James :
📷 Photo
📷 Photo
📷 Photo
- DiedBlade mengukir senyuman sinis apabila melihat gambar yang di hantar oleh James iaitu mayat Fang Lee dan anak-anak buah lelaki cina itu mati dalam keadaan yang ngeri.
Dari apa yang dapat dia lihat dalam gambar-gambar itu, banyak kesan darah kering di merata tempat. Bukan itu juga serpihan-serpihan daging juga turut bersepah sana-sini.
Qaisha yang tidak jauh daripadanya di hampiri. Terus skrin Iphonenya di tunjukkan pada wajah Qaisha.
"What the hell?" Membulat mata Qaisha melihat gambar-gambar tersebut. Melihat darah-darah kering merata tempat membuatkan dirinya berasa loya. Terus dia menolak tangan Blade agar jauh daripadanya.
"I-itu Fang Lee?" Soalnya dengan nada yang tak percaya. Dia masih cam cincin yang di pakai pada jari jemari lelaki itu walaupun wajah pada mayat lelaki itu hancur teruk. Membayangkan keadaan mayat-mayat itu saja membuatkan kepalanya sedikit pening.
Gila! Ini sangat-sangat gila!
"Yeah..." Blade menyimpan Iphonenya ke dalam poket seluarnya. Matanya merenung Qaisha yang masih terkedu dengan apa yang di lihatnya tadi. Afrina yang diam di hujung dinding itu di kerling sekilas. Diam saja perempuan itu tanpa bicara.
Namun matanya dapat menangkap bibir perempuan itu menyeringai jahat dengan apa yang mereka bualkan. Dia tahu apa yang bermain dalam fikiran Afrina. Tentang kematian Fang Lee serta orang-orang lelaki cina itu telah pun di rancang sebenar-benarnya.
Patutlah dengan mudah saja Afrina memberikan rantai yang berbentuk kunci itu pada Fang Lee kerana perempuan itu tahu perangkap yang telah di pasang luar dan dalam kawasan yang mempunyai peti harta keluarga mereka.
Pada kawasan luar terletaknya beberap perangkap lubang yang terkandung besi-besi yang tajam di tanam secara menegak. Salah langkah akan terus jatuh ke dalam dan mati tercucuk. Andai terlepas perangkap itu semasa berjaya membuka pintu peti tersebut terpasangnya bom yang apabila pintu itu terbuka luas bom itu akan meletup serta merta.
Segala harta-harta berupa duit dan emas terletak jauh terpelosok dalam peti yang tertanam dalam tanah di sebuah hutan tebal yang tiada siapa yang akan terfikir untuk menanam harta di situ kerana jalannya yang curam dan boleh jatuh ke dalam gaung jika tidak berhati-hati. Boleh dikatakan keluarga Qaisha sangat bijaksana.
"Then, apa kau nak buat dengan harta-harta keluarga kau? Korang berdua pewaris semua harta-harta tu." Soal Blade pada Afrina.
Dia mengerahkan dua puluh orang Eagle Eyes yang diketuai oleh Elan dan James untuk mengeluarkan semua harta milik keluarga mereka berdua untuk di bawa ke markas mereka.
"Entah, aku tak perlukan semua tu." Jawab Afrina mendatar. Langsung tidak memandang wajah Blade. Baginya semua harta itu tidak bernilai pada matanya.
Qaisha tidak mampu untuk berkata apa-apa. Masih terkejut dengan apa yang dia lihat dan dalam masa yang sama dia tidak faham dengan kata-kata Blade. Otaknya ligat berfikir. Harta? Harta apa? Harta karun?
Blade memandang wajah Qaisha pula. Melihat Qaisha yang seakan-akan blur itu dia ketawa kecil. Pasti perempuan itu tidak tahu tentang harta keluarga mereka. Kalau dia bagitahu dia yakin Qaisha akan terkejut besar.
"Kau tak bagitahu pada Sha tentang harta keluarga korang?"
Afrina ketawa sinis.
"Perlu ke? Sedangkan aku pun dia tak ingat apatah lagi tentang harta pusaka keluarga sendiri?"
Qaisha tersentap. Fuhhhh makan dalam.
Tapi bukan salah dia kalau dia tak ingat siapa keluarganya sendiri.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...