuh dengan siapa sebenarnya? Ataupun memang ada yang dengki dengan suaminya?
"Manalah aku tahu. Bukan aku yang susun takdir aku macam ni. Tapi kan Safa, walaupun hidup aku agak tak bernasib baik, alhamdulilah, aku masih ada di sini. Dan kau masih boleh dengar suara aku." balas Raid pula. Ada benarnya kata Safa sebentar tadi, hidupnya tidak bernasib baik. Nyawanya sering kali terancam. Atau lebih tepat, hampir terancam.
Hampir setahun, tahun ini sudah banyak perkara yang berlaku padanya. Raid hidup dalam ketakutan. Entah apa dosanya pada manusia di luar sana hinggakan dirinya diiktiraf musuh. Musuh kepala hotak! Raid sendiri tak ada masalah dengan orang, tiba-tiba saja dirinya dijadikan sasaran.
"Ayah kata, ada orang yang selamatkan aku malam tu. Betul?" Tutup topik tadi dan Raid buka topik yang baru pula. Topik yang dia sendiri ingin dengar dari mulut Safa sendiri.
"Haah. Tapi... saya tak sempat bersemuka dengan dia. Masa saya sampai dekat parking lot tu, orang tu pergi macam tu aje. Saya panggil tapi dia buat der. Kunci kereta yang pencuri tu ambi dari abang pun, dia yang kembalikan. Dia letak dalam kereta abang. Masa tu saya masih dekat dalam restoran. Saya tunggu-tunggu abang, saya call tapi abang..." Safa pandang wajah Raid. Pandang dalam-dalam.
Minda mengimbau semula peristiwa 3 hari lepas. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya Safa pada waktu itu. Sewaktu dia keluar dari restoran, berlari ke tempat Raid memakirkan keretanya dan melihat sosok tubuh yang terhampar di lantai tar membuatkan Safa bagai kehilangan nafas.
"Lepas tu pencuri tu macam mana?"
"Dia tak sempat curi kereta abang. Masa tu, dia pun terhampar. Cedera... tapi tak seteruk abang. Rasanya orang yang tolong abang tu lah yang belasah. Tapi siapa orang tu?" Safa garu tepi kepala. Safa masih menyimpan rasa sebal dek panggilannya tempoh hari diabaikan. Sombong.
"Kenapa dia tolong aku? Lepas tu pergi macam tu aje?" Raid usap dagu. Pelik ni. Seram pun seram.
"Dia perempuan tau. Dia yang call saya guna phone abang. Dia yang bagitahu abang cedera."
Raid diam. Memikirkan hal-hal yang dia sendiri tidak tahu membuatkan kepala bertambah pusing pula. Tapi siapa perempuan tu? Ke perempuan itu ada motif lain? Argh, serabut!
"Okey, lupakan. Yang penting aku masih hidup. Kan, wife?" soal Raid bersama senyuman kecil di bibir. Wajah Safa ditatap dengan penuh minat sambil menopang dagu dengan tangan kanannya.
"Abang hidup pun. Abang selalu kacau saya." Safa palingkan wajah memandang ke arah lain. Mengelatlah tu. Dan Safa juga malu ditatap sedalam itu oleh sang suami.
Malu tapi hati menjerit suka.
"Siapa lagi aku nak kacau kalau bukan kau? Janda sebelah rumah?" tanyanya bersahaja.
"Ish abang ni..." Berani Raid nak kacau Puan Dini? Mahu kena babap oleh Uzzam.
"Safa."
"Ye?" Barulah Safa balas pandangan mata si suami.
"Aku nak nyanyi sedikit boleh tak?"
"Hah?!" Kaget. Safa pandang Raid dengan pandangan tak percaya. Biar betik Raid ni? Ni kesan sampingan dari hentakan tempoh hari kah? Awat pelik-pelik kesan sampingannya ni?
Nak menyanyi pula?
"Suara aku tak lah best. Tapi bolehlah..." Tak salah angkat bakul. Raid pun suka dengar suara sendiri setiap kali menyanyi di dalam bilik air. Syaitan pun bertepuk tampar di dalam sana.
"Lagu apa?"
"Taylor swift."
"Okey, suka hatilah. Janji orang sakit ni happy." Malas Safa nak layan sebenarnya. Ikutkan hati Safa nak angkat punggung dan pulang semula ke klinik.
Raid senyum. Tekak dibersihkan dulu.
"Please. Don't. Be. In. Love-" Tak habis nyanyi, Safa dah memintas tak puas hati.
"Tu bukan menyanyi, tu membaca."
"Ish, kau ni... menyanyi atau membaca, aku nak kau fahami lirik." Intonasi tu tak penting. Tone lari pun tak apa. Yang jadi pendengar cuma seorang, seseorang yang Raid sangat cintai.
"Okey..." Mengada!
Raid pandang sekilas ke arah isterinya. Pandangan mata mereka bersabung sekilas.
"Cepatlah!" marah Safa. Tangan disilang ke dada.
"abang... cepat!" Suara di celah gigi. Tangan Safa naik memukul lembut lengan Raid. Lambatlah Raid ni!
Tawa halus terbit. Raid pusingkan tubuh menghadap si isteri. Tubuh dicondongkan sedikit dan tangannya memagut dagu runcing Safa. Sebelum sempat Safa bergerak menjauhkan diri, tiba-tiba satu kucupan hangat singgah di dahinya.
"Abang, kenapa ni?" Tadi kata nak menyanyi. Sekarang nak cium-cium orang pula.
"Aku rindu..."
Please don't be in love with someone else.
Please don't have somebody waiting on you...
TBCUpdate: 08122021.
Raid nak menyanyi? HAHAHAH 😭😭 Maaf kalau bab cringe. Semoga anda terhibur.
Hai, hari ni makan apa je?