Tok tok tok
Qaisha yang baru sahaja mengenakan pakaian sebaik sahaja selesai mandi terus menuju ke arah pintu bilik yang di huninya.
Buka sahaja pintu wajah Blade terpampang di depannya.
"Are you busy today?" Soal Blade walaupun dia sendiri sudah tahu apa yang di jawab oleh Qaisha.
"Ermmm nope, why?" Sudah terang lagi bersuluh memang dia tiada apa-apa mahu di lakukan selain terperap dalam bilik ini bersama Mardhiah setelah kembarnya itu di hantar masuk ke dalam bilik ini sebaik sahaja pagi menjelma.
Kata Blade, buat sementara waktu ini Qaisha dan Mardhiah tinggal saja di markas mereka memandangkan mereka berdua tiada tempat untuk di tuju selain memastikan keselamatan mereka berdua terjamin. Lagi pula dalam markas ini banyak bilik kosong yang tidak berpenghuni.
"Good. Aku nak bawa kau pergi khusus kahwin tengah hari nanti lepas buat ujian HIV. So, aku nak kau siap-siap kita gerak kejap lagi." Kata Blade dengan nada yang serius.
Semuanya telah dia uruskan seminggu yang lalu. Segala temu janji khusus kahwin, pengambilan ujian HIV, ukur baju nikah telah dia lakukan sendiri sebelum dia memberitahu keputusannya untuk berkahwin dengan Qaisha dan tarikh semua temu janji tersebut adalah hari ini.
Kenapa dia pilih tarikh yang sama adalah kerana dia mahu selesaikan semua perkara dalam masa satu hari saja agar mereka tidak kelam kabut nanti.
"Ohhh, okay give me 15 minutes."
Blade mengangguk kecil lalu dia melangkah turun ke bawah. Sementara menunggu Qaisha bersiap dia memanaskan enjin keretanya terlebih dahulu.
"Where are you going Blade?" Tegur Elan apabila bertembung dengan Blade di laman markas. Wajahnya berpeluh-peluh kerana baru saja selesai berjoging di keliling markas.
"Out with Sha." Jawab Blade.
"Dating huh?" Elan menyungging senyuman sinis. Amboi, mentang-mentang nak kahwin pandai dah nak keluar dating bagai. Ececehhh....
Blade memandang Elan dengan wajah menyampah. Asal keluar berdua je fikir dating. Takde benda lain agaknya boleh di fikirkan selain 'dating' tu.
Elan mencebik apabila dirinya tidak di layan oleh Blade. Typical Blade. Suka memalau orang kecuali Qayyum. Ceh, menyampah betul. Malas mahu berlama-lama di situ segera dia masuk ke dalam untuk minum air. Haus!
Tidak sampai 15 minit, susuk tubuh Qaisha pun kelihatan. Qaisha yang mengenakan satu suit blouse labuh berwarna hitam di renung. Nampak sangat cantik apabila perempuan itu memakai pakaian yang longgar tidak menampakkan bentuk badan. Rambutnya pula hanya di biar lepas dengan memakai cekak rambut supaya rambutnya tidak menutup pandangan matanya.
"I'm done." Ujar Qaisha sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Blade.
"Hmmm kau tak bawa handbag ke? Wallet and phone?" Soal Blade apabila Qaisha hanya jalan bawa diri sahaja tanpa membawa sebarang beg.
"Ada dalam poket." Qaisha menepuk poket seluarnya yang mengandungi handphone, beberapa duit kertas RM 50 serta kad pengenalan diri.
"Okay." Blade membuka pintu kereta di sebelah bahagian pemandu untuk Qaisha.
"Erkkk thank you." Ucap Qaisha dengan kekok apabila Blade membuka pintu untuknya.
Blade hanya mengangguk kecil. Setelah itu dia menuju pula ke bahagian pemandu. Seketika dia teringat sesuatu.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Roman d'amour[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...