RAID - 7

7.5K 860 24
                                    

"WELCOME back!"

Sebaik saja tombol pintu dipulas, pintu dibuka, ucapan selamat datang dari 10 orang pekerja termasuk Safa menyapanya. Raid menarik segaris senyuman.

"Patutlah sunyi dekat luar... Rupanya korang berkumpul dekat sini." ujar Raid dengan tawanya.

Bag galas diletakkan di atas kerusi. Raid mendepakan tangannya lalu memeluk tiga rakan lelakinya, Faiz, Zain dan Ikram. Usai berpelukkan, keempat-empat lelaki itu berbual, riuh! Tiga bulan tak bersua dah macam tiga tahun.

"Safa, kau nak ke mana?" soal salah seorang rakan mereka merangkap pembantu Safa.

"Nak ambil makanan dekat dapur." ujar Safa.

"Kau ada order ke?"

"Haah. Kau ikut aku kejap boleh tak? Ada empat tray kesemuanya. Rasanya aku tak mampu nak angkat keempat-empat tray tu seorang diri." Safa tergelak kecil.

"Of courselah boleh. Kejap, tray makanan tu besar ke kecil?" Khairina bertanya. Sekiranya tray makanan itu saiznya kecil, bolehlah dia tampung dua tray sekali gus.

"Err... Boleh tahan besar."

"Kena ajak dua orang lagi ni. Aku takut makanan tu tumpah." kata Khairina lagi. Ada baiknya sediakan payung sebelum hujan.

"Sophia dengan Amirah ada dekat luar. Kita ajak diorang sajalah."

"Okay."

Lalu Safa dan Khairina keluar dari ruangan kerja Raid. Keempat-empat lelaki itumenoleh sebentar sebelum pandangan mereka kembali kepada Raid.

"Raid." panggil Ikram.

"Haa, apa dia?"

"Relationship kau dengan Safa masih sama ke? Maksud aku masih dingin?" soal Ikram kepada Raid.

Ketiga-tiga sahabat Raid sememangnya sudah maklum tentang ketidakmesraan Raid dengan isterinya, Safa. Dari Safa masih bergelar adik angkat Raid lagi mereka tahu Raid tidak begitu suka dengan Safa. Sebab terjadinya perkahwinan di antara Raid dan Safa juga sudah diketahui.

"Macam biasa. Masih sama. Tak ada perubahan sebelum dan selepas koma." jawab Raid.

Raid melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tubuh disandarkan.

"Memang kau tak nak cuba terima dia ke?" Faiz bertanya.

"Safa tu cantik kot. Manis. Sopan. Lemah lembut. Takkan sedikit pun kau tergugat? Kalau aku jadi kau, memang dah lama aku cair." sampuk Zain. Amboi, melambung pujian diberikan kepada Safa.

Raid menghela nafas dalam.

Jari mengetuk-ngetuk permukaan meja.

"Itu kau. Bukan aku, Zain. Nak anggap dia adik pun dah cukup susah bagi aku. Inikan isteri. Aku tak boleh..." jelas Raid membicarakan tentang perasaannya terhadap Safa.

"Kau bukan tak boleh. Cuma ego kau yang melangit. Plus, kau masih salahkan parents Safa atas kematian mak kau. Kau marah parents Safa tapi Safa yang terkena tempiasnya." ujar Zain.

"Tapi Raid, kemalangan yang terjadi 20 tahun yang lalu tu bukan saja melibat nyawa mak kau. Tapi parents Safa juga. Dia hilang dua-dua sekali. And kau-" ujaran Ikram dipotong oleh Raid.

Raid bingkas bangun dari duduknya. Matanya merenung tajam ke arah Zain dan Ikram. Entah kenapa kata-kata Faiz dan Zain seolah-olah menaikkan darahnya. Dalam masa yang sama, Raid agak terasa dengan sikap rakan-rakannya. Hatinya terhiris.

"And aku cuma hilang ibu? Macam tu, Ikram?" suara Raid mendatar. Bila sentuh topik ibu, memang Raid tak kuat.

Dia jadi rindu pada wanita yang melahirkannya. Dia rindu pada wanita bergelar ibu. Sudah 20 tahun ibunya pergi kerana terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri bersama ibu dan ayah Safa. Walaupun sudah lama Raid hidup tanpa insan bernama ibu, sampai saat ini dia belum dapat terima.

"Kau rasa senang ke hilang ibu? Orang yang sentiasa ada dengan kau. Orang yang lebih dekat dengan kau. Ye. Aku tahu Safa pun sakit hilang kedua-duanya sekali tapi perlu ke kau membandingkan?"

"Korang pun tahu kan, dari hari pertama ibu aku meninggal dan sampailah sekarang, aku masih tak boleh move on. Aku masih meratap kepergian ibu aku. Walaupun aku masih ada ayah, aku tak pernah bahagia dengan dia."

"Kau rasa senang ke hidup diatur-aturkan? Senang ke hidup tanpa pilihan? Tak... Tak mudah. Lagi-lagi lepas ayah aku ambil Safa jadi anak angkat dia. Tak ada sesiapa yang pedulikan aku." Raid berhenti sekejap. Raid berusaha untuk menahan air matanya dari gugur.

Dadanya sebak.

"Semua orang sayang Safa. Tapi siapa nak sayang aku? Korang bertiga beruntung tau, sampai sekarang parents korang masih ada. Bila balik rumah je, boleh panggil ibu. Aku? Aku dah tak ada ibu. Tak ada tempat untuk bermanja. Mengadu sakit. Tak ada."

"Tak ada weh..." Raid ketap rapat bibirnya. Kepala ditunduk sedikit. Mata menekur lantai.

Faiz, Ikram dan Zain terdiam sepi. Mereka bertiga jadi serba salah. Sangat bersalah. Mereka baru tersedar akan ketelanjuran mereka dalam berkata-kata. Mereka cuma memikirkan perasaan Safa berbandingkan Raid.

"Raid, kami-kami..." sekali lagi ayat mereka dipotong oleh Raid.

"Dah lah, aku nak buat something dulu. Korang keluar lah dulu. Kejap lagi klinik dah nak buka." Raid memusingkan tubuhnya membelakangi ketiga-tiga sahabatnya.

"Sorry tau bro."

"It's okay. Korang keluarlah dulu."

Tanpa sebarang bicaa, ketiga-tiga jejaka tampan itu menurut saja. Pintu pejabat Raid ditutup rapat. Mereka mengerti Raid perlukan masa bersendirian dan bertenang. Mungkin petang nanti Raid sudah sejuk.

"Aik, kenapa keluar?" soal Safa pelik.

Faiz mengoleskan satu senyuman kecil. Zain dan Ikram sudah menyiku lengannya berkali-kali.

"Ni makanan ni untuk apa? Banyaknya Safa beli." ujar Faiz. Mengubah topik mereka.

"Oh, ni saya order sebab nak sambut kedatangan Raid lah. Ni, korang keluar kenapa? Raid suruh?" tebak Safa.

"Haah. Ada hal sedikit tadi. Ni, kita makan dekat dapur jelah. Takut bersepah kalau kita makan dekat pejabat Raid. Dia kan tak suka sepah-sepah ni." ujar Ikram diiringi dengan tawa kekok.

"Betul juga tu. Faiz, tolong bawa makanan ni ke dapur ya. Saya nak panggil Raid." Safa menyerahkan tray berisikan kuih koci kepada Faiz. Faiz sambut.

Taatkala tangan Safa menyentuh tombol pintu besi pejabat suaminya. Namanya disebut oleh seseorang. Niatnya mahu memanggil Raid terbantu.

"Safa." seru Zain.

Safa menoleh.

"Ye?"

"Kita panggil Raid nanti ajelah. Sebab..." Zain menggaru belakang kepala yang tidak gatal.

"Kenapa? Api dia marak lagi ke?" soal Safa seakan memahami situasi disebalik nada Zain.

"Macamtu juga lah, buat masa sekarang, kita jangan ganggu dia dulu."

"Okay..."

Dahi Safa berkerut. Sebelum ni mood suaminya baik-baik saja. Lepas dia keluar sebentar untuk menggambil makanan di dapur dan kembali semula ke pejabat suaminya, tiba-tiba saja rakan-rakan suaminya dihalau keluar kerana ribut taufan Raid menyerang.

Tapi takkan tiba-tiba saja? Mesti ada sebab...

Balik rumah nantilah dia tanya Raid. Itu pun kalau dia berani bertanya. Buat masa sekarang dia mahu isi perut dulu. Safa kebulur.

"Tunggu apa lagi, jomlah."

"Okay, jom!"

TBC

Update: 16012021.

RAIDWhere stories live. Discover now