Bab 40

2K 283 97
                                    

"Aku tak nak!" Afrina mendengus marah. Matanya yang hitam merenung tajam wajah Qayyum yang tenang menghadapnya.

Qayyum hanya tenang saja menatap Afrina yang merenungnya dengan wajah yang bengis. Takut? Langsung tak. Dah selalu sangat hadap sisi yang menakutkan daripada perempuan itu.

Selalu? Tak lah selalu memandangkan dia pun jarang berjumpa dengan Afrina. Cuma setiap kali dia berjumpa dengan Afrina sikap menakutkan itu sering di tonjolkan membuatkan dia sudah berasa lali.

"Kenapa kau tak nak? Benda ni kan elok untuk diri kau dan Mardhiah." Soal Qayyum dengan lembut.

"Grrrrr aku kata aku tak nak, tak nak lah!" Serentak jerkahan itu dinding bilik kurungannya di tumbuk kuat.

Gedegangggg

Memandangkan dinding bilik itu di perbuat daripada besi, jadi bunyi tumbukan tersebut berdesing selari dengan bunyi gari yang di gari pada kedua-dua belah tangan perempuan itu.

Terhinjut bahu Qayyum kerana bunyi tumbukan tersebut sangat kuat di tambah pula seiring dengan bunyi gari-gari tersebut.

Fuhhhh kus semangat.

"Boleh tak bertenang? Kenapa nak mengamuk tak tentu pasal? Cepat sangat melenting. Tahu tak orang yang cepat melenting ni cepat tua? Muka cepat berkedut." Tegur Qayyum dengan wajah yang berkerut.

Tak boleh rilek langsung Afrina ni. Kerja nak mengamuk je. Cuba bawa bertenang sikit.

Afrina mendengus kasar.

Melihat Afrina yang mulai bertenang walaupun tak terlalu bertenang sangat, Qayyum mula bersuara lagi.

"Bagi aku lima sebab yang munasabah kenapa kau tak nak?"

"Sebab? Huh hahahahaha aku tak perlukan sebab untuk aku tolak. Kau siapa nak arah-arahkan aku huh? Kau bukan siapa-siapa!" Afrina menyungging senyuman sinis.

"Ya aku tahu aku ni bukan siapa-siapa pun tapi aku ni bakal suami kau. Aku rasa kau sendiri dengarkan apa yang aku cakap tempoh hari pada Mardhiah? Aku nak kahwin dengan dia bermaksud aku akan berkahwin dengan kau secara tak langsung. Kau bantah tapi Mardhiah tak membantah." Balas Qayyum dengan sinis.

Terus mati senyuman Afrina. Wajahnya kembali membengis.

"Kau....."

Qayyum bangun daripada duduk. Dia menghampiri Afrina yang setia merenungnya. Dia berdiri betul-betul di hadapan Afrina yang sedang betcangkung itu. Dia duduk menyamai ketinggian mereka berdua.

Afrina mengetap giginya dengan rengusan kuat. Matanya yang berwarna hitam pekat tajam merenung Qayyum yang betul-betul di hadapan wajahnya.

Qayyum mengukir senyuman manis pada Afrina. Kepala Afrina di usap lembut.

Afrina tersentak. Wajahnya jelas terkejut dengan apa yang berlaku pada dirinya.

Senyuman lelaki itu.

Sentuhan lelaki itu.

Entah mengapa dia amat menyukai sentuhan yang diberikan padanya itu. Seperti dirinya di sayangi.

Senyuman lelaki itu sungguh menawan pada matanya. Senyuman yang ikhlas.

Dup dap dup dap

Jantungnya berdebar-debar.

Ke-kenapa?

"Aku tahu kau tak suka diri kau di rawat. Percaya lah ini untuk kebaikan diri kau dan Mardhiah. Aku buat bukan untuk suka-suka." Ujar Qayyum dengan senyuman nipis.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now