Bab 21

1.9K 268 77
                                    

Qayyum merenggangkan otot-ototnya yang berasa lenguh itu. Dia menguap kecil menahan rasa mengantuk yang menguasai dirinya. Mana tak penat setelah sekian lama bercuti bila masuk kerja semula jadualnya sangat padat dengan pembedahan.

Hari ini saja dia perlu melakukan tiga pembedahan yang berbeza. Naik berpinar matanya tengok darah. Mujur lah dia tidak melakukan sebarang kesilapan yang boleh membahayakan nyawa pesakit.

Sedang dia mengemas barang-barangnya untuk dia balik, lauangan Khalif menghentikan tingkahnya.

"Weh, Doktor Firdaus datang ke sini." Kata Khalif sedikit lantang untuk menarik perhatian rakan-rakan sekerjanya.

Seperti yang dia duga semua menoleh ke arahnya dengan wajah yang tertanya-tanya. Tak sempat mahu bertanya, suara seseorang mematikan suara-suara mereka.

"Selamat pagi maaf mengganggu waktu kamu semua." Ucap Doktor Firdaus dengan senyuman.

Lihat saja kedatangan atasan mereka terus mereka menunduk hormat dan membalas sapaan pagi daripada Doktor Firdaus itu.

Qayyum yang pada mulanya berasa pelik terus berubah wajah apabila terlihat seseorang yang berada di sebelah Doktor Firdaus itu. Dia terkejut melihatnya.

Bisikan-bisikan kecil mula kedengaran tetapi tidak lama apabila Doktor Firdaus mula bersuara lagi.

"Hari ini kamu semua akan mempunyai rakan kerja baru yang baru sahaja di pindahkan ke hospital ini sebagai doktor bedah." Kata Doktor Firdaus lagi lalu menganggukkan sedikit kepalanya memberi ruang kepada doktor lelaki yang di sebelahnya itu untuk memperkenalkan dirinya.

"Assalamualaikum and good morning, nama saya Jason Wang. Just call me Jason. Saya berharap awak semua sudi tunjuk ajar dan memberi kerjasama yang baik kepada saya sepanjang saya bekerja di sini. Itu saja setakat ini." Jason mengukir senyuman setelah memperkenalkan dirinya.

Matanya menatap satu per satu wajah yang akan menjadi rakan sekerjanya mulai hari ini. Namun, seketika matanya tertacap pada wajah Qayyum yang terkejut melihatnya. Dia pun turut terkejut sama.

"Okey baik, itu saja. Awak semua boleh sambung kerja semula atau pun boleh balik sekarang. Saya pergi dulu. Jason tempat awak di sebelah Qayyum. Qayyum, sebelah awak kosongkan?"

Qayyum tersentak. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ha'ah kosong." Jawab Qayyum pendek.

Doktor Firdaus mengangguk kecil lalu terus melangkah pergi memandangkan dia mempunyai mensyuarat sebentar lagi.

Suasana menjadi sunyi seketika sebelum Jason dan Qayyum saling bersuara.

"Bro!" Jason terus memeluk tubuh Qayyum tanpa rasa segan. Teruja sungguh dia apabila dapat bertemu dengan sepupunya yang sama usia dengan dirinya di sini.

Qayyum ketawa kecil. Kecil sungguh dunia, tak sangka dia dapat bertemu dengan sepupunya yang sengal ini di sini. Malah, satu tempat kerja pula.

Khalif serta yang lain memandang hairan mereka berdua. Kenalkah?

"Nasılsın? Birbirimizi uzun zamandır görmedik, en son Malezya'ya uçmak istemeden önceki zamanı kaçırmadım, değil mi?" Soal Jason seusai mereka berpeluk seketika.

(Kau apa khabar? Lama betul kita tak jumpa, kali terakhir tak silap aku masa sebelum kau nak terbang ke Malaysia kan?)

"Hahahaha işte bu. Şimdi daha fazlasısın. Kaç çocuk?" Balas Qayyum dengan senyuman lebar. Hilang terus rasa mengantuknya.

(Hahahaha iyelah tu. Makin berisi kau sekarang. Anak dah berapa?)

Rindu betul pada sepupunya ini. Sepupu yang banyak tahu rahsianya suatu ketika dahulu bahkan tentang rahsia keislamannya turut diketahui oleh Jason sebelum kantoi dengan keluarganya.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now