Bab 19

1.9K 253 62
                                    

"What? Seriuslah?"

Qayyum membuat muka. Ni yang dia malas nak cerita. Tak pasal-pasal meja mereka menjadi perhatian orang ramai.

"Iya, takkan aku nak menipu pula. Tak percaya tanya Doktor Firdaus, dia tahu pasal aku cuti. Kau ni suara tu jangan lah kuat bengong." Tegur Qayyum dengan nada geram.

Khalif tersengih. Bukannya dia sengaja pun. Dah dia terkejut nak buat macam mana. Dia meneguk air milonya seteguk.

"Uishhh dahsyat betul perempuan tu. Dah tu dekat mana dia sekarang?" Tanya Khalif ingin tahu.

"Ada dalam pengawasan abang aku lagi pun dia dalam rawatan sekarang ni." Jawab Qayyum pendek. Dia hanya menceritakan apa yang Khalif patut tahu saja yang selebihnya dia tidak cerita dengan lebih lanjut. Dia tidak mahu Khalif tahu tentang dunia mafia.

"Hmmm, cakap pasal tu kan abang kau ada datang masa malam yang kau kata kau ada emergency tu. Mula-mula aku ingat siapa tau yelah mat salleh bertatu pula tu tiba-tiba tanya pasal kau. Nama penuh pula tu. Betul ke tu abang kau?"

Dia bukan nak pertikaikan hubungan antara Qayyum dan lelaki bertatu itu tetapi dia berasa musykil. Betul ke mereka berdua adik-beradik?

"Laaa dia datang sini ke? Buat apa?" Patut lah Blade cepat menemui dirinya semasa dia bergelut dalam hutan. Rupa-rupanya Blade datang ke hospital mencari dirinya. Memang dia mahu tanya macam mana Blade tahu tentang keberadaannya tapi dia lupa terus pasal itu.

"Dia suruh aku bagi kau bekal makanan yang kau tertinggal." Jawab Khalif.

Qayyum mengangguk kecil. Mesti sebab masa tu dia kelam kabut sedikit sampai tertinggal bekalnya di atas meja dapur.

"Hmmm mesti kau tak percayakan tu abang aku kan?"

"Ye duhhh bapak lain siut! Beza gila korang berdua. Aku masa tu macam yeke dia tu abang kau tapi nak nafikan mustahil sebab tak semua orang tahu nama panjang kau. Then siap suruh aku bagi beg kertas isi bekal makanan kau dekat aku." Ujar Khalif dengan sedikit perlahan tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka berdua.

Qayyum ketawa. Aduh, kelakar betul muka Khalif. Muka tak percaya habis. Ahahahaha.....

"Ha'ah dia memang bertatu pun sebab dia bukan beragama Islam macam aku. Apa yang kau patut tahu keluarga aku tidak berpegang pada mana-mana agama. Macam aku, aku sendiri masuk Islam masa aku duduk dekat Turki sebelum datang sambung belajar dalam Malaysia.

Aku harap kau jangan lah pandang serong dekat abang aku tu. Aku pun dah nampak tanda-tanda dia berminat dengan agama Islam. Cuma dia tak nak bagitahu mungkin dia masih berasa was-was. Aku faham susah untuk percaya pada sesebuah agama. Aku pun dulu macam dia juga, makan masa nak faham tentang Islam." Terang Qayyum pada Khalif. Dia tahu pasti Khalif berfikir bukan-bukan sewaktu pertama kali melihat Blade.

"Eh, takdenya aku pandang serong dekat abang kau. Cuma aku pelik je sebab dia bertatu tapi kau tak. Lepas tu muka dia nampak garang takut aku. Macam gengster je aku tengok abang kau tu. So sheram!"

Qayyum ketawa mengekek. Siapa je yang tak takut tengok muka Blade yang selalu serius tu? Pandang orang macam nak terkam je. Sebiji ikut rupa mendiang Cael Arslan, ayahnya. Bengis.

"Tapi apa pun alhamdulillah tak sangka aku kau ni muallaf rupanya. Patutlah muka hensem semacam je. Aku ingat kau buat operation ke apa. Aku doakan abang kau tu terbuka hati dia untuk masuk Islam." Tutur Khalif dengan senyuman.

Alhamdulillah, Qayyum adalah insan yang di pilih oleh Allah untuk menjadi seorang hamba-Nya yang soleh.

"Aamiin ya rabb tapi jahat gila kau fikir aku buat operation muka. Eeiiii nauzubillahiminzalik, apa kau ingat aku ni hodoh sangat macam katak nak buat operation bagai?" Cebik Qayyum.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now