Bab 1

5.5K 398 150
                                    

Bunyi alunan suara yang sayup-sayup seolah-olah sedang menyanyi membuatkan Blade terjaga daripada lenanya. Dia mencelikkan matanya lalu dia duduk daripada pembaringannya.

Dia memejamkan matanya seketika untuk fokus dengan apa yang di dengarinya itu. Tapi tidak dapat. Langsung dia tidak dapat tangkap apa yang dia dengari itu.

Dengan perasaan ingin tahu yang meninggi dia terus bangun lalu turun daripada katilnya menuju ke arah pintu biliknya yang sedikit terbuka.

Wajahnya sedikit berkerut.

Bukankah dia sudah tutup pintunya dengan rapat?

Mungkin kerana terlalu penat membuatkan dia tidak sedar pintu biliknya tidak tutup dengan rapat.

Matanya tertacap pada bilik Qayyum yang terletak berhadapan dengan biliknya. Terang saja bilik adik lelakinya itu.

Dia melangkah menghampiri pintu bilik Qayyum yang separa terbuka. Makin jelas suara yang di dengarinya tadi apabila dia melangkah ke arah bilik Qayyum.

Di lihat Qayyum yang berbaju melayu dan berkain pelikat sedang khusyuk membaca sesuatu. Lontaran suara Qayyum yang merdu itu mengasyikkan dirinya.

Dia bersandar pada tepi pintu sambil matanya galak memerhati dan mendengar apa yang di baca oleh adiknya walaupun dia tidak faham bahasa apa yang di sebut oleh Qayyum.

Terasa seperti dirinya di perhatikan, Qayyum menghentikan bacaannya. Matanya terus menoleh ke arah pintu biliknya.

Susuk tubuh Blade yang sedang bersandar pada tepi pintu menyapa pandangan matanya.

"Blade?" Tegur Qayyum dengan wajah yang sedikit terkejut. Cepat-cepat dia menyudahkan bacaannya lalu dia menutup Al-Qurannya sebelum menghampiri abangnya.

"Men seni uklamaga azar berýärinmi?" Soal Qayyum dengan perasaan serba salahnya. Wajah penat dan mengantuk Blade di perhati.

( Aku ganggu kau tidur ke? )

Bukannya dia tidak tahu Blade baru saja pulang pada jam 3 pagi tadi. Sekarang sudah 4:18 pagi. Dia tahu Blade pulang pun sewaktu dia berada di dapur untuk minum segelas air kosong kerana terlalu dahaga.

"Näme okaýarsyň?" Soal Blade dengan ingin tahu. Pertanyaan Qayyum di abaikan. Dia lebih tertarik untuk mengetahui apa yang di baca oleh adiknya itu.

( Apa yang kau baca? )

"Al-Quran." Jawab Qayyum sepatah. Bibirnya mengukir senyuman kecil apabila dia perasan Blade tertarik dengan apa yang di bacanya tadi.

Blade mengangguk kecil. Dia tahu Al-Quran itu apa kerana dia pernah membaca isi kandung kitab itu pada waktu sebelum Qayyum di halau daripada rumah mereka.

Memandangkan Al-Quran itu di terjemahkan dalam bahasa english dia mudah faham tapi mengenangkan kitab itu tiada kena mengana dalam hidupnya dan tidak penting untuknya membuatkan dia tidak ambil tahu tentang kitab itu.

"Emma haýsy dili ulanýarsyňyz?" Tanyanya lagi.

( Tapi bahasa apa yang kau guna? )

"Arab dili. Näme üçin? Sizi gyzyklandyrýarmy?"

( Bahasa arab. Kenapa? Kau tertarik ke? )

"Kuran okanyňyzda sähelçe sesiňiz ýakymly. Whyöne näme üçin aýdym aýdýarsyňyz? Diýjek bolýanym, sesiňiz ýokary-aşak çişýär. Okamagy halamok."

( Sikit, suara kau sedap bila baca Al-Quran. Tapi kenapa kau macam menyanyi? Maksud aku, lenggok suara kau kejap naik kejap turun. Tak macam tengah membaca. )

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now