RAID - 13

7.1K 798 84
                                    

(RAID)
+ Aku tunggu dalam kereta. Tak jadi keluar.

Pesanan dari Raid dibaca tanpa balasan. Bibir dimuncungkan ke hadapan tanda protes. Lima minit yang lalu, suaminya kata nak teman dia. Sekarang? Cakap lain pula. Dia pandang troli yang masih kosong.

Tidak mahu berlengah-lengahkan masa, takut si suami membebel dalam kereta, Safa hayunkan langkah ke depan. Sesi membeli belah tanpa suami dimulakan. Telefon bimbit dikeluarkan dari tas tangan lalu notepad dibuka. Senarai barang dibaca tanpa suara.

Bawang merah, bawang putih, bawang holland, beberapa jenis sayur-sayuran segar, kepak ayam, rempah-ratus dan sedikit jajan dimasukkan ke dalam trolinya. Tiga kotak teh Chrysanthemum turut masukkan. Shopping sakan sampaikan Safa tak sedar ada yang memerhatikan dari jauh.

(RAID)
+ Lama lagi ke?

Satu lagi mesej dari Raid diterima. Sepantas kilat jari membuka mesej tersebut dan membalas.

(ME)
- Haah. Ada beberapa benda nak kena cari. Kalau abang bosan, abang turunlah dulu. Tolong saya cari barang.

Typing...

(RAID)
+ Malas. Cau lu.

(ME)
- 😤😤

Raid terus offline. Bibir dicebik. Safa geram betul dengan Raid ni. Nak saja dia debik sekali suaminya itu. Padan muka!

Setenggah jam berlalu, barulah Safa selesai. Senarai barang yang perlu dibeli sudah ditandakan. Safa semak sekali lagi, takut ada barang yang terlepas pandang. Tak mahulah pergi singgah kedai lain pula lepas ni.

Selesai membuat bayaran, troli disorong keluar dari super market. Telefon dibuka lalu nombor Raid didail kemudian telefon ditekap ke telinga. Panggilan pertama tidak dijawab. Sekali lagi Safa mencuba. Badan telefon diketuk-ketuk dengan jari. Mana Raid ni? Kenapa tak jawab call?

Sudahlah suaminya tak beritahu tempat Raid memarkir keretanya. Jika tidak, pasti dia sendiri yang berjalan ke sana. Dan dia pun sama, kenapa tak terfikir nak tanya Raid awal-awal tadi?

Mata melilau memandang keliling. Rasanya mustahil nak nampak kereta mereka sebab tempat parkir kereta itu luas, kereta di hadapan bukan satu dua buah sahaja tapi banyak. Safa gigit sedikit bibir bawah.

Untuk kesekian kalinya nombor Raid didail. Jangan kata Raid tertidur dalam kereta? Bahaya kot. Ketap bibir sambil tepuk dahi. Safa tak ada pilihan, dia kena berjalan kaki mencari kereta suaminya. Troli yang berat dan sarat dengan barang belian dipandang.

"Kalau aku tahu jadi macam ni, baik tak payah pergi beli barang hari ni." dengusnya geram. Bersusah payah troli itu diusung ke sana ke mari. Peluh mula merenik di dahi licin Safa. Sekali-sekala mata melirik ke arah langit yang cerah. Ya Allah, cuaca hari ni sangat menguji kesabaran. Panas terik.

Lengan baju kurung disinsing hingga paras lengan. Handsock turut dilipat sedikit sebelum diturunkan semula. Tangan mengibas-ngibas muka. Nafas dihela. Wajah yang terasa berminyak dek peluh dilap dengan handsock.

Penat. Safa berhenti seketika. Telefon di dalam bag dikeluarkan lalu nombor Raid didail lagi. Dalam hati dia berdoa semoga panggilannya dijawab. Safa dah penat pusing-pusing kawasan letak kereta yang luas ni semata-mata nak mencari keberadaan kereta dan encik suami.

"Jawablah!" marah Safa.

Beberapa detik kemudian, suara garau Raid kedengaran di corong telefon. Baru saja Safa nak buka mulut untuk membebel, Raid dulu memarahinya.

"Kau dekat mana?!"

"Dekat car park. Abang dekat mana? Dari tadi saya duk pusing-pusing cari abang. Panas tahu tak?! Saya call tak jawab. Abang pergi mana?!" Safa kembali memarahi. Dalam keadaan panas meruap-ruap macam ni, memang dah tak boleh chill.

RAIDWhere stories live. Discover now