"Ini motor Qay!" Blade mengambil handphone Qayyum yang berada dalam raga motor. Beg kerja milik Qayyum turut di geledah oleh Blade untuk melihat jika ada apa-apa petunjuk.
Namun langsung tiada sebarang petunjuk untuk menjejaki Qayyum. Hanya barang-barang kerja milik Qayyum saja yang dia jumpa.
Damn! Where are you Qay?
"Aku rasa dia masuk dalam hutan." Kata-kata Elan menarik perhatian Blade.
"Mana kau tahu dia masuk hutan?" Soal James.
"Kau tengok dekat tanah ni ada kesan tapak kaki dan kasut. Tak macam ada pergelutan yang berlaku. Aku tak tahu apa yang berlaku tapi aku yakin Qayyum berlari masuk ke dalam hutan."
Blade setuju dengan apa yang dikatakan oleh Elan. Mustahil jika ada pergelutan berlaku Qayyum sempat membuat panggilan pada rakan sekerjanya dengan mengatakan ada emergency sehingga mengambil EL.
Apa yang berlaku sebenarnya?
"Let's go!"
Mereka berempat terus berlari masuk ke dalam hutan. Sempat Blade mengambil beg kecil Qayyum yang di isi dengan barang-barang pertolongan cemas seperti kain kasa dan beberapa botol ubat di dalamnya.
'God, please save my Qayyum.' Pinta Blade dalam hati.
Dia berlari masuk ke dalam hutan dengan perasaan yang penuh risau. Kakinya tidak berhenti daripada berlari. Matanya tajam memerhati sekelilingnya.
Mereka berlari tanpa henti. Langsung mereka tidak fikir mereka berada di mana. Apa yang pasti mereka telah jauh ke dalam hutan dan kemungkinan untuk sesat adalah tinggi.
"Stop!"
Langkahnya terhenti. Dia menoleh ke arah Chann yang duduk mencangkung .
"What are you doing Chann?" Tegur James dengan wajah yang berkerut.
"Aku rasa ni jejak yang di tinggalkan Qay. Kita follow jejak ni." Dahan pokok yang telah di ikat itu diperhati oleh Chann.
Mereka bertiga mengangguk setuju dengan cadangan Chann. Mereka berempat jalan mengikut jejak yang ditinggalkan oleh Qayyum itu.
Hampir 30 minit mereka jalan mengikut tanda jejak itu sehinggalah kelihatan sebuah pondok usang tidak jauh daripada mereka berempat berdiri.
"Aku rasa Qay ada dalam pondok tu." Kata Elan.
Baru saja mereka mahu melangkah, bunyi erangan seseorang mematikan langkah mereka. Terus mereka membuka langkah berjaga-jaga.
"Qayyum." Terpacul nama Qayyum di bibir Blade.
Tiba-tiba tubuh Qayyum tercampak keluar daripada pondok usang itu. Terkejut mereka berempat melihat perkara itu.
"Qay!" Blade berlari mendapatkan Qayyum yang kelihatan teruk di belasah hingga keadaan adik lelakinya ini sangat lemah.
Siapa yang buat adiknya jadi macam ni?
Hatinya mula menggelegak panas.
"B-blade..." Qayyum mengerutkan wajahnya menahan sakit di bahagian dadanya yang telah di tendang dengan sangat kuat hingga dia terpelanting keluar. Terasa amat sukar untuk dia bernafas tika ini.
"What happen to you? Siapa buat kau macam ni? Tell me!"
Tak sempat Qayyum membalas bunyi ketawa seseorang menarik perhatian Blade. Bukan Blade saja malah Elan, Chann dan James turut menoleh ke arah suara tersebut.
Kelihatan seorang perempuan berdiri tegak di hadapan pintu masuk pondok usang itu dengan senyuman lebar.
Blade mengetap rahangnya menahan amarah yang kian meletus.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...