Bammmm
Fang Lee hanya menatap wajah Sam Smith dengan pandangan kosong saja. Langsung tidak peduli amukan lelaki British di hadapannya itu.
"Kau cakap kau tak jual perempuan tu dekat siapa-siapa tapi apesal kau jual dia dekat lelaki tu? Who's that bastard hah?" Sam Smith mengetap rahangnya menahan amarah yang kian meletus.
Panas sungguh hatinya apabila dia di beritahu oleh Fang Lee bahawa perempuan yang ingin di belinya telah di berikan pada orang lain.
"Sorry Sam but we make a deal. Dia bagi apa yang wa mau dan wa akan bagi perempuan itu pada dia." Ujar Fang Lee tanpa rasa bersalah. Dia bangun lalu dia beredar pergi meninggalkan ruang pejabatnya.
Sebelum Sam Smith datang berjumpa dengannya, Blade terlebih dahulu menemuinya di sini untuk menyerahkan rantai yang mempunyai sebentuk kunci milik keluarga Qaisha. Setelah memastikan kunci tersebut kunci asli jadi dia telah berjanji tidak akan mengganggu Qaisha atau pun mencari perempuan itu serta kembarnya.
Sekarang dia perlu ke lokasi peti simpanan yang di sembunyikan oleh keluarga Qaisha untuk mengambil segala harta milik keluarga itu. Dengan harta-harta itu dia tidak akan pernah jatuh miskin untuk buat selama-lamanya.
"Arghhhh shit! Shit! Shit!" Sam Smith meraup wajahnya dengan kasar. Rahangnya di ketap kuat menahan rasa amarah
Tak guna punya orang tua! Punya lah dia tawarkan kepada lelaki tua itu dengan tawaran yang sangat lumayan tetapi di tolak mentah-mentah. Apa yang lelaki itu beri pada Fang Lee sehingga orang tua cina itu terus menjual Qaisha?
Dia memejam matanya dengan rasa marah yang membuak-buak. Dia tak kira! Dia tetap mahukan Qaisha menjadi haknya. Bibirnya menyungging senyuman sinis.
Iphonenya di keluarkan lalu nama Michael di cari. Jumpa saja terus dia membuat panggilan pada kenalannya itu.
"Yow, what's up man?"
"Michael, i want meet you now." Kata Sam Smith berbaur arahan.
"Okay, send your location."
"Okay." Talian di matikan. Aplikasi whatsapp di buka lalu dia menghantar locationnya pada Michael.
Dia mahu meminta bantuan daripada Michael untuk menculik Qaisha daripada lelaki yang telah merampas Qaisha daripadanya. Dia tahu Michael amat mahir untuk melakukan pekerjaan sebegini dan dia mahu Michael membunuh lelaki itu serta merta.
"Siapa call tu? Master ke?" Soal Zayn dengan kening terangkat.
Ren yang baru saja melihat pesanan whatsapp daripada Sam Smith menggeleng kecil.
"Nope." Jawabnya sepatah.
"Then who?"
"Sam Smith." Ren menunjukkan whatsappnya dengan Sam Smith pada Zayn.
Tersungging senyuman sinis di bibir Zayn. Dia tahu Ren di beri tugas untuk menyamar sebagai Michael demi mendapatkan maklumat tentang perempuan yang bernama Qaisha daripada pemilik club Star Night bernama Fang Lee.
"What he want?"
"Don't know." Ren menjungkit bahunya tanda tidak tahu tapi dia dapat rasakan pasti ia berkaitan tentang Qaisha.
"Aku gerak dulu lah." Ren bingkas bangun untuk bersiap-siap menemui Sam Smith.
"Hmmm bye-bye."
Ren menghantar pesanan ringkas pada Blade mengatakan dia akan berjumpa dengan Sam Smith.
Blade EE :
- Bring him at Eagle Eyes markas
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...