RAID - 10

8.3K 946 50
                                    


RAID pandang wajah sendiri melalui pantulan cermin biliknya. Kain kasa yang ditempelkan di pipinya dipegang lembut. Mujur saja lukanya tidak dalam hingga perlu dijahit. Raid lega.

Jam dinding yang menunjukkan angka 4.50 pagi dikerling kemudian bola matanya bergerak memandang ke arah pintu yang diketuk dari luar. Pintu dibuka besar dan terpacullah wajah Safa di muka pintu.

Wanita itu membawa sebiji bantal, segulung selimut dan juga toto bersamanya. Raid pandang Safa dengan raut wajah keliru. Ada apa Safa datang ke biliknya dengan bantal selimut segala ni?

"Saya tak boleh biar abang tidur seorang diri dah lepas ni. Bahaya. Orang pecah masuk rumah kita, serang abang, saya tak tahu apa-apa. Kalau saya biar aje abang dekat atas ni, saya tak boleh tidur dengan aman. Saya tak sedap hati." omel Safa. Toto berwarna putih itu dibentangkan di atas lantai bersebelahan dengan katil suaminya.

Sebenarnya Safa risau. Dengan apa yang jadi jam 3 pagi tadi, cukup membuatkan dirinya trauma jika dia membiarkan Raid tidur berseorangan. Dia takut pelaku tersebut datang lagi dan mencederakan Raid. Dia tak boleh biarkan perkara itu berlaku lagi.

"Kau tak minta izin aku lagi nak tidur sini." ujar Raid.

Safa memusingkan tubuhnya menghadap Raid yang masih berdiri di depan cermin. Dia bangkit dari duduknya lalu melangkah menghampiri Raid. Tangan disilang ke dada.

"Saya tak kisah. Yang saya kisahkan sekarang ialah keselamatan abang. Yelah, saya dah pujuk abang report polis, abang tak nak. Kata nak selesaikan masalah ni sendiri. Abang pasti ke abang boleh buat sendiri?" Safa tidak percaya.

"Abang, dari pada abang susahkan diri abang dengan kerja polis ni, baik abang fikir pasal diri abang, kerja abang. Jangan memandai. Karang tak pasal-pasal mati abang dikerjakan. Jangan cari pasal bang... Tolonglah..." nada suara Safa seolah merayu.

"Kalau kita serahkan parang dengan topeng muka tu dekat polis, mungkin kes ni cepat selesai, polis boleh cari dan tangkap pelaku tu." bebel Safa lagi.

Raid sekadar beri Safa pandangan kosong. Diperhatikan tingkah laku Safa yang dari tadi mengomel tiada sudah. Di kereta, di hospital dan sekarang. Mahu penuh kepala Raid dengan bebelan wanita itu.

Bagaimana Safa tidak bising kalau suaminya degil tidak mahu melaporkan hal tadi ke pihak polis. Raid bagi alasan mahu selesaikan kes ini sendiri. Tapi perlu ke? Ada kebaikkan ke kalau Raid buat semua itu?

Safa bukan mahu menghalang tapi dia risau. Dia takut terjadi apa-apa dekat Raid. Sudah dua kali dia melihat Raid sakit. Meskipun kali pertama pelaku tersebut menyakiti Raid dan Safa tidak ada di situ, ia nya cukup memberi kesan dan impak yang besar kepada Safa.

"Tak perlu, Safa. Bukan sekarang." kata Raid lalu melangkah melewati Safa menuju ke katilnya. Dia perlu tidur kerana tubuhnya terasa sangat lelah.

Safa gigit bibir bawahnya. Bola mata diguling ke atas tanda menyampah dengan Raid. Degil! Keras kepala! Acah berani! Berbakul kutukan halus diberikan kepada Raid di dalam hati. Naya kalau Safa kutuk Raid depan-depan.

"Suka hati abang lah..." Suara nada mengendur perlahan. Dia cakap banyak mana pun, Raid akan tetap dengan pendiriannya. Lelaki itu tidak kenal erti mengalah.

Sekali sekala mata Raid mengerling ke arah isterinya yang masih berdiri membelakanginya. Tanpa sedar perlahan-lahan bibirnya mengherot satu senyuman kecil. Tak tahu kenapa Raid rasa tercuit dengan Safa.

Lagak wanita itu seperti seorang ibu yang garang memarahi anak lelakinya yang degil dan tidak mahu mendengar kata. Safa... Safa...

"Kalau kau tak nak tidur, keluar. Aku dah penat ni." tegur Raid. Mata segera dipejam sebelum Safa menoleh ke arahnya. Mengelak dari berbalas pandang.

"Yelah!" sahutnya sebal.

"Tolong tutupkan lampu. Thank you." arah Raid lagi.

Safa menayang riak biasa, biji matanya menjengil tajam ke arah encik suami. Mengarah orang pandai, dengar cakap orang tak pandai pula. Getus hati Safa geram. Dia mendengus.

"Safa."

"Ye, nak apa?"

"Terima kasih sebab ada untuk aku." ucap Raid lembut.

Safa terus tergamam diam. Jarinya yang baru saja mendarat di atas suis lampu dipandang tanpa berkedip. Raid tak pernah ucap terima kasih kepadanya selama ini. Maksud Safa, Raid tak pernah lafaz ucapan itu dalam erti kata ikhlas.

Api yang marak terus saja terpadam. Hati yang panas kembali sejuk. Cair ke Puan Safa?

Halah Safa, dia cakap terima kasih aje pun. Takkan benda remeh macam tu pun nak cair.

"Sama-sama."

Sejurus itu lampu dimatikan.




TBC

Update: 15022021.

RAIDWhere stories live. Discover now