RAID - 36

7.8K 937 105
                                    

DAUN pintu ditolak perlahan. Langkah diatur masuk ke dalam ruang peraduan mereka dan berdiri di hadapan katil bersaiz queen itu. Raid yang elok berbaring dalam keadaan bertuala separas pinggang itu dipandang lama.

"Ye?"

"Saya ingat abang dah siap dah..." Rupanya tak! Boleh pula Raid duduk santai sambil main phone di katil mereka.

"Sekejap lagi. Kau dah siap masak eh?"

"Dah. Ayah dah tunggu pun. Tinggal abang aje lagi. Cepatlah pakai baju, lapar ni."

"Aku kan ada. Come here." Dia menggamit. Sebuah senyuman kecil terlukis di bibir lelaki itu. Safa pun dah meremang semacam.

"Abang, pakai baju cepat. Kalau abang lambat, saya dengan ayah makan dulu tau." Habiskan terus lauk malam ni. Itulah, siapa suruh berlengah.

"Cepatlah, ke sini." Allah! Raid betulkan posisi duduk. Kaki diturunkan memijak lantai.

Safa melepaskan keluhan kecil. Nak tak nak dia harus menurut. Belum sempat punggung dilabuhkan di atas tilam di sebelah Raid, tiba-tiba pergelangan tangannya dilelar dan tubuhnya ditarik hingga terduduk di atas riba lelaki itu. Pinggangnya dirangkul kejap.

"Abang..." Suara celah gigi. Mata dipincingkan. Jangan kata Raid nak minta dia manjakan lelaki itu pula.

"Ye?"

"Saya lapar."

"Aku kan ada."

Pap! Safa tepuk bahu lelaki itu. Raid dah tersenyum-senyum suka melihat wajah si isteri bertukar merah. Ish, si cantik ni! Suka buat Raid geram.

"Mana baju?" soal Safa. Lekas-lekas tukar topik.

"Dalam almari."

"Dah tu pakailah." Benda senang pun nak kena ajar. Raid yang selama ini pandai berdikari sendiri dah tak pandai urus diri sendiri.

"Aku lagi suka kalau kau yang pakaikan." Raid berbisik sensual di telinga isterinya. Mata melirik ke arah Safa yang tiba-tiba saja membatu di ribanya.

"Abang pakailah sendiri. Abang dah besar, kan?"

"Tapi biasa kau yang nak pakaikan." Alamak, terkantoi. Tengok siapa yang manjakan siapa sebenarnya.

"Abang ni kan..."

"Abang apa?" Lelaki itu menyoal kembali. Kali ini dia bahasakan dirinya 'abang' dan bukan lagi 'aku' seperti tadi.

"Kejap aku, kejap abang. Kalau tukar-tukar ni tak best lah!" rungut Safa. Terkadang dia juga tak mengerti dengan Raid. Ada masa dia gelar diri dia 'abang' dan ada masa dia gelar diri dia 'aku' semula. Walau begitu, dua-dua Safa rasa okey. Masih sedap dipendengaran telinga cuma setiap kali Raid bahasakan diri dia abang, Raid nampak lebih mengancam!

Maka, Safa lebih prefer Raid guna abang. Lagian, mereka kan dah bercinta, apa salahnya Raid bahasakan diri dia dengan kata ganti diri yang lebih mesra.

"Kau nak yang mana?"

"Abang."

Raid menganggukkan kepala. Safa diturunkan dari Riba dan Raid bingkas bangun dari duduknya. Lelaki itu menyusun langkah menuju ke almari pakaian. Pintu gelangsar ditolak ke sisi. T-shirt lengan panjang berwarna hitam dan seluar pijama menjadi pilihan.

"Abang..." Panggil Safa meleret manja. Raid tundukkan kepala apabila terasa ada tangan Safa sedang memeluknya dari belakang. Belakang badannya juga dikucup oleh si dia.

"Nak apa Safa?" Semedan lelaki itu memusingkan tubuhnya menghadap Safa. Safa pun terus tekap pipi di dada bidang Raid. Mata dipejam erat. Selesanya...

"Nak tidur kejap. Abang pakailah baju." Dalam diam dia tersenyum suka. Eh, tadi dia yang tak nak Raid menggedik dengan dia tapi sekarang ni dia pula yang mengada-ngada.

"Tidur atas katil, sayang." Raid belai belakang kepala Safa. Ubun-ubun Safa dikucup bertalu oleh Raid.

"Ish diamlah. Abang pakailah baju. Saya teman."

"Macam mana nak pakai kalau kau melekat dengan aku ni?" Kalau Safa nak kongsi satu baju dengannya bagitahu, Raid boleh buat satu lagi lobang untuk Safa.

Terbit tawa halus di bibir Safa. "Saya tak nak dengar abang guna aku-kau lagi. Boleh?" Pelukan dirungkaikan dan Safa berdiri menghadap Raid yang masih setia memandangnya.

"Okey. Boleh."

"Terima kasih. Abang pakailah baju dulu. Saya turun teman ayah." ujar Safa.

"Tak nak pakaikan ke?" Raid hulur baju lengan panjangnya pada Safa. Safa angkat kening. Seriuslah Raid dah tak pandai pakai baju sendiri? Safa dah terlebih manjakan Raid ke ni?

"Nasib saya sayang abang tau..." Safa menjeling manja. Baju tersebut disambut kemudian kaki dijinjitkan bagi menyamakan ketinggian mereka. Baju disarungkan ke badan sederhana tegap Raid. Sekali-sekala mata melirik ke arah wajah suaminya yang sudah tersenyum-senyum. Sukalah hati dia!

"Correction, nasib Safa cinta... " Raid membetulkan ayat Safa. Perkataan cinta tu lebih special!

"Dua-dua. Haa dah pakai sendiri. Saya dah tolong sarungkan." Gediknya Raid ni!

"Thank you." ucapnya.

"Saya tunggu abang dekat bawah ya." Kesian ayah lonely dekat bawah tu.

"Tunggulah dalam bilik. A... abang tak pakai seluar lagi." Mood mengusik masih on. Raid hulur pula seluar pijama pada Safa yang kini terkebil-kebil memandang Raid. Biar betul?

"Tak naklah! Sila pakai sendiri. Bye!" Safa lari duluan. Kalau Safa layankan kegedikkan Raid, esok pun tak habis lagi. Teman ayah lagi bagus!

"Safa!" Tergamaknya Safa tinggalkan dia!





TBC

Update: 24122021.

Hai!

RAIDWhere stories live. Discover now