"So, selama ni kau menyamar as Michael Rian kenalan kepada Sam Smith? Tak kantoi ke?" Soal Blade dengan perasaan kagum.
Ren mengukir senyuman senget. Itu lah kepakarannya. Paling unik dia boleh tiru suara orang dan sikap orang tersebut.
"Nope, selagi aku pakai topeng muka ni dan ubah gaya rambut aku dia tak akan perasan." Siapa kata kerja dia mudah? Dia perlu selidik cara dan suara Michael Rian yang sebenar dengan teliti tanpa melakukan sebarang kesilapan. Ambil masa lima hari juga lah dia practice untuk tiru lelaki itu.
"Mana Michael yang sebenar?" Tertanya-tanya juga dia mana lelaki itu. Ren bunuh ke?
"Mati overdose dadah. Kematian dia tak ada siapa yang tahu melainkan aku. Kebetulan aku memang intip dia masa tu so yeah aku gunakan kematian dia tu untuk penyamaran aku." Ren mengukir sengihan.
Dia bukannya minta lelaki itu mati demi mahu melakukan penyamaran tetapi kematian lelaki itu sendiri sedikit sebanyak memudahkan dirinya untuk melakukan penyamaran ini dengan sangat mudah.
"Tak sangka Ace Night ada ahli yang berkemahiran daripada Eagle Eyes." Puji Blade dengan ikhlas.
"Well, Eagle Eyes pun apa kurangnya. Kita berdua ada kelebihan tersendiri." Ren turut mengagumi kumpulan Eagle Eyes yang mempunyai cara tersendiri dalam menghapuskan musuh sekelip mata saja.
Dia masih ingat lagi bagaimana Eagle Eyes membantu mereka sewaktu berlawan dengan musuh mereka Elroy. Jika tiada mereka, dia yakin kumpulan mereka sudah tiada.
Blade mengukir senyuman kecil. Betul apa yang dikatakan oleh Ren itu. Sama ada Ace Night atau pun Eagle Eyes, kedua-dua kumpulan itu ada kelebihannya tersendiri.
"Oh by the way mungkin info yang aku nak bagitahu kau ni berguna. Fang Lee simpan Qaisha sebab Qaisha ada sesuatu yang amat berharga. I mean family Qaisha orang jutawan. Dia cuba nak rampas semua harta dia tapi malangnya Qaisha tak tahu memandangkan Qaisha mengalami hilang ingatan masa usia dia sepuluh tahun. Untuk tu Fang Lee dalam diam cuba cari kembar dia yang terpisah sebab dia yakin kembar dia tahu dekat mana harta-harta yang keluarga mereka sembunyikan.
Selebihnya aku rasa kau faham maksud aku. Be careful. Jangan biarkan identiti Afrina di ketahui orang. Terutama Fang Lee. Aku tak tahu apa yang orang tua tu akan buat pada Qaisha tapi untuk masa sekarang dia masih selamat. Dalam tempoh kau nak keluarkan Qaisha, aku akan bantu kau apa yang patut." Kata Ren panjang lebar.
"Thank you for helping me, susahkan kau je bantu aku dalam hal ni." Tutur Blade.
"No problem. Lagi pun kami terhutang nyawa pada Eagle Eyes sebab pernah selamatkan nyawa kami sewaktu berlawan dengan Elroy dulu. Master Ammar pun tak kisah jika Sir Steve memerlukan pertolongan daripada kami."
Blade mengangguk faham. Jika di imbas kembali dulu kedua-dua kumpulan mereka saling bermusuhan tetapi sekarang hubungan mereka amat erat sehingga tiada mafia yang berani membuat onar pada kumpulan mereka.
Ace Night dan Eagle Eyes merupakan kumpulan mafia yang terkuat di seluruh negara. Ramai mafia yang memusuhi mereka dan mahu menjatuhkan mereka tetapi semuanya mereka hapuskan dengan sekelip mata saja.
"Kalau macam tu aku masuk dulu."
Blade mengangguk kecil.
Ren keluar daripada kereta Blade setelah mengikat rambutnya. Topeng mukanya dibelek bagi memastikan tiada sebarang cacat cela yang boleh mengantoikan dirinya. Setelah yakin topengnya melekat elok pada wajahnya, dia pun melangkah masuk ke dalam club malam dengan tenang.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Roman d'amour[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...