RAID - 23

7.5K 974 147
                                    

"AKU bergurau sajalah." Gila agaknya kalau dia bercucuk tanam di klinik. Walaupun klinik itu milik ayah dia, tak semestinya dia boleh berbuat sesuka hati dia saja kan?

"Okay, abang nak apa?" Siap pakej silang tangan ke dada. Sebenarnya Safa resah dengan perangai miang Raid yang spontan itu. Hampir mahu terjeluak keluar saja jantungnya.

"Ayah suruh balik awal."

"Then tunggu sajalah saya dalam kereta. Macam biasa." ujar Safa. Tak pernah-pernah Raid nak tunggu dia selesai mengemas. Biasanya lelaki itu terus keluar dari klinik dan bertapa dalam kereta.

"Hurm..." Raid menggumam. Sekali sekala mata mengerling ke arah Safa yang juga memandang ke arahnya.

"Dah tu abang buat apa kat sini? Saya nak kemas barang ni." kata Safa pula. Raid dijeling.

"Saja. Aku tunggu sini sajalah." Tanpa disuruh atau meminta izin terlebih dahulu, Raid labuhkan punggung di atas kerusi roda. Kaki kanan disilang di atas kaki kiri. Wajah dipanggung memandang Safa yang kelihatan sedikit hairan dengan sikapnya.

"What?" Raid bertanya. Kenapa Safa pandang dia bagai nak telan saja ni?

"Kenapa tak tunggu dalam kereta saja?"

"Suka hati akulah." balasnya kasar.

"Biasa abang tunggu dalam kereta." si isteri masih mahu berbalah. Tak puas hati dengan jawapan Raid.

"Tukar mood. Tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh."

"Dah tu?"

"Saya tak biasa."

Raid menarik senyuman senget. Wajah dikalihkan memandang ke tempat lain. Atau lebih tepat, matanya meliar memandang pejabat Safa. Bukan apa tapi dia nak mengelak dari terus berbalas pandang dengan Safa. Tiba-tiba hati dia rasa tak kena ketika mata mereka bersabung pandang.

Perasaan itu terlalu asing.

Safa lepaskan keluhan kecil. Cakaplah sebanyak mana pun, Raid takkan dengar cakap dia. Penat nak bertikam lidah dengan manusia yang reti faham bahasa, Safa abaikan saja. Anggap Raid tak ada di dalam ruangan tersebut. Safa kemaskan saja barang-barangnya tanpa menghiraukan kewujudan Raid.

"Kau lapar tak?" Dan Raid pun memecahkan kesunyian di antara mereka. Pandang ke arah Safa yang membelakanginya.

"Makan dekat rumah je nanti. Makan sekali dengan ayah. Abang sendiri yang cakap, ayah suruh balik awal, kan?"

Raid putar bola mata ke atas. Baru nak ajak Safa balik lewat sikit hari ini, Safa dah ingatkan dia tentang perkara itu. Raid tak tahu kenapa hari ini Uzzam menyuruh mereka pulang terus ke rumah. Jangan singgah ke mana-mana. Apabila Raid tanyakan kenapa, Uzzam matikan panggilan. Tak fahamlah!

"Hmmmm, kau ni anak solehah ayah betullah. Taat. Patut ayah sayang lebih." Raid silang tangan ke dada.

Safa balikkan tubuh, gantung bag tangan di bahu dan jinjing bag bekal di tangan kanan. Safa pandang muka suaminya dengan tatapan biasa, kosong tanpa riak. Raid cakap macam tu sebab nak ajak Safa bergaduh lagi ke? Lelaki itu tak tahu apa erti penat kah?

"Ayah pun sayangkan abang juga, kan? Abang anak kandung dia. Dan saya bukan." ujar Safa.

"Anak kandung pun, dia tetap sayang kau lebih." tutup perbualan. Raid bangkit dari duduknya dan mengatur langkah mendekati daun pintu yang tertutup rapat. Tombol pintu dipulas.

"Abang nak rasa disayangi ke?" tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari bibir Safa.

Semedan Raid menoleh ke belakang.

"Then cuba terima saya. Saya boleh buat abang rasa disayangi." Safa majukan langkahnya. Berdiri betul-betul di hadapan Raid yang membisu. Empat mata saling bertentangan.

Safa tekap tangan di pipi Raid. Tepuk pipi itu beberapa kali.

"Dan saya boleh buat abang rasa dicintai." sambung Safa. Dia tak main-main dengan kata-katanya. Dia benar-benar mahu diberi peluang oleh Raid. Dia mahu dipandang sebagai seorang isteri bukan sebagai adik angkat kepada lelaki itu.

Adakah permintaannya terlalu keterlaluan? Atau Raid sahaja yang terlalu menjunjung ego?

Hujung bibir ternaik sedikit. Sinis. Tangan Safa ditepis kasar.

"Buat aku rasa dicintai? Kau ingat aku desperate sangat ke? Aku tak hamaklah dengan kasih sayang orang. Apatah lagi kalau orang tu kau!" tempik Raid. Terhinjut sedikit bahu Safa ketika dijerkah kasar seperti itu.

Safa kerdip matanya beberapa kali. Tarik nafas dan hembus. Anak mata dilarikan dari memandang Raid yang merenungnya tajam. Digertak oleh Raid tak semena-mena membuatkan dia rasa nak menangis. Safa gigit bibir. Dia cuba kawal diri sendiri. Kawal hati agar tak kelihatan lemah di hadapan lelaki itu.

Tanpa menunggu Raid, Safa terus saja menonong keluar dari pejabatnya. Tinggalkan Raid di belakang. Dah orang tu tak sudi, tak payahlah dia nak tawar macam-macam. Sekarang tengoklah, hati sendiri juga yang terluka. Jadi dekat mana obatnya? Pukul dada sendiri. Sakit. Sakit sangat-sangat.








TBC

Update: 18092021.

Hai, heheheh

RAIDWhere stories live. Discover now