PULANG dari membeli belah, pasangan itu terus saja memandu pulang ke rumah. Usai tolong Safa angkat barang-barang belian ke dalam, lelaki itu terus lesap entah ke mana. Tengok garaj, kereta mewah suaminya itu tak ada. Hmm, tak lain tak bukan, mesti Raid keluar lagi.
Malas nak fikir lebih-lebih sebab Raid tu dah besar panjang dan tahu bawa diri, Safa sibukkan diri di dapur. Barang-barang seperti roti kering dan jajan dimasukkan ke dalam almari khas. Bahan basah pula dimasukkan ke dalam peti ais.
Selesai dengan kerja mengemas, Safa nak memasak pula. Kebetulan dia ada beli udang tadi. Bolehlah buat cucur udang sebagai hidangan minum petang. Cucur udang cicah dengan sos lada merah. Makan panas-panas sambil menikmati air teh hangat. Fuh, kecur air liur.
Tengah sibuk di dapur menyediakan bahan-bahan untuk membuatkan cucur udang, tiba-tiba saja telinga Safa menangkap bunyi benda jatuh. Sangat kuat. Lantas pisau di tangan diletakkan di atas papan pemotong. Pili air dipulas kemudian tangan dibasuh.
Tanpa perasaan takut-takut, Safa mengatur langkah keluar dari dapur. Langkah kaki mula terbantut tatkala sepasang mata tertunak pada 'benda' di atas lantai. Perlahan-lahan kaki melangkah untuk mengangkat semula pokok hiasan yang tumbang.
Safa kerutkan dahi. Otak ligak berfikir. Bagaimana bisa pokok tersebut boleh tumbang sedangkan pokok itu sudah lama berdiri dengan stabil. Kirakan lima bulan lepas Safa sendiri yang letak pokok hiasan itu di situ dan baru hari ini ianya tumbang. Pelik...
Tak pernah-pernah pun terjadi.
Masakan kipas angin yang buat pokok tersebut tumbang? Mustahil. Pokok hiasan tu boleh dikirakan berat. Atau sebenarnya ada orang pecah masuk ke dalam rumahnya? Memikirkan hal itu, tiba-tiba dada Safa berdegup kencang. Tiba-tiba dia rasa cemas. Walau dia cuba usir andaian negatif itu dari minda, rasa takut semakin mencengkam jiwa.
Sejak kejadian suaminya ditikam, sering diganggu oleh seseorang yang tidak dikenali dan secara langsung menjadikan Safa betul-betul paranoid tinggal sendirian. Lagi-lagi dalam rumah ini. Rasa tak tenteram. Safa tarik nafas dalam-dalam. Tenang Safa... tak ada apa-apa pun...
Pusing tubuh dan berjalan semula menuju ke dapur. Daripada dia duk fikir benda negatif dan menakut-nakutkan diri sendiri dengan hal tak pasti, lebih baik dia kembali memasak. Jika Safa siap memasak untuk minum petang, senanglah hati Raid bila pulang nanti.
Bawang merah dipotong dadu. Daun bawang juga dihiris halus. Beberapa minit telah berlalu, hati Safa kembali terasa tenang. Sibuk menggaul adunan tepung hingga sebati, tak semena bunyi yang sama menjengah.
Tangan mula menggigil. Rasa takut kian kembali menghantui. Air liur ditelan kesat. Bibir terkumat kamit berzikir dan menyebut nama Allah. Tubuhnya kaku di tempat yang sama. Pisau di tangan di genggam erat.
"Ab-abang?"
"Abang ke tu?" Safa bertanya. Tiada sahutan. Safa tarik nafas perlahan. Langkah dibuka sambil pisau diacukan ke depan.
"Abang, jangan main-main dengan saya tau. Saya tak suka." ujar Safa lagi. Mata yang terlihat cemas dan ketakutan itu merenung ke arah pintu yang tidak tertutup.
Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah...
"Raid bin Uzzam, jangan sampai abang koma lagi tau. Jangan main-main dengan saya. Saya ada pisau ni. Jangan takut-takutkan saya macam ni." Mendatar. Nafasnya sesak.
Berdiri di hadapan muka pintu. Memang tak ada sesiapa si hadapan. Cuma pokok hiasan yang tadinya sudah didirikan semula olehnya kembali rebah di atas lantai. Lama mata merenung pokok tersebut. Teragak-agak kaki mahu maju ke depan untuk melihat.
"Raid?"
"Abang jangan main-main dengan saya!" Lantaran itu, Safa bagai terkena histeria. Gadis itu meraung dan berteriak-teriak ketakutan. Bergema ke segenap penjuru ruang tamu. Panik.
Matanya panas berkaca. Tubuh menggigil ketakutan. Pisau diacu ke depan, kiri, kanan dan belakang. Ya Allah, selamatkanlah aku. Lindungilah aku dari segala marabahaya... Hati kecilnya berdoa.
Saat bunyi derapan kaki seseorang mula kedengaran. Safa dah nak pitam kerana ketakutan. Kepala terasa berpinar. Dia sandarkan tubuh ke dinding lalu duduk memeluk lutut. Mata dipejam erat.
"Safa..." satu suara menyeru. Lututnya disentuh.
Sebelum wajah diangkat untuk melihat siapakah gerangan di sebalik suara tersebut, tangisan Safa pecah dulu. Dalam tangis, dia meracau ketakutan. Dengan mata terpejam, pisau terus diacukan ke depan tanpa tahu arah mana pisau itu digerakkan.
"Safa!"
TBC
Update: 21052021.
Jeng jeng jeng!
