KUNYAHAN diteruskan sambil mata tidak berhenti merenung wajah polos isterinya. Dua biji potongan pisang dicucuk dengan garfu kemudian dicelup ke dalam madu.
"Kenapa abang tengok saya macam nak telan saya je ni?" Sebab tidak selesa ditenung sebegitu rupa, Safa memberanikan diri bersuara.
"Mata aku. Suka hati aku." acuh tak acuh saja lelaki dewasa itu membalas.
Safa menghela nafas berat. Sebiji anggur hijau disuap ke mulut sambil menompang dagu. Dua minit pertama dia masih dapat kusyuk menonton drama korea kesukaannya di ipad namun fokusnya lari apabila Raid mengambil tempat duduk di sebelahnya.
Lelaki itu ralit memandang wajahnya. Entah apa yang dicarinya. Jerawat? Pori?
"Astagfirullah... Abang! Abang nak apa?" soal Safa geram. Safa mengheret sedikit kerusinya ke tepi. Menjarakkan posisi kedudukkan mereka.
"Aku nak tengok."
"Tengok apa? Muka saya?" Safa bertanya. Dia balas renungan suaminya.
Raid menggeleng.
"Tak. Ipad tu. Aku nak tengok." Raid ubah posisi ipad milik isterinya menghadapnya. Dia cuma nak tahu Safa tengok drama apa aje.
Dari tadi duk tergelak-gelak. Raid terganggu.
"Ipad abang kan ada. Ambil lah sendiri. Ni saya punya." kata Safa. Lantas posisi ipadnya diubah ke posisi asal.
Raid menggigit bibir bawahnya. Dasar perempuan kedekut. Dia nak tengok sedikit pun tak boleh.
Disebabkan Raid terlalu malas mahu bergaduh pagi-pagi seperti ini, dia bangun dan kembali ke tempat duduk asalnya. Dia mengeluh bosan.
"Bila kau nak kerja semula?" Raid bertanya. Walaupun baru lima hari dia duduk di rumah setelah tiga bulan terlantar di katil hospital, Raid dah naik bosan. Lagi-lagi duduk serumah dengan Safa.
Asyik-asyik muka dia. Pagi petang malam, muka Safa juga dia hadap.
"InsyaAllah esok. Abang?"
"Next week aku masuk. Aku tak tahan duduk rumah lama-lama. Lagi pun aku dah okay."
"Abang duduk dekat rumah atau pergi kerja, abang akan hadap saya juga." ujar Safa. Dia pandang wajah tampan suaminya.
Ya, Raid dan Safa bekerja di tempat yang sama kerana kerjaya mereka sama. Pasangan itu bekerja sebagai doktor gigi di klinik pergigian milik Uzzam. Menjadi doktor gigi bukan kemahuan Raid tapi kemahuan Uzzam.
Dari kecil sampai besar, hidup Raid sentiasa diaturkan. Raid tak berpeluang untuk memilih. Tengok saja siapa isterinya, Safa. Adik angkat diambil jadi isteri. Itu kemahuan Uzzam juga.
Nasiblah ibu Raid, Maisarah pergi dulu. Kalau tidak, pasti ibunya turut lelah menghadap perangai ayahnya yang sentiasa mengarah-arah itu. Raid diperlakukan seperti lembu dicucuk hidung oleh Uzzam sejak kecil lagi. Asyik menurut dan patuh saja.
Tapi berbeza pula dengan Safa. Sejak Safa diangkat menjadi anak angkat, apa sahaja yang dimahukan Safa, Uzzam penuhi. Safa diberi peluang untuk membuat pilihan sedangkan Raid tidak. Safa lebih disayangi dan mendapat sepenuh perhatian dari Uzzam. Ia sungguh tidak adil.
"At least office kita jauh." balas Raid.
"Selang 4 bilik je pon." Safa membalas. Masih belum mahu kalah.
Selepas itu Raid tidak membalas. Lelaki itu kembali diam dan menghabiskan sarapannya. Sambil-sambil itu otaknya sibuk berfikir. Memikirkan tentang sesuatu yang sampai kini masih menganggu fikirannya.
Dia pandang Safa sekali lagi.
Patutkah kalau dia tanya?
"Safa."
"Ye?" sahut Safa tanpa memandang wajah suaminya. Matanya melekat pada skrin telefon.
"Kau ada adik atau kakak kembar tak?" Raid bertanya. Tujuannua bertanya cuma mahu tahu dan memastikan sesuatu sahaja.
Jika isterinya memang ada kembar seiras, mungkin yang datang menyerang malam itu adalah kembar Safa. Tapi kenapa? Apa yang perempuan itu mahukan dari apa? Dan dosa apa yang Raid pernah lakukan kepada perempuan itu sedangkan mereka tidak pernah kenal.
"Tak... Kot. Rasanya tak ada." jawab Safa. Dia anak tunggal.
"Betul tak ada? Atau kau ada kembar cuma parents kau bagi dekat sesiapa ke? Macam dalam sinetron tu?" alahai Raid dah samakan dengan sinetron tv3 pula.
"Tak ada. Arwah mama dengan papa memang tak ada cakap apa-apa pun pasal kembar." jelasnya.
"Pelik..."
"Tak pelik pun, manusia kan ada 7 kembar. Mana tahu perempuan yang cuba tikam abang tu salah satu dari doppelganger saya." Safa tergelak.
Jawapan Safa tu boleh tahan logik tapi Raid masih tak puas hati. Banyak-banyak muka manusia, kenapa muka Safa yang terpilih? Kenapa bukan muka orang lain? Adakah semua ini berlaku secara satu kebetulan atau aturan seseorang?
"Entahlah..." Raid pun keliru.
TBCUpdate: 14012021.
Doppelganger - is a biologically unrelated look-alike, or a double, of a living person.