BUNYI seretan kerusi tak semena menganggu lena seorang Raid. Walau terganggu, Raid cuba abaikan dulu. Mata kembali dipejam. Suasana yang sepi tidak berpanjangan dek bunyi seretan itu kembali lagi.
"Safa, kau buat apa? Bisinglah." rengusnya.
Tiada balasan. Seretan demi seretan terus menganggu lenanya. Geram punya pasal, Raid buka mata. Hilang pula kantuk kerana bunyi bingit itu. Orang nak tidur pun tak senang. Kalau macam ni lah, mulai esok Safa tak dibenarkan tidur sebilik dengannya.
Lagi pula, Raid dah mula rasa aman. Tiada gangguan yang cuba menakut-nakutkannya. Lantaran itu, Safa tak ada alasan untuk terus tidur di biliknya.
Dalam kegelapan bilik, tangan meraba-raba suis lampu di atas meja sisi. Setelah lampu terpasang, cahaya dari lampu oren menerangi pandangan. Raid ubah posisi baringnya. Mengiring ke kanan. Kaget setelah melihat satu figura seorang wanita duduk ditepi katil dan membelakanginya.
"Safa?" Mata dicelikkan.
"Kau buat apa tu?"
Sunyi. Wanita yang disangkakan Safa itu tidak bersuara sama sekali. Hanya duduk kaku, membisu. Raid putar bola mata ke atas. Safa kena rasuk ke ni? Haih...
Turun dari katil, selipar getah berwarna hitam disarung ke kaki. Kaki dihayun mendekati si 'isteri'. Namun... langkahnya mati apabila sepasang miliknya menangkap sesuatu 'benda' dalam genggaman perempuan tersebut. Kening berkerut.
"Sa- Safa?" Tubuhnya menggeletar. Pisau di tangan perempuan itu ditenung lagi.
Perlahan-lahan wanita itu menolehkan kepalanya. Senyuman lebar penuh misteri yang terlorek di bibir wanita itu dipandang dengan hati yang berdebar. Degupan jantung berdenyut pabila dia mulai menyedari bahwa perempuan di depannya ini bukan isterinya.
"Kau. Patut. Mati." Perempuan itu berdiri dan laju melangkah mendekati Raid. Pisau diacukan ke depan. Senyuman sinis terukir dihujung bibir perempuan itu sebelum pisau itu dihunus tepat pada dada Raid.
"Argh Safa!!"
Mata terbeliak besar. Semedan tubuh terduduk tegak sambil tercungap-cungap mencari nafas. Telapak tangan dilekapkan ke dada sebelum wajah ditundukkan sedikit untuk mencari luka. Kosong. Darah pun tak ada. Oh... dia cuma bermimpi rupanya...
"Abang? Hurm, mengigau ke? Itulah, jangan tidur masa magrib. Saya dah pesan tadi, degil!" Suara lembut milik Safa Ulya menjengah gegendang telinga.
Laju Raid menoleh mencari di mana keberadaan isterinya. Safa yang duduk berteleku di atas sejadah itu dipandang. Ditatap dalam dan lama. Air liur ditelan kesat. Raid cuba tenangkan diri. Beristigfar panjang.
Ya Allah, teruknya mimpi dia. Terasa macam real.
"Abang okay ke?" Safa bertanya lagi. Wanita itu bingkas bangun dan mengheret langkahnya mendekati Raid. Dia labuhkan punggung di atas katil.
Ikutkan hati, memang Safa tak nak bertegur dengan Raid atas apa yang jadi malam semalam. Hatinya tersinggung dengan kata-kata yang Raid lemparkan namun bila dia nampak wajah suaminya itu bertukar pucat, hatinya tak cukup kuat untuk membiarkan. Risau.
"Abang okay ke? Abang berpeluh..." Rintik peluh di dahi Raid dilap dengan jari tanpa rasa jijik.
"Aku okay." Serentak tangan Safa ditepis. Tubuh dipusingkan membelakangi Safa yang jelas kehairanan. Kenapa dengan Raid?
"Abang mimpi kena kejar hantu ke macam mana?" Safa bertanya lagi.
"Tak. Dah, blah. Jangan ganggu aku." Wajah diraup kasar. Rambut pula disauk ke atas.
Kenapa eh... kenapa perempuan itu sering mengganggunya? Apa yang dia lakukan pada wanita itu hinggakan bayangan perempuan misteri itu sering menghantuinya. Pelbagai persoalan muncul di benaknya.
"Abang mimpi saya ke? Ye la, abang duk meracau panggil-panggil nama saya. Abang mimpi apa sebenarnya?" Safa ingin tahu. Takkanlah dalam mimpi suaminya, dia mengambil peranan sebagai hantu?
Raid menoleh sepintas. "Aku mimpi... kau... disumpah... jadi khinzir..." Raid peluk tubuh. Sorok senyum. Tak sabar menanti reaksi si isteri.
"Abang! Sudahlah tu!" marah Safa. Tak suka dirinya digelar khinzir. Punyalah dia dilahirkan sempurna, berwajah cantik, sedap-sedap saja Raid mengutuknya. Tak baiklah!
"Betullah, aku mimpi macam tu. Tak percaya? I don't mind."
Safa gigit bibir bawah. Bahu suaminya ditumbuk kasar. "Abang gelar saya khinzir lagi, saya kerat abang hidup-hidup!" ugut Safa. Sekali lagi dia tumbuk bahu keras milik suami.
"Tak takut." Cakap besar.
Safa tersenyum sinis. "Betul tak takut?" Safa menduga. Tak takut konon... Haritu Safa nak kupaskan buah, lelaki itu sudah menjerit-jerit ketakutan. Sembang je lebih.
Raid pusingkan tubuh. Wajah cantik isterinya ditatap. "Abang ingat saya tak tahu ke abang trauma tengok pisau? Nak saya ambilkan ke?" Safa mendekat. Senyuman penuh makna dalam erti senyuman mengusik itu terlorek di bibir nipis Safa.
Wajah Raid berubah. "Don't you dare, Safa." Rahang diketap rapat. Tangan merentap erat pergelangan tangan Safa.
"Takut?"
Raid tidak menjawab.
"Kalau abang tak nak saya usik abang dengan pisau, jadi abang kena berhenti usik saya dengan panggilan binatang tu." Jika Raid bersetuju untuk berlaku adil, Safa pun takkan buat Raid rasa terancam duduk dalam rumah ni.
"Aku bergurau okay. Kau aje yang ambil benda tu personally." ujar Raid kesal.
"Dah saya tak suka. Abang tak boleh paksa. Plus, saya ni dilahirkan manusia. Bukan binatang. Guna mata tu elok-elok." Safa pula membalas. Kena sekolahlah balik Raid ni. Kurang ajar sangat.
"Aku tak suka perempuan sensitif macam kau." Renung bola mata Safa tajam.
"Dan saya tak suka lelaki mulut longkang macam abang."
"Fu-" Tak habis cakap, Safa mencelah.
"Tak baik mencarut." Tepis tangan Raid, Safa segera turun dari katil meninggalkan Raid termanggu sendirian. Baju kemeja berwarna putih dan boxer hitam di atas lantai Safa kutip lalu baling tepat pada muka suaminya.
"Safa!" Kurang ajar perempuan ni.
"Bakul baju kotor tu besar. Takkanlah benda senang macam tu tak pandai buat? Pemalas." sembur Safa.
Raid terngadah. Tangan mengepal penumbuk. Geram! Perempuan memang tak nak kalah. Dah lah hati tisu! Banyak drama! Penat!
"Jangan sampai aku smackdown kau, Safa!"
Safa palsukan tawa. "Abang nak smackdown saya? Hmm silakan... Cuma jangan pelik bila perut ni tiba-tiba membesar. Kenyang 9 bulan 10 hari." Lagi dan lagi Safa menjawab.
Raid kalah. Raid dah tewas dalam perdebatan ini. Raid kehabisan senjata untuk melawan musuh sehebat kaum perempuan.
Safa yang tersenyum-senyum di hujung sana ditentang dengan tentangan maut. Pabila Safa menoleh ke arahnya, Raid terus tunjuk jari hantu pada Safa. Berubah terus riak wajah si isteri. Mencuka tanda tidak suka.
"Raid!"
TBC
Update: 25052021.
Followlah Ig saya (thebellofa)❤