"Aku terima nikahnya Amelya Binti Abdullah dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulillah."
Jackson mengukir senyuman lebar apabila dengan lancarnya dia melafaz akad hanya senafas sahaja.
Blade yang duduk bersila di sebelahnya di jeling. Tenang sahaja wajah sepupunya itu. Kini giliran Blade pula untuk melafaz akad nikah.
"Blade Da Erol?"
"Ya, saya."
Jackson menahan ketawa daripada meletus apabila Blade menyebut perkataan 'saya' itu. Fuhhh manly gitu.
"Aku nikahkan dikau dengan Qaisha Izzati Binti Mahmud dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Qaisha Izzati Binti Mahmud dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai." Seperti Jackson, Blade turut melafaz akad dengan lancar dan sempurna.
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"
"Sah!" Kata Qayyum agak kuat kerana terlalu gembira. Akhirnya kahwin juga abang dia ni. Langsung dia tidak hirau mata-mata yang mengerling ke arahnya.
"Ish, kau ni tahu lah excited cuba bawa bertenang sikit." Khalif menepuk dahi apabila suara Qayyum menarik perhatian mereka semua.
Lisa dan Ummi ketawa geli hati apabila Khalif memarahi Qayyum yang terlampau gembira itu. Amat jarang mereka lihat Qayyum gembira sebegitu.
"Hmmm, tengok diorang kahwin rasa nak kahwin cepat je." Ujar Taufiq dengan sengihan. Matanya mengerling ke arah Lisa sekilas. Ayu betul cik tunangnya harini mengenakan sepasang baju kurung berwarna putih sesuai tema perkahwinan Bkade dan Jackson.
"Hah kahwin lah, tak elok tunang lama-lama. Nanti kena caras dengan orang lain aku tak tahu. Orang kata dugaan tunang ni mencabar." Balas Haziq dengan usikan.
"Berani Lisa nak curang dengan aku. Aku pukul jantan tu nanti."
Haziq ketawa mendengar balasan Taufiq. Ingatkan dia nak pukul Lisa, baru nak cakap jangan jadi lelaki dayus. Hahahaha....
Mereka berlima datang ke majlis perkahwinan Blade dan Jackson atas jemputan Qayyum pada minggu lalu. Memandangkan mereka tiada apa mahu di lakukan jadi mereka berlima berpakat mahu datang secara serentak.
Zuraidah tidak dapat ikut serta kerana wanita itu telah selamat bersalin pada lewat tengah malam tadi. Sempat juga mereka bervideo call sebelum majlis akad nikah berlangsung.
Majlis perkahwinan Blade dan Jackson diadakan di rumah Jason saja memandangkan Nurul masih berpantang dan Jason perlu memantau keadaan Nurul dan anaknya Hamzah.
Tidak mahu memeningkan kepala, Jackson yang mencadangkan agar majlis mereka nanti hanya diadakan di rumah Jason. Mujur halaman rumah Jason sangat luas memandangkan rumah Jason berada di paling hujung.
Selepas upacara pembatalan air sembahyang, mereka semua terus ke meja makan untuk makan. Tiada sebarang tetamu yang penting di jemput. Hanya ahli keluarga Jason yang merupakan tuan rumah, rakan sekerja Qayyum, ketua kumpulan serta ahli-ahli kumpulan Eagle Eyes dan Ace Night bagi memeriahkan suasana.
Damien, Damia, Rayyan, Zahin, Zahil, Zahid, Zahiyah dan Zahirah berlari-lari di laman dengan gelak tawa. Gembira sahaja wajah si kecil apabila dapat bersua muka sesama mereka.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...