LANGKAHNYA tergam apabila mata bertembung dengan anak mata Uzzam. Ayah dan anak itu saling berpandangan. Uzzam melorek senyuman kecil kemudian tangan diangkat dan memberi lambaian ringkas kepada anak lelakinya.
"Ambil cuti sajalah hari ni. Safa demam." kata Uzzam.
"Demam?"
"Haah. Badan dia panas. Pergi masuk tengok Safa. Cukup empat jam nanti, bagi Safa makan ubat tau. Panadol tu ayah dah letak tepi katil." Dan Uzzam pun berlalu pergi usai berpesan.
Mata Raid tertunak ke arah pintu bilik isterinya yang tertutup rapat. Semerta beg galas di bahu dilepaskan kemudian diletakkan di atas meja. Sebenarnya dia dah bersiap nak pergi kerja namun disebabkan isterinya kurang sihat, nampaknya dia kena ambil cuti. Takkanlah Uzzam yang kena jaga Safa sedangkan dialah punca.
Tombol pintu dipulas dan kaki melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Dari kejauhan dia melihat tubuh genit itu berselibung dalam selimut. Raid menghela nafas berat. Sekali lagi dia menyalahkan dirinya atas apa yang jadi malam tadi.
Dia yang mulakan, jadi dia harus bertanggungjawab.
Raid mengatur langkah ke katil bersaiz queen itu dengan perlahan. Tidak mahu membuat bunyi kerana takut Safa akan terjaga. Punggung dilabuhkan di tepi katil. Tatap muka pucat Safa dengan renungan lembut. Ingin sekali dia belai rambut isterinya tapi ego menghalang.
Mesti lepas ni Safa bencikan dia, kan? Mengenangkan perkara itu, dadanya jadi sendat. Dia tak mahu Safa membencinya. Dia tak mahu Safa melayaninya dengan dingin. Bila sudah terbiasa dengan Safa yang sentiasa berlembut dengannya, sejujurnya dia tak mahu Safa berubah sikap.
"Rest well, Safa."
ANAK siapa pula Uzzam rembat ni? Raid silang tangan ke dada dan menyusun langkah keluar. Petang-petang macam ni Uzzam memang suka lepak di luar. Ambil angin katanya. Tak pun, berborak dengan jirannya. Uzzam tu peramah orangnya. Jadi disebabkan itu, mak jiran dia pun berkenan dengan ayah Raid tu. Puan Dini, janda. Uzzam pula? Duda.
"Anak siapa tu?" Raid menyoal.
"Anak jiran Raid lah. Comel budak ni, geram sungguh ayah." kata Uzzam sambil memicit-micit tangan budak itu. Raid menganggar, mungkin budak itu berusia 11 bulan ke bawah.
"Oh... dah beranak rupanya."
"Anak jiran sendiri pun tak kenal ke?" balas Uzzam lagi.
"Saya bukan ayah budak tu. Manalah saya tahu." balasnya selamba. Raid pandang budak kecil itu. Comel memang comel tapi comot dengan air liur.
"Raid, ke sini kejap." Uzzam menggamit.
"Tak mahu. Saya tengok dari sini saja." tolak Raid seolah-olah dapat menghidu tujuan Uzzam memanggilnya ke sana. Mesti lelaki itu menyuruh dia mendukung anak kecil itu, kan?
"Sini lah, try dukung sekali. Ambil feel dulu. Kot-kot lepas ni terbuka hati nak ada anak secomel Hannah." Uzzam pun nak cucu macam jiran sebelah. Seronok aje dia tengok Puan Dini tu berbual-bual dengan cucu-cucunya.
Raid putar bolah mata ke atas. Nah, sangkaannya sedikit pun tak meleset. Raid menggeleng tidak mahu. Ingat dengan mendukung anak orang akan membuka hatinya untuk mempunyai anak? Macam mana dia nak punya anak kalau hubungan dia dengan Safa pun tak baik sekarang?
"Saya tak pandai layan budak-budak." Bukan bidang Raid nak melayan kerenah budak kecil.
"Belum cuba belum tahu, Raid." desak Uzzam.
"Saya tak pandai dan saya tak nak. Ayah main ajelah dengan dia. Jangan libatkan saya."
Uzzam menggelengkan kepala. Penat nak berdebat dengan lelaki seego Raid ni. Dia alihkan pandangan dari Raid lalu tubuh Hannah dibalikan menghadapnya. Suara pekikkan teruja si cilik menarik perhatian Raid. Melihat Hannah melompat-lompat di paha Uzzam tak semena membuatkan bibir lelaki itu tersenyum. Tersenyum tanpa sedar.
"Marilah sini," Kali kedua Uzzam mencuba. Menggamit si anak mendekati. Apa salahnya Raid menyampuk sekali. Hannah pun suka lepak ramai-ramai. Tambahan, Hannah suka dijaga oleh jejaka tampan. Hahahah!
Raid gigit bibir. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu ke sana atau tidak. Namun, jauh di sudut hati, Raid mahu menghampiri dan berkenalan dengan si comel itu. Tergugat naluri kebapaan dalam diri.
"Raid, sinilah! Oh my god..." Buat apa tercegat lama-lama dekat situ?
Hannah mengekek riang. Bibir kecil Hannah tersenyum suka dan tangan gebunya menepuk-nepuk pipi Uzzam. Semakin sakan Hannah ketawa apabila dia menggesel tapak tangannya di rahang Uzzam yang ditumbuhi jambang halus.
Raid hembus nafas perlahan. Tak boleh jadi, dia sudah terpancing dengan kecomelan anak kecil itu. Untuk kali ini, Raid jatuhkan ego. Dia membuka langkah menghampiri si ayah yang duduk di kerusi kerawang. Dia nampak Uzzam menarik senyuman.
"Hannah, ni uncle Ra...id!"
Hannah senyum. Pandang Raid dengan renungan mendalam. Sinar mata anak kecil itu semakin membuatkan Raid rasa semacam saja. Rasa ingin mempunyai anak...
"Berat tak?" Raid bertanya. Teragak-agak nak dukung anak kecil seperti Hannah. Dia tak ada pengalaman lagi. Dukung bayi yang baru lahir pun tak pernah sama sekali.
"Sedang-sedang. Cubalah angkat, Hannah tak memilih." Satu faktor yang membuatkan Uzzam suka dengan cucu Puan Dini ni adalah Hannah tak bersikap memilih. Dia ngam dengan semua orang. Suka buat kawan! Bagus budak ni.
"Nenek dia dah tahu ayah pinjam cucu dia sekejap?"
"Tahu. Anak dia pun dah tahu. Satgi kita hantar dia baliklah."
"Yah!" Hannah memanggil. Tangan tergawang-gawang di udara seolah meminta didukung Raid.
"Saya bukan ayah awak." Raid membalas.
"Yah? Yah!"
Uzzam tergelak. "Nah, dukung dia sekejap." Semedan Uzzam serahkan Hannah kepada Raid. Terkial-kial lelaki itu cuma memperkemaskan dukungan.
"Yah..." Manja suara anak kecil itu memanggil.
"Saya Raid lah."
Hannah ketawa.
"Saya tak buat lawak." ujar Raid. Dia merenung dalam ke bebola mata Hannah yang bewarna coklat cair. Cantik sungguh budak kecil ni.
"Raid," Uzzam memanggil.
"Ayah nak request cucu. Boleh eh?"
Raid bulatkan mata. Boleh naik darah Raid disebabkan permintaan Uzzam ni. Uzzam minta cucu macam senang aje. Macam hari ni request, esok sudah terpacak depan mata.
"Tanya Safa. Bukan Raid." ujar Raid. Dia tak ada rahim tapi Safa ada. Kalau Safa sudi, apa salahnya?
Eh, Raid dah terbuka hati ke ni?
TBCUpdate: 20102021.
Vote dan comment. Terima kasih!
Hai, saja nak bagitahu... Jumaat minggu ni, seketul Bellofa dah keluar ebook baru tau🤭 Boleh usha IG saya🤭 Mengmalu🤭