RAID - 29

9K 1K 127
                                    

GIGIT kuku. Raid pandang Safa dan Safa pun pandang Raid. Safa tak tahu nak cakap macam mana lagi dekat lelaki itu. Sudah acap kali dia suruh suaminya keluar, Raid buat der aje. Lelaki itu pekakkan telinga dan sambung peluk dia.

"Abang sentuh saya lagi." Aci tak kalau Safa tumbuk Raid?

Ingatkan lelaki itu sekadar menumpang aje di biliknya malam tadi, rupanya lain pula jadinya. Setiap kali Safa tolak tangan lelaki itu dari merayap, makin sakan pula Raid mengusik. Safa dah cuba sedaya upaya larikan diri dari pelukan lelaki itu namun Raid lebih pantas menarik dan menguncinya semula.

Terjaga daripada lena tidur-tidur ayam, mata menangkap wajah kacak si suami di sebelahnya. Dan lelaki itu tak tidur lagi. Mata lelaki itu masih celik dan ralit memerhatikan dia. Seram.

"Aku dah kata jangan bergesel dengan aku. Kan dah mendapat."

"Abang yang gatal. Miang!"

"Kau pun apa kurangnya." Hujung bibir lelaki itu ternaik sedikit. Tak mahu kalah. Malam tadi, bukan dia aje yang gatal. Safa pun dua kali lima!

Pap! Lengan Raid ditepuk kuat oleh Safa. Mata mencerun tajam merenung sang suami yang sudah tersengeh-sengeh. Dek malas mahu bertengar pagi-pagi buta dengan suaminya, Safa pusingkan tubuh membelakangi Raid. Pandang lampu lagi best.

"Sampai bila kau nak merajuk dengan aku?" Dan-dan lelaki itu bersuara lagi. Terasa jari-jemari kasar Raid menyentuh belakang bahunya yang terdedah. Nafas hangat yang menghembus kulitnya sudah cukup membuatkan Safa lumpuh. Tidak mampu bergerak. Debaran di dada semakin melonjak.

"Safa Ulya..." Suara maskulin itu menyeru perlahan.

Ya Allah, dugaan...

"Abang pilih, tidur atau keluar dari bilik ni." Safa pejamkan mata. Tidak sanggup berdepan dengan situasi berkenaan. Hampir gila Safa dibuatnya.

"Tidur sini. Sebelah kau." Lalu Raid mendekatkan tubuhnya dengan belakang tubuh si isteri. Berlaga.

"Jauh sikit boleh tak?" Safa kacip kuat giginya.

"Tak boleh. Sejuk." Raid di belakang Safa sudah tersenyum-senyum. Di sebalik selimut tebal berwarna merah jambu itu, ada tangan yang merayap. Pinggang ramping si isteri diusap sayang.

"Raid." Suara Safa berubah keras. Tangan Raid ditepis. Tapi dia tahu, semakin ditepis, semakin lelaki itu mahu menyentuh. Kenapa dengan Raid? Kemaruk sangat nak bergesel?

"Aku tak pandai pujuk perempuan." Beritahu Raid. Fakta. Memandangkan dia tak pernah bercinta atau mengenal hati budi insan bergelar perempuan, jadi dia kurang arif tentang sifat kaum hawa.

Apabila berdepan dengan situasi Safa merajuk dengannya, Raid mula terkial-kial mencari jalan untuk memujuk.

"Saya tak minta abang pujuk." balas Safa.

"Kalau aku tak pujuk, kau merajuk."

"Sejak bila saya merajuk?" Memandai aje buat andaian.

"Sejak malam tu."

Safa kebam bibir. Dia berasa segan setiap kali Raid bahas tentang perkara itu. Ya, Safa mengaku. Memang Safa marah, hati perempuannya masih diulit rajuk. Safa sedih mengenangkan Raid yang menyentuhnya atas sebab nafsu semata. Dia tidak kisah jika Raid mahukan dirinya tapi dengan syarat, mereka haruslah sehati.

"Aku minta maaf." ucap Raid perlahan. Belakang kepala Safa dikucup bertalu.

"Abang sentuh saya sebab... nafsu abang saja kan?" Bergetar suara Safa menahan rasa. Matanya juga sudah berkaca.

"Tak."

"Kalau bukan disebabkan nafsu, jadi apa? Abang nak cakap yang abang dah sukakan saya? Sayangkan saya? Abang tak payahlah nak tipu saya." Safa seka air mata yang mengalir cepat-cepat.

"Aku... aku sayang..."

"Tipu."

"Aku betul-betul sayang. Tak tipu." Tenang saja Raid bersuara.

"Abang tipu." Safa yakin lelaki itu sedang berbohong. Safa kenal Raid. Lelaki itu tak pernah memandangnya lebih dari seorang adik. Lelaki itu tak pernah sayangkan dia apatah lagi mencintainya. Safa tak ada nilai di mata dan hati lelaki itu.

"Suka hatilah nak percaya atau tak. Kau bukan aku, Safa. Kau tak tahu apa yang aku rasa." Sejurus itu Raid pejamkan matanya. Tubuhnya lelah dan matanya mula mengantuk. Raid tiada daya untuk meneruskan perdebatan mereka pagi ini.

"Abang suka, kan? Suka seksa hati saya." Safa menangis lagi. Geram!

"Hrmm... tidurlah..." Kemudian Raid tekap tangannya di perut Safa yang rata. Dipeluk erat tubuh perempuan kesayangannya.

Tak apalah kalau Safa tak mahu percaya. Silapnya juga. Dek sikapnya yang sukar untuk dibaca, memang sukar Safa nak percaya. Tapi tak mengapa, selagi Safa masih ada di sisi, masih memegang gelaran isteri kepada Raid, peluang untuk membuktikan dia benar-benar cinta masih terbentang luas.






TBC

Update: 19112021.

Hai! vote dan comment, terima kasih Goodluck juga pada students yang akan menduduki peperiksaan. Semoga diberi kemudahan kepada kalian. Aamiin!

RAIDWhere stories live. Discover now