Bab 17

1.9K 276 21
                                    

Qayyum merenung siling putih bilik Chann yang telah dia duduk selama dua hari ini dengan fikiran kosong. Nak kata bosan, dia tak bosan tapi tu lah dia tak tahu nak buat apa.

Dia dah terbiasa melakukan kerja dan hari-harinya sentiasa sibuk hingga tiada masa untuk meluangkan masa untuk dirinya sendiri melainkan pada hari cutinya sahaja.

Seketika dia teringat sesuatu. Handphone!

Terus dia bangun daripada baring. Memandangkan luka-lukanya sudah mulai sembuh jadi mudah untuk dia bergerak bebas. Hanya tangan kanannya saja yang masih dalam proses untuk sembuh dan ia makan masa yang agak lama memandangkan tulangnya patah.

Dia teringat yang Blade ada meletakkan barang-barangnya di meja kerja Chann dalam bilik ini. Terus dia menuju ke meja kerja Chann. Ada wallet, kunci motor, helmet, beg kerja serta handphonennya.

Segera dia mengambil handphonennya dan menghidupkannya tapi tidak dapat. Gelap. Bateri habis mungkin?

Dia selongkar beg kerjanya untuk mencari powerbanknya yang sentiasa dia bawa dalam beg kerjanya jika ada kecemasan seperti waktu sekarang. Mujur lah masih penuh kerana dia amat jarang menggunakan powerbank.

Segera dia charge dan letak atas meja supaya handphonennya di charge hingga penuh. Sementara nak tunggu penuh, dia keluar daripada bilik Chann untuk turun ke bawah menuju ke dapur.

"Qay, nak pergi mana?" Sapa Asyraf yang kebetulan mahu naik ke atas ke ruang tingkat kedua untuk berehat memandangkan dia baru sahaja menyelesaikan kerjanya.

"Nak pergi dapur, minum." Jawab Qayyum dengan senyuman.

Asyraf mengangguk kecil lalu memberi laluan pada Qayyum untuk turun ke bawah manakala dia pula naik ke atas untuk berehat seketika.

Qayyum pun menuju ke dapur untuk minum. Peti sejuk di buka. Ada banyak minuman dalam peti sejuk tersebut. Serupa kedai runcit saja. Tinggal pilih dan ambil saja tak perlu bayar hahahaha....

Matanya di alih melihat ke peti sejuk yang bersebelahan dengan peti sejuk yang pertama. Di situ tertampal sticker 'non halal' dia tahu dalam peti itu mengandungi barang-barang yang tidak halal.

Entah mengapa tangannya gatal nak buka dan lihat apa yang ada dalam peti itu. Baru saja dia nak buka satu suara membuatkan dia terkejut.

"Qay?"

Qayyum menoleh dengan sengihan kecil.

Elan yang melihat tingkah Qayyum yang mahu membuka peti sejuk yang mengandungi pelbagai jenis arak menayang wajah pelik. Jangan cakap adik Blade ni nak try minum arak pula. Mahu mengamuk Blade nanti.

"Erkkk ya? Kenapa?" Soal Qayyum dengan wajah selamba.

"Hmmm nak minum air peti sebelah sana bukan yang ini." Elan berpeluk tubuh melihat tingkah Qayyum.

"Tahu hehehe saja nak tengok dalam peti sejuk ni ada air apa." Jujur Qayyum mengatakan perkara sebenar. Tak nak pula Elan berfikir bukan-bukan, jatuh fitnah nanti.

Elan mengangguk faham. Segera dia membuka peti sejuk tersebut untuk Qayyum lihat.

"Wowww...." Terkerdip-kerdip mata Qayyum melihat beberapa jenis botol arak yang tersusun elok dalam peti itu. Ada yang besar ada yang kecik, bentuk pun banyak jenis.

Elan tertawa kecil. Dengan selamba dia mencapai sebotol arak jenama vodka. Minuman kesukaannya. Di buka penutup botol itu lalu di teguk perlahan. Qayyum hanya melihat saja Elan meneguk air tersebut seperti minum air sejuk.

"Sedap ke air tu? Rasa apa?" Tanya Qayyum ingin tahu. Blade pernah memberitahunya saat abangnya itu pertama kali minum arak, rasanya  sangat memeritkan tekak. Serupa minum asid kata Blade.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now