"Ssttt slow Amelya. It's hurt..." Qaisha mengetap bibirnya menahan rasa sakit yang mencengkam tubuh badannya. Wajahnya berkerut-kerut.
Amelya yang sedang menyapu ubat pada belakang tubuh Qaisha melepas keluhan kecil.
"Dah cukup slow dah ni Sha. Tahan sikit sakit tu sebab aku letak ubat ni biar cepat elok. Aku dah pesan, kawal sikit baran kau. Jangan terlalu ikut perasaan marah kau sampai kau main belasah je orang yang kau anggap cuma pelanggan dekat situ. " Balas Amelya dengan nada yang tegas.
Qaisha mengendahkan kata-kata Amelya. Kali ni memang dia kena belasah teruk sehingga tubuh badannya hampir patah riuk di kerjakan. Mujur saja Amelya dan Jackson sempat datang kalau tidak dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya.
"Kau dengar tak apa aku cakap? Haih, macam mana aku nak pergi daripada sini dengan aman kalau kau masih macam ni? Entah-entah elok je aku keluar daripada club ni, kau dah jadi lauk diorang semua time tu juga." Sungguh dia sangat risau dengan Qaisha yang dia sudah anggap seperti adiknya sendiri.
"Lambat laun aku tetap akan jadi lauk diorang." Ujar Qaisha mendatar.
Terhenti tangan Amelya daripada menyapu ubat pada tubuh Qaisha. Dia melihat wajah Qaisha yang tidak beriak apa-apa itu tapi dapat dia lihat getaran halus pada anak mata wanita itu.
Amelya tahu di sebalik wajah yang sentiasa kelihatan dingin, tegang dan penuh sinis itu terselit ketakutan yang tiada siapa yang tahu melainkan dia dan Jackson.
"Then, kau rela jadi lauk diorang semua?" Soalannya membuatkan Qaisha berdiam lama. Dia tidak mempunyai sebarang jawapan itu menjawab persoalan itu.
Rela? Sudah semestinya dia tidak rela tapi lambat laun dia tetap akan jadi mangsa pelepasan nafsu mereka di sini.
Pilihan apa yang dia ada? Tak ada! Dia tidak mempunyai sebarang pilihan untuk memilih. Jika di ikutkan hatinya dia lebih rela mati daripada terus hidup dengan kehidupan yang dia jalani sekarang ini.
"Aku penat nak hidup macam ni." Luahnya dengan nada yang lirih. Matanya mula berkaca-kaca. Sumpah dia penat!
Memang orang lain nampak dia tidak mempunyai sebarang perasaan, dingin, tiada mempunyai sebarang masalah tapi jauh di sudut hatinya tiada siapa yang tahu.
Hatinya sakit, menangis mengenang hidupnya yang berakhir di tempat ini. Bahagia? Langsung tidak pernah dia kecapi sebaik saja dirinya di jual oleh rakan yang dia percayai.
Semenjak itu dia menjadi seorang pendiam dan langsung tidak mengukir senyuman pada sesiapa sehingga lah pada waktu maruahnya hampir di ragut pemilik club ini.
Ketika kejadian itu berlaku Amelya dan Jackson datang menyelamatkannya daripada menjadi mangsa nafsu orang tua itu serta orang-orang lelaki tersebut.
Masih jelas di ingatannya macam mana Amelya mempertahankan dirinya sehingga lah dia berada di bawah jagaan wanita itu dan berkat pertolongan Jackson juga dia hanya bekerja sebagai pelayan wanita di bar dalam club itu.
Tapi dengan syarat sebaik saja tempoh Amelya tamat berada dalam club ini, dia akan menjadi hak milik sepenuhnya pemilik club Star Night iaitu Fang Lee.
"I feel you, Sha." Kata-kata Amelya menyentakkan lamunannya.
Qaisha melihat wajah Amelya yang berubah sayu itu. Tidak pernah dia melihat wajah itu kelihatan sedih sepanjang dia mengenali wanita itu.
"Apa maksud kau?" Soal Qaisha. Dia duduk menghadap Amelya yang sudah di anggap seperti kakaknya.
"Rasa kecewa, di khianati, nak mati. Aku rasa semua tu." Amelya ketawa kecil menutup perasaan marah dan sedihnya.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...