RAID - 2

10.3K 936 95
                                    

"AYAH, kan saya dah kata, saya tak mahu tinggal di bawah bumbung yang sama dengan pembunuh. Kenapa ayah still bawa saya ke rumah ni?" Raid bertanya dalam nada yang masih terkawal. Dalam hati api kemarahan sudah meledak.

Uzzam menghela nafas berat. Dia menoleh ke arah anak lelakinya . Di tatap dalam wajah Raid yang pucat itu.

"Ni rumah Raid. Rumah Raid dengan Safa. kalau Raid tak tinggal dekat rumah Raid, Raid nak tinggal dekat mana? Rumah ayah? Hell no... Raid dah berkahwin kan. Jadi tinggal dekat sini. Safa ada untuk jaga Raid." jelas Uzzam tenang.

Raid tersenyum senget. Dia mengalihkan wajahnya dari memandang ayahnya. Bibir bawah digigit. Tangan memukul kuat pintu kereta ayahnya. Kaki menendang kerusi pemandu hadapan. Dia memberontak.

"Seriouslah? Safa jaga saya? Pembunuh jaga mangsa dia?" Unbelievable. Raid tergelak sinis.

"Safa. Bukan. Pembunuh." ujar Uzzam sepatah demi sepatah. Anak matanya tajam menikam ke arah Raid.

"Ayah tak ada dekat situ waktu kejadiaan tu berlaku. Dengan mata saya sendiri, saya tengok Safa serang saya. Jelas. Terang."

"Ayah tahu Raid bencikan Safa tapi rasanya, tak ada keperluan sabotage isteri sendiri." Uzzam senyum.

Raut wajah Raid berubah serta merta. Bengis. Dia pandang wajah Uzzam semula. Betul ke lelaki di sebelahnya ini ayahnya? Atau mungkin lelaki itu lupa siapa anaknya.

"Saya tak sabotage Safa." tekan Raid. Menafikan tuduhan Uzzam.

"Oh... Yeke? Ayah kot yang salah." Uzzam sengaja menarik semula tuduhan yang dilemparkan.

Masing-masing terus membisu. Hanya bunyi angin penghawa dingin yang menghembus-hembus mengisi suasana yang tegang. Raid tidak betah duduk di dalam kereta bersama Uzzam, lelaki itu keluar dari kereta.

"Ishak, tolong bawa masuk barang Raid. Saya tak masuk." arah Uzzam kepada pemandunya.

"Baik Tuan"

Jari-jemari mengurut pelepisnya sendiri. Sakit pula kepala memikirkan tentang anak sulungnya satu itu. Dia cuba untuk faham Raid tapi dia sebagai ayah yang membesarkan lelaki dewasa itu seorang diri sejak kematian isterinya, dia juga tidak tahu bagaimana.

Perangai Raid yang dingin, keras kepala, nekad dan tidak mahu kalah itu sukar untuk ditundukkan. Kadang, perangai Raid sukar untuk dijangka. Lelaki itu sentiasa penuh dengan kejutan.




TUBUH dibaringkan di atas sofa panjang. Kaki diunjur ke depan. Kepala diposisikan di atas lengan sofa. Kuisyen empuk itu dibawa ke dalam dakapan dan di peluk. Mata dipejam rapat.

Tatkala Raid terlena. Satu suara yang asing membisik perlahan tetapi menikam di telinganya. Wajah seorang perempuan yang serupa dengan wajah isterinya muncul secara tiba-tiba.

"Kau... patut terima nasib yang sama. Kau patut mati, Raid."

Raid membuka matanya. Dadanya berdegup kencang. Resah dan risau bersilih ganti. Raid memegang dada sendiri. Denyutan jantungnya dapat dirasai.

Nafas Raid bagaikan tersekat di keronkong. Dia lemas.

"Abang okay ke tak tu?" Safa yang muncul entah dari mana menegurnya.

Perempuan itu mengatur langkah mendekati suaminya yang sedang baring di sofa. Tubuh Raid kaku. Mematung. Hanya bola mata berwarna coklat itu bergerak-gerak memandang keliling.

Dia meneguk liurnya.

"Abang nak sambung berehat?" soal wanita itu ramah. Safa menyentuh hujung kaki Raid.

Sentuhan Safa bagaikan renjatan elektrik yang mencucuk dan mengejutkan seluruh tubuhnya yang membatu. Raid membawa kedua-dua lututnya ke dada dan dipeluk.

Wajah Safa sedikit berkerut. Dia berpindah duduk mendekati Raid. Wajah tampan suaminya tampak pucat. Malah lebih pucat dari kebiasaannya. Safa semakin risau.

"Abang sakit lagi ke?" Safa bertanya lembut.

Raid menggeleng.

"Habis tu kenapa muka abang pucat aje ni?" soal Safa risau.

Raid menggeleng lagi.

"Dah... Dah... Kau berabus." marahnya secara mengejut.

Dia turunkan betisnya ke lantai dan segera bangun dari duduknya. Dia bergerak lemah menaiki anak tangga untuk ke bilik tidurnya yang diletaklan. Di tingkat pertama banglo tersebut.

"Peliklah. Kenapa dengan dia?" Safa bermonolog sendirian. Memerhatikan suaminya dari belakang.

"Gila agaknya."

TBC

Update: 10012020.

RAIDWhere stories live. Discover now