"Kak Zu gerak dulu boleh? Saya sakit perut lah pula." Ummi memegang perutnya yang tiba-tiba sahaja memulas-mulas.
Aduh, time-time macam ni lah perutnya nak buat hal. Ni mesti kes malam tadi makan ramen. Adik dia lah beriya-iya ajak dia makan ramen. Challenge ramen katanya.
"Eh takpe akak tunggu Ummi. Kita gerak sama-sama." Balas Zuraidah. Dia tidak kisah tunggu Ummi sebentar. Boleh dia duduk rehat sekejap. Maklum lah tengah sarat mengandung ni dia cepat penat berjalan.
"Takpe kak saya pun tak tahu sekejap ke lama saya membuang ni. Akak gerak je dulu okey?" Kasihan pula pada Zuraidah apabila wanita itu berkeras mahu menunggunya juga.
"Hmmm yelah, akak pergi dulu ya." Zuraidah mengalah apabila Ummi memaksanya untuk pergi ke cafe dahulu tanpanya.
Ummi pun masuk ke dalam tandas tergesa-gesa. Tak tahan woiiii!
Zuraidah menggeleng kecil. Dia tertawa kecil. Macam-macam ragam. Dia pun jalan dengan memegang perutnya untuk keluar daripada lorong ini.
Baru sahaja dia pusing ke kanan, dirinya di langgar oleh seseorang.
"Arghhhhh...."
Zuraidah terkejut. Mujur lah dia sempat memegang dinding untuk menampung badannya daripada terjatuh ke belakang.
"Eiiii buta ke tak nampak orang lalu? Arghhhh sial betul lah!" Tengking Jannah apabila dua cawan kopi tumpah pada kot putih yang di pakainya. Habis kotor kotnya berwarna coklat gelap.
"Maaf Jannah, akak tak perasan Jannah lalu sini. Akak minta maaf sangat-sangat." Tutur Zuraidah dengan serba salah. Lagi-lagi apabila kot putih Jannah kotor habis dengan air kopi.
Jannah merengus marah. Marah apabila kopi yang di beli untuk Qayyum turut sama habis tumpah ke kot doktornya. Terus dia buang kedua-dua cup kopi itu ke dalam tong sampah yang terletak tidak jauh daripada mereka.
"Dah tahu nak beranak tu duduk je lah rumah. Ni datang kerja menyusahkan orang." Kata Jannah dengan lancang.
Zuraidah tersentap. Hatinya terguris apabila Jannah berkata sebegitu padanya. Bukan salahnya tapi salah Jannah sendiri kerana tidak pandang depan tapi untuk marah doktor perempuan di hadapannya ini dia malas mahu membuka mulut.
Jannah merengus. Dengan sengaja dia melanggar bahu Zuraidah dengan kuat semasa berselisih dengan wanita itu.
Zuraidah yang tidak bersedia terjerit kecil apabila tubuhnya mahu jatuh ke belakang. Jannah hanya mengukir senyuman sinis. Peduli apa dia kalau Zuraidah jatuh terlentang ke apa. Bukan masalah dia kalau wanita itu keguguran.
"Miss, are you okay?" Soal Qaisha dengan cemas.
Sebaik sahaja dia keluar daripada pintu tandas, berderau darah dia apabila melihat seorang doktor perempuan sengaja membuatkan wanita mengandung ini jatuh. Mujur dia sempat bertindak jika tidak entah apa yang berlaku pada wanita ini serta kandungannya.
"O-okey... Ss-saya okey..." Jawab Zubaidah dengan gugup.
Qaisha segera menolong Zuraidah untuk berdiri dengan stabil. Tajam matanya merenung doktor perempuan itu.
Doktor? Huh, boleh pergi mati!
"Hey bitch! Bodoh ke tolak orang mengandung? Otak dekat kaki ke?" Marah Qaisha dengan nada tinggi. Peduli apa kalau orang dengar.
Terhenti langkah Jannah apabila dirinya di panggil 'bitch'. Menggelegak terus amarahnya yang sememangnya masih tidak surut.
"Who are you to call me bitch huh? Jangan nak biadap sangat. Aku ni doktor dekat sini jangan sampai aku panggil guard halau kau." Balas Jannah dengan sinis.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...