"KAU buat apa dekat katil aku?"
"Saya sakit perut..." adunya manja. Tangan memeluk perut sendiri. Terbongkok sedikit dek menahan sakit yang memulas. Senggugut. Hanya kaum hawa sahaja yang tahu azabnya macam mana.
Raid tak banyak cakap. Dia henyak punggung di sebelah Safa. "Macam mana nak kurangkan sakit tu?" Raid bertanya polos.
"Tak tahu lah. Dia pandai hilang sendiri. Kadang saya bagi minyak panas je, tu pun tak membantu jugak." ujar si isteri.
"Oh... sakit sangat ke? Kau nak aku panggilkan ayah?"
Safa segera menggeleng. Dah kenapa pula Raid kena panggil Uzzam? "Apa je ayah boleh buat untuk hilangkan sakit ni?" Safa bertanya. Nak minta urutkan? Risaulah. Tak sangguplah Safa.
"Bawa kau pergi klinik."
"Tak payahlah. Senggugut je pun. Duduk diam kat sini, lama-lama eloklah dia." kata Safa. Menolak dengan cara halus.
Melihat muka si isteri yang berkerut menahan sakit itu menimbulkan satu perasaan aneh dalam diri seorang Raid. Dia ensotkan punggung mendekati Safa.
"Kau... tak nak tidur dulu ke?" soal Raid. Dia tak ada ilmu langsung tentang senggugut ni. Nak tahu rasa sakit tu 'sehebat' mana pun Raid tak tahu. Dah dia lelaki, lagu mana nak merasa?
"Tak ngantuk lagi lah."
Raid garu kepala. "Kalau macam tu aku tanya ayahlah. Dia kan terror hal kaum perempuan ni. Dulu kau sakit perut, dia yang uruskan. Bukan aku." Tak sanggup pula nak biar Safa menahan sakit macam ni.
"Abang... tak payahlah. Nanti ayah suruh minum macam-macam nak kasi kurang. Dah lah tak sedap." Kalau boleh Safa tak nak minum teh halia tu lagi. Tak sedap! Tak suka dengan rasa halia tu.
"Minum apa?"
"Teh halia."
"Okay, kejap." Dan Raid pun bangun dari duduknya. Tatkala Raid mahu beredar, Safa sempat melelar pergelangan tangan suaminya. Raid tunduk membalas pandangan Safa.
"Abang nak ke mana?"
"Nak buatkan kau teh tu lah." Nak ke mana lagi?
Safa laju menggeleng. Raid ni pun, dah Safa cakap Safa tak suka, Safa tak suka lah! Mana boleh paksa-paksa dia macam ni. Ayah dengan anak sama je! Bapak borek, anak rintik. Hum!
"Tak nak..." renggeknya. Serentak itu disandarkan kepala pada tangan suaminya sambil menggeleng-geleng. Memprotes.
"Safa, at least kau boleh kurangkan sikit sakit tu. Jangan seksa diri sendiri." pesan si suami. Kali ini dia berlembut dengan Safa.
"Tak sedaplah." Persis budak kecil mengadu. Safa gesel pucuk hidungnya ke tangan Raid. Geleng dan terus menggeleng.
"Aku tak kisah. Kau kena minum juga." Dan lagak Raid seperti seorang bapa yang bertegas dengan anaknya. Tak mahu makan ubat, mesti kena marah!
"Saya lagi rela abang urut saya dari minum benda alah tu!" Ambil beberapa saat untuk Safa sedar dengan bicaranya sebentar tadi. Masing-masing diam membisu. Perlahan-lahan tangan Raid dilepaskan dan renungan mata Raid dibalas.
"Kau nak aku urut?" Seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Raid tunding jari ke arah diri sendiri.
"Saya tak cakap macam tu pun..." Safa tak nak mengaku. Tersasul aje.
"Kau biar betul Safa?" Mengundang betullah perempuan ni.
Safa raup wajah sendiri. "Saya nak teh halia tu." Safa beri kata putus. Pijar pipi dek malu.
Bibir Raid terconget senyuman kecil. Lawak pula tengok reaksi muka Safa. Diri sendiri menawar, diri sendiri juga cuak. Raid urut Safa? Jujur... Raid rasa Raid tak boleh. Bahaya untuk lelaki yang mempunyai nafsu sepertinya. Tapi itulah... sombong.
Nak tapi jual mahal.
Nak tapi ego.
Haih, Raid... Raid...
"TENGOK tu, comel kan?" Telefon bimbit diserahkan kepada Raid. Gambar bayi perempuan yang terpapar di skrin ditunjukkan."Comel. Anak siapa?" Sepintas pandang lalu telefon dikembalikan.
"Cucu kawan ayah." Uzzam ukir satu senyuman penuh makna. Isyarat mata Uzzam tu pun Raid faham tapi saja buat-buat tak faham.
"Oh..."
"Raid." Uzzam siku lengan anak lelakinya.
"Haa?" Uzzam nak cakap pasal anak lagi ke ni? Tajuk ni bila nak habis?
"Bagilah ayah cucu seorang. Ayah tak kisah pasal jantina. Ayah mengidam nak peluk cucu." Senyum lagi.
Raid ketap bibir. "Ayah request cucu macam senang aje. Macam buat sekarang, dapat sekarang." balas Raid. Wajah Uzzam ditatap kosong.
"Kalau ada usaha, adalah. Ni tak ada langsung. Mana nak dapatnya..." perli Uzzam secara halus.
"Saya tak bolehlah ayah. Janganlah paksa saya. Safa tu pun, dia tak ready lagi." Safa pula dipersalahkan. Padahal Raid yang tak sedia.
"Bukan Safa yang tak sedia. Abang yang tak nak." suara lembut Safa menjengah gegendang telinga. Kedua-dua jejaka lantas menoleh. Entah sejak bila Safa berada di bilik ini.
"Safa dah bincang dengan abang pasal anak. Tapi... Safa tak rasa abang berminat nak ada anak dengan Safa, ayah." Nada kedengaran tenang namun di sebalik nada itu, ada hati yang mula terusik.
Uzzam pandang Raid. Mata dipincing sedikit. Paha Raid ditepuk geram. Sedap mulut dia nak salahkan Safa dalam hal ini padahal diri sendiri yang tak mahu.
Tak mahu memanjangkan topik ini atau perang mulut bakal tercetus di hadapan Uzzam, ada baiknya Safa masuk ke bilik tidurnya. Buka netflix, tengok K-Drama. Usahlah fikirkan pasal Raid dan kemahuan ayah mertuanya itu. Tak payah sedih sangat sebab Raid tak sudi dengan dirinya.
Perempuan bila dah ditembak jepun mecam ni lah perangai. Sensitif dan emosi muda terkacau. Sebelum dia datang bulan, dia tak kisah sangat pasal hal tersebut. Tapi sejak Safa period ni, tiba-tiba dia ambil port. Hmmm, complicated.
"Safa tak cantik ke, hmmm?" Tiba-tiba Uzzam bertanya. Sekadar mahu tahu pandangan Raid terhadap Safa sahaja. Kalau tanya Uzzam tentang rupa si anak, memanglah dia akan puji Safa melambung.
"Kenapa tanya saya macam tu?"
"Ye lah, Raid macam tak berminat aje... "
Raid pekakkan telinga. Soalan Uzzam dibiar berlalu seperti angin. Raid fokus dengan telefon bimbitnya. Usha gambar sendiri di istagram akaun miliknya.
"Raid memang dah niat nak lepaskan Safa ke?" Si ayah bertanya lagi. Semedan Raid angkat wajah. Menoleh semula ke arah Uzzam.
Bibir kaku tanpa jawapan. Dia mula soal hati sendiri. Betul ke dia nekad dengan keputusannya satu itu? Melepaskan Safa dan meleraikan ikatan suci di antara mereka. Atau sebenarnya... dia mahu mencuba memberi peluang cuma... ego setinggi gunung yang dijunjung?
TBC
Update: 02062021.Hai! Uzzam masih nak cucu. Raid masih dengan egonya. Kalau macam ni, korang tolonglah Uncle Uzzam tu HAHAHA.