RAID - 11

8.2K 888 49
                                    

"WEH Safa, kenapa dengan muka laki kau tu?" Khairina bertanya pelik. Bola matanya bersilih ganti memandang ke arah Raid dan Safa.

"Ah? Oh... luka." jawab Safa bersahaja. Sebab timbulnya luka tersebut tidak dia nyatakan kerana Raid yang melarangnya untuk menceritakan kejadian yang berlaku pagi tadi kepada sesiapa. Termasuk Uzzam, ayah Raid.

"Kau buat ke? Ganas eh... Lain macam energy kau malam tadi..." khairina terkekeh ketawa di hujung ayat. Saja menyakat Safa.

Pap! Satu pukulan kena pada lengan Khairina. Cepat-cepat Khairina mengusap lengannya yang sakit sambil merenung wajah Safa yang cemberut. Safa mengecilkan mata, merenung tajam ke arah rakannya itu. Gatal! Miang!

"Apa?" soal Khairina. Seram pula ditenung sebegitu rupa.

"Sejak dah berlaki ni, gatal kau eh. Jauh benar otak kau travelling." kata Safa dan Khairina dijeling. Safa rasa nak hantar otak Khairina ke dobi, kasi bersih.

"Orang bergurau jelah. Huh!"

Safa tidak melayan. Dia kembali menyambung makan nasi lemak yang masih bersisa. Sekali sekala matanya mencuri pandang ke arah Raid yang duduk selang beberapa meja dari meja yang dia duduki bersama Khairina.

Terlihat di sana Raid sedang menjamu selera bersama rakan-rakannya. Safa menahan tawa. Entah kenapa dia rasa lawak melihat gelagat Faiz, Zain dan Ikram. Walaupun suaminya duduk satu meja bersama ketiga-tiga rakan yang tika ini sibuk bergurau senda, mencari lawak dalam setiap topik yang dibincangkan, Raid tetap dengan muka bekunya.

Tangan yang memegang sudu juga tidak bergerak. Nasi lemaknya belum disentuh sama sekali. Dari jauh Safa memerhatikan perilaku suaminya yang duduk membisu itu. Nampak macam mengelamun pun ada. Raid fikir pasal apa? Pasal semalam ke?

"Safa!" Hidung mancung Safa dipicit Khairina. Geram pula dia dengan Safa, hampir 10 kali dia memanggil nama wanita itu tapi Safa tidak menyahut.

"Y-ye? Kenapa? Ada apa?" soal Safa cemas.

"Aku nak pergi toilet tau, lepas tu aku terus masuk office. Aku tak turun lagi. Nak settlekan tools dekat atas, klinik kejap lagi dah nak buka. Kau okay kan duduk seorang dekat sini?" Khairina bertanya.

Safa tergelak mendengar soalan Kharina. Macamlah Safa tak biasa duduk seorang diri. Kafeteria dan office mereka tidaklah jauh mana. Kafeteria ni pun bukannya besar sangat. Lagi pun, suaminya ada di sini, menemaninya dari jarak jauh. Eh, tiber.

"Okay je."

Kharina beredar dan tinggal lah Safa bersama empat orang lelaki di kafeteria itu. Sekali lagi dia menoleh untuk memandang ke arah suaminya namun suaminya tidak ada di tempat duduknya.

"Aik, hilang macam tu je?" guman Safa sendirian. Dia pandang keliling mencari kelibat suaminya. Sayang sekali, tidak ada. Pelik...

"Safa!" panggil satu suara. Zain.

"Ye?" Safa menyahut.

"Cari husband ke?"

Safa mengawal riak wajah. Macam tahu-tahu aje siapa yang dia cari sekarang. Dia tersenyum kekok.

"Errr..."

"Raid baru aje naik. Dia suruh bagi ni dekat awak." ujar Zain seraya bangun dari duduknya. Lelaki tegap lagi tampan itu berjalan mendapatinya dengan membawa sesuatu di tangannya.

Coklat?

Raid bagi dia coklat? Tak pernah-pernah.

"Nah, enjoy." usai menyerahkan coklat Hersey's tersebut kepada Safa, Zain kembali duduk di tempatnya.

Ketika mata mengamati pemberian dari suaminya, anak matanya terpandang sesuatu. Ada kertas kecil berwarna kuning yang dilipat lalu dilekatkan pada kulit coklat tersebut. Terus saja Safa mencabut nota itu dan dibuka lipatan kertas tersebut. Dia membaca isi nota yang diberikan di dalam hati.


Hadiah untuk semalam.
- R.

Perlahan-lahan senyuman manis terukir di bibir merahnya. Walaupun lelaki itu tidak menyukainya tapi Raid tahu brand coklat kesukaannya. Sweet juga. Terharu pula Safa. Selama beberapa minit Safa duduk berangan memikirkan Raid. Jauh fikirannya berkelana membayangkan perkara yang indah-indah bersama suaminya yang dingin dan beku itu. Dan apabila dia tersedar, dia terus memukul kepalanya berkali-kali.

"Cringe! Cringe!"

"Kau fikir apa ni Safa!"

"Astagfirullah!"




TBC

Update: 01032021.

RAIDWhere stories live. Discover now